Ternyata, bakat nyanyian yang dimiliki legenda muzik tanah air iaitu Dato’ Jamal Abdillah diwarisi kedua-dua anak lelakinya, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani. Berpadu suara di atas pentas, adik-beradik ‘The Yamani’ dalam program Famili Duo berjaya bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000!

Hadir memberi sokongan kepada anak tersayang di pentas final, Dato’ Jamal Abdillah ketika dihubungi Nona memanjat kesyukuran atas kemenangan Yamani dan Zaki pada 5 Februari lepas. Tidak menyangka rezeki berpihak kepada adik-beradik tersebut, Raja Pop tanah air berkenaan mengharapkan kerjaya seni mereka akan terus berkembang maju kelak.

“Tentulah gembira dan saya tidak menyangka sampai ke tahap ini mereka boleh pergi. Memandangkan mereka jarang bersama tapi saya bersyukur kepada Allah kerana sekurang-kurangnya dengan bidang seni ini dapat menyatukan mereka kembali, jalinkan silaturahim.

Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @jamalabdillahofficial
Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @yamaniabdillah

Kredit Instagram @zakiyamani._

Walaupun saya agak ‘jauh’ sedikit (dengan Zaki) sebab saya sering ada dengan Yamani saja. Dengan Zaki, sekali-sekala namun kerana seni ini, mereka berpadu di atas pentas dan dapat menyambung silaturahim.

Jadi, saya sangat gembira dan alhamdulillah bersyukur. Tentang ikut jejak langkah, memang saya tak dapat nak anak-anak mengikut acuan yang saya inginkan sebenarnya.

Sebagai seorang ayah, memanglah saya ingin anak-anak saya menjadi seorang engineer atau pun lawyer, tetapi kadang-kadang kita terlalu menginginkan dan mengikut kita punya acuan, ada yang tak berjaya.

Jadi kita beri kebebasan kepada mereka untuk mereka menentukan arah tuju dan beri sokongan sajalah.”

Baca https://www.nona.my/ada-20-kolam-ternakan-ikan-arowana-selain-nyanyi-dato-jamal-juga-usahawan-berjaya/

Pesan Dato’ Jamal kepada dua anaknya, “Untuk kekal berada di persada seni kita harus pandai menyesuaikan diri dan kita kena faham bahawa orang Melayu, kita tak boleh ‘over’ atau melebih-lebih. Jadi kena sesuaikan diri dengan keadaan.

Tapi paling penting, sesuatu karya atau kerja seni yang dilakukan dapat meninggalkan kesan di hati setiap pendengar itu agak susah untuk dibuat. Sekadar menyanyi lepas tu orang lupa, tu banyak.

Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @yamaniabdillah
Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @jamalabdillahofficial
Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Foto Koleksi Majalah Nona

Jadi pesanan terhadap anak-anak, lakukan sesuatu kerja walau pun dua jam dalam studio untuk rakam lagu, buat dengan sepenuh hati dan penghayatan. Jadi ia akan tinggalkan kesan kepada kita dan kepada penonton serta pendengar supaya ia tinggalkan kesan selama-lamanya.

Perancangan untuk mengadakan persembahan bersama, rasanya pihak producer mereka telah menyediakan tarikh untuk saya bersama dua anak saya ini buat rakaman single. Kami bertiga akan menyampaikan sebuah lagu yang dicipta oleh Ezra Kong. Tajuknya ‘Tangan Yang Melambai’. Jadi kita tunggu tak lama lagi, minggu depan, kita akan buat muzik video.”

Sementara itu, berkongsi perkembangan terkini mengenai keluarga dan kerjaya seni Dato’ Jamal secara eksklusif mendedahkan isteri tercinta, Datin Zai Izatti kini hamil anak keempat dan mereka bakal timang cahaya mata April depan.

Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @jamalabdillahofficial
Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @jamalabdillahofficial
Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram @jamalabdillahofficial
Syukur Anak Menang Nyanyi & Bakal Timang ‘Baby Girl’, DATO’ JAMAL Terharu Silaturahim ‘The Yamani’!
Kredit Instagram Zai Izzati

“Ya, isteri sedang hamil. Mungkin dalam bulan April saya akan dapat lagi seorang cahaya mata, seorang perempuan kali ni alhamdulillah, kalau diizinkan Tuhan. Namanya masih belum dapat lagi.

Perancangan lain saya ada ditawarkan beberapa buah lagu raya daripada beberapa syarikat untuk merakamkan lagu. Semua masih dalam proses, buat masa ini setiap hujung minggu saya kerja macam biasa, mengisi jemputan daripada syarikat korporat untuk dinner, wedding dan sebagainya. Agak sibuk sedikit.

Sempena nak menyambut kelahiran anak yang baru ini persediaan sama macam anak-anak terdahulu memandangkan kami dah biasa dan pernah melaluinya.”

Baca https://www.nona.my/setengah-tahun-gugur-sampai-3-kali-kini-datin-zai-syukur-rasa-nikmat-ibu-2-anak/

Baca juga https://www.nona.my/selamat-timang-cahaya-mata-baharu-dato-jamal-beri-nama-anak-iskandar-rayyan-yamani/

Dato’ Jamal mendirikan rumah tangga bersama Datin Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani dan Iskandar Rayyan Yamani.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dato’ Jamal mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI