Usahawan dan personaliti media sosial, Syafiqah Aina baru sahaja selamat melahirkan anak kedua, semalam. Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang diberi nama Rayqal Arees. Berita gembira itu telah dikongsi oleh Aina dan suaminya, Hafiz Mahamad menerusi satu posting di akaun Instagram masing-masing.
Nursyafiqah Aina Abdul Wahab merupakan pengasas bersama produk kecantikan Ainaa Beauty dan Ainaa Clinic bersama suaminya.
“Assalamualaikum Rayqal Arees. Semangat anak lelaki Daddy & Mummy (3.59KG)”
@raisyaarisa nak tengok adik?
“Ya Allah, ramai sangat yang mendoakan Rayqal pun anak awak juga, Terima kasih Awak sahabat sahabat saya.
Dengan perkongsian tersebut, rata-rata para pengikutnya meluahkan rasa gembira dan syukur sambil menitipkan ucapan tahniah buat Aina dan Hafiz. Tak kurang juga ada yang memuji kecomelan bayi kedua mereka walaupun wajahnya masih dirahsiakan.
Terbaharu, Hafiz turut menitipkan pesanan penuh bermakna buat anak Rayqal. Titipan itu mendapat lebih dari 100 ribu tanda suka dari para pengikutnya.
“Ketika aku menulis ini, awak masih lagi berusia baru 18 jam.Rayqal Arees, Daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat & Daddy tahu awak adalah “lelaki hebat”
“Wahai anak lelaki ku,Seperti mana pun keadaan mu, “Jangan pernah lupa tentang ibu mu”. Besar jasa ibu mu, jagalah hati Mummy hingga nafas yang terakhir.
“Mummy awak seorang yang cantik, lembut. Puji & jagalah dia seperti mana “atuk” kamu menjaga Mummy. Jangan pernah biarkan dia menangis kerana kecewa ataupun dihina manusia. Ibu mu kuat menjaga kamu & kamu “anak lelaki” Daddy pun harus kuat untuk menjaga keluarga.
“Jika setitis air mata ibu mu jatuh,“Ambil penting perkara itu!” Tanya dia sehingga kamu dapat jawapan. Mummy kamu suka sembunyikan.. Tanya sampai dapat jawapan.
“Jika menitis kerana dia bangga dengan perjuangan kamu, kamu harus teruskan. Jika menitis kerana manusia lain, kamu harus kuat, bijak & tahu “bagaimana untuk menguruskan”
Ads
“Membesar & belajaralah anak kuRayqal, jangan merendahkan orang yang kamu rasa dia lemah. Angkat darjat & pimpin mereka yang dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa “pemimpin” dalam diri kamu.
“Jangan pernah sombong, kerana asal usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang-orang ini adalah sahabat-sahabat ku & mereka yang menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita & “KAMU”. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesarlah kamu untuk membantu Ummah
“@ainaabeautyofficial, ini punca rezeki Daddy & Mummy. Di dalam ni ada pasukan & hamba Allah yang perlu kamu hormati. 1 hari nanti, jika mereka memanjakanmu & memanggilmu “anak boss”. “Tundukkan muka mu” & berlatih untuk “merendah diri”.
“Rayqal, ini hadiah untuk kamu. Hadiah Daddy adalah, “Amanah” untuk kamu. Daddy akan mendidik kamu untuk menjadi “lelaki yang sebenar”. Jalankan tugas mu wahai anak. Kayakan lah ibumu, ingat pesan ini.
“Carilah kejayaan yang sebenar dalam hidupmu. Membesar, cari & kenal lah ayat yang terakhir ini. Apa dia?Ini yang selalu Daddy pegang & jadikan prinsip hidup.
Ads
“Kejayaan Demi Kebahagiaan”Kamu akan faham nanti.
Hafiz Mahamad Insan yang hanya menumpang rezeki isteri AINAA & anak anak Raisya & Rayqal
Semoga Aina dan Hafiz makin bahagia bersama keluarga tersayang. Semoga Rayqal dan Raisya Narisa menjadi anak yang soleh dan solehah serta berbakti kepada ibu bapa dan ummah.
Untuk rekod, Aina dan Hafiz berkahwin pada 24 November 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa.
Pernah digelar sebagai pasangan kekasih viral, mereka seringkali tular dengan isu yang mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya di media sosial.
Kredit Foto: Instagram Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri yang serasi dan sehati sejiwa pastinya sanggup susah senang bersama. Awal perkahwinan bukan hanya fasa untuk lebih mengenali pasangan luar dan dalam bahkan untuk melihat sejauh mana pasangan kita itu sanggup melalui detik susah senang bersama.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang cukup dikenali di media sosial, berkongsi satu hantaran di akaun Instagramnya mengimbau kembali detik-detik sukar di awal perkahwinan bersama isteri tercinta, Dr Rushaida Zabidi.
10 tahun mendirikan rumahtangga, pasangan ini bahagia bersama tiga cahaya mata. Bagi Dr Samhan, setiap pengalaman susah senangnya bersama isteri terutama di awal perkahwinan menjadi sejarah terindah buat mereka.
Tulis Dr Samhan di ruangan kapsyen:-
“Saje scroll gambar lama. Tapi stop lama di gambar ni.Isteri tengok gambar ini..
“Macam tak percaya kita pernah buat semua ni kan dulu?
“Kami sama-sama belajar di Mesir. Tahun 3 dah kahwin. Gatal. Haha..
“Tapi bila kenang balik susah wey cari duit masa tengah belajar.
“Malu lah!
“Lepas kahwin, saya bincang dengan isteri apa kita mampu buat.
“Akhirnya kami dapat idea. Kami masak dan jual set dinner kepada pelajar Malaysia.Isteri saya memang suka memasak.
“Habis kelas saya terus berkejar ke pasar beli barang mentah. Hampir setiap hari lah saya ke pasar.
“Sampai makcik arab pun kenal dah muka saya.
“Aiz batotis kam kilo? Khamsah kilo?” (Nak kentang berapa kilo? 5 kilo?)Tanya makcik arab sambil kunyah kacang.
“Aiz batotis talata kilo, khiyar bikilo wa bazinjan itnin kilo” (Saya nak ubi kentang 3 kilo, timun 1 kilo dan terung 2 kilo)
“Kami masak sama-sama. Sambil masak, bergilir dukung anak. Umar baru umur 2 bulan.
“Kami kena cepat. Sebelum maghrib dah kena setel delivery semua rumah.
“Sampai bawah rumah, panggil nama. Nanti bakul akan turun. Saya ambil duit dalam bakul dan letak makanan.
“Hah! Begitulah kami buat delivery setiap rumah.
“Bila kenang balik, tersengih sendiri.
“Malam saya akan ambil order untuk esok. Post gambar dan buat copywriting.
“Setiap hari menu lain-lain. Nasi Kerabu. Chicken chop. Nasi tomato. Nasi Ayam. Nasi Pataya. Mee Hailam. Mee Kungfu.Ahh banyak lagi.
“Setiap hari kami buka 30-50 pax je. Kalau hari minggu lebih 100 pax.
“Penat memang penat tapi seronok. Dah macam buat catering.
“Syukur sangat ada isteri yang sangat memahami. Yang sentiasa ada di samping ketika susah dan senang.
“Saya percaya ramai mak-mak di luar sana buat 2-3 kerja untuk bantu ringankan beban suami.
“Ada yang jadi ejen dropship, jadi affiliate, ejen penapis air, bisnes online, baking, ambil tempahan masak.
“Berusaha cari rezeki. Demi anak-anak.
“Saya doakan kalian dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
“Kalian memang awesome!”
Kredit Foto: Instagram Dr Samhan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesusahan adalah kunci kepada kejayaan dalam mendidik jiwa anak-anak. Kesusahan juga dapat melahirkan seorang insan berjiwa kental. Sebaliknya, kesenangan dan kemewahan umpama racun yang mampu membunuh jiwa insan. Perkongsian Pengurus Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong, Rashidah Abdullah membuka membawa kita untuk melihat lebih dekat kehidupan anak-anak yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih. Jelas terpancar raut wajah mereka yang bersih dan menenangkan jiwa.
Rumah Amal Limpahan Kasih, ia merupakan pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yatim, anak fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan asnaf zakat yang beroperasi sejak Januari 2007 di atas tanah milik persendirian.
SUKARELAWAN
Sejak kematian suami beberapa tahun lalu, Rashidah yang berusia 53 tahun ini menjadi sukarelawan sepenuh masa di Rumah Amal Limpahan Kasih. Rashidah amat bertuah kerana arwah suaminya juga seorang yang sangat menyokong tugas-tugas sukarelawan. Atas alasan itulah Rashidah mengambil keputusan untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Rumah Amal Limpahan Kasih.
“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir kerana arwah suami sangat menggalakkan saya melakukan tugas-tugas sukarelawan. Memandangkan saya seorang ibu tunggal maka mudah untuk saya menyelami perasaan dan kehidupan anak-anak ini.
Naluri keibuan saya sangat kuat, maka mudah untuk menyemai kasih sayang dalam jiwa anak-anak di sini. Ada caranya untuk mendekati mereka yang sentiasa ingin dibelai dan dimanja. Mereka kurang kasih sayang. Rasulullah SAW juga seorang anak yatim piatu, Baginda juga membela anak-anak yatim. Saya mengambil inspirasi daripada Rasulullah SAW.
Hubungan kami umpama ibu dengan anak. Mereka menggelarkan saya Ibu. Tiada langsung jurang sebaliknya kami lebih mesra dan rapat. Apa jua masalah mudah dikongsi kerana keselesaan dan kemesraan telah ada. Selain saya, ada lapan lagi kakitangan wanita di sini yang digelar Ibu,” jelas anak kelahiran Negeri Sembilan ini yang memiliki 4 orang anak.
CABARAN
“Untuk mendidik anak-anak ini tak boleh terlalu tegas atau terlalu berlembut. Perlu banyak bersabar dan berikan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Ini salah satu cabaran buat saya selain mendapatkan dana untuk pendidikan dan pentadbiran.
Selain usaha dan doa, saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Alhamdulillah rezeki datang menjemput tanpa diduga. Apa yang penting jangan meminta. Itulah yang kami didik ke dalam jiwa anak-anak di sini.
Anak-anak juga perlu dididik agar seimbang rohaniah dan lahiriah. Anak-anak dilatih dengan ketabahan, kekuatan jiwa dan hubungan hati dengan Allah SWT. Usaha secara berterusan ialah mendapatkan rasa takut setakutnya pada Allah SWT dan rindu serindu rindunya pada Nabi SAW.
Segalanya dilakukan melalui disiplin ibadah solat, selawat dan aktiviti kerohanian. Juga melalui usrah yang dapat mengasah bakat kepimpinan, rasa tanggungjawab, meningkatkan kemahiran hidup dan keyakinan diri mereka. Semua penghuni dibantu sehingga mereka dapat merasai hidup umpama sebuah keluarga,” kongsi Rashidah.
RAMADAN
“Setiap kali menjelang Ramadan, selain memenuhi jemputan berbuka puasa di luar kami turut menjemput warga emas dan ibu tunggal untuk sama-sama berbuka puasa di sini. Maka dapatlah kami berkongsi rezeki bersama-sama di samping mengeratkan silaturrahim,” akhiri Rashidah dengan senyuman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.