Malunya…Kulit Kering Punca Siku & Lutut Jadi HITAM! Boleh Amal Cara Ni Untuk Kembalikan Tona Kulit

Malunya…Kulit Kering Punca Siku & Lutut Jadi HITAM! Boleh Amal Cara Ni Untuk Kembalikan Tona Kulit

Lutut dan siku selalu saja menjadi bahan keluhan wanita kerana kondisi dan warna kulit menjadi lebih gelap daripada warna kulit asal di bahagian tersebut. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa dan apa puncanya lutut dan siku menjadi gelap?

Pengumpulan sel kulit mati, kesan geseran kulit dengan pakaian, pendedahan kepada cahaya matahari serta ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit di bahagian lutut dan siku menjadi gelap. Hal ini kerana bahagian tubuh ini tidak mengandungi sebarang kelenjar minyak. Kelenjer minyak mempunyai fungsi spesifik iaitu untuk mengeluarkan minyak bagi tujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Oleh itu amat penting sekali untuk anda melindunginya dari kekeringan melalui penjagaan yang sempurna.

Memiliki lutut dan siku hitam amat merungsingkan hati seseorang wanita dan boleh menghilangkan keyakinan diri. Namun, jangan risau. Bagi yang tertanya-tanya cara mudah dan berkesan untuk hilangkan kesan hitam di lutut dan siku di sini Nona kongsikan caranya.

TIMUN

Timun dapat membantu menghilangkan sel kulit mati dan mengekalkan kelembapan kulit kerana sifatnya sebagai peluntur. Selain itu, vitamin A dan C yang terkandung dalam timun juga membantu untuk memastikan kulit sentiasa segar.

 

Cara-cara:

  1. Hiriskan timun mengikut ketebalan yang sesuai (jangan terlalu nipis)
  2. Prlahan-lahan gosokkan hirisan timun ke siku dan lutut anda selama 15 minit.
  3. Lakukan rutin ini setiap hari.

 

LEMON

Lemon memang menjadi kegemaran dalam rahsia kecantikan. Lemon adalah agen pencerah kulit yang terbaik kerana ia kaya dengan vitamin C dan membantu memperbaiki kulit.

Cara-cara:

  1. Campurkan air perahan lemon atau limau nipis dengan satu sudu teh madu
  2. Kemudian gosok di lutut dan dibiarkan selama 15 – 30 minit.
  3. Bersihkan dengan air.
  4. Untuk hasil yang lebih memuaskan, ulang 1-3 kali seminggu.

 

GULA DAN MINYAK ZAITUN

Campur dua bahan ini untuk dijadikan skrub. Skrub buatan sendiri ini dapat membantu menyuburkan kulit kerana gula dapat digunakan untuk membantu proses pengelupasan kulit.

Cara-cara:

  1. Campurkan gula dan minyak dalam kuantiti yang sama
  2. Sapukan campuran ke lutut dan siku anda selama 5 minit.
  3. Gosok perlahan-lahan dan jangan terlalu kuat kerana ia akan menyakitkan kulit anda.
  4. lakukan secara mingguan.

 

MINYAK KELAPA

Minyak zaitun dan minyak kelapa antara minyak yang boleh digunakan untuk melembapkan kulit kerana dua bahan ini mempunyai khasiat khas seperti asid lemak dan Vitamin E untuk kulit.

Cara-cara:

  1. Selepas mandi, sapukan minyak pada kawasan yang memiliki warna gelap pada kulit.
  2. Lakukan rutin ini setiap hari.

 

OATMEAL

Selain bagus untuk kesihatan tubuh badan, outmeal juga membantu untuk mengembalikan tona kulit anda.

Cara-cara:

  1. campurkan dua sudu teh oatmeal dengan madu.
  2. Adunkan kedua-dua bahan itu sehingga rata
  3. Kemudian lurutkan di kulit lutut dan biarkan selama dua minit.
  4. Setelah campuran itu kering, gosokkan dengan perlahan sehingga ia bersih dari lutut anda.
Wow, Hampir ‘ZERO’ Bajet, Tapi Kulit Wajah Anda Boleh Nampak Mahal! Ini Kesan Terbaik

Wow, Hampir ‘ZERO’ Bajet, Tapi Kulit Wajah Anda Boleh Nampak Mahal! Ini Kesan Terbaik

Fuh! Kalau dapat minum air sejuk terutamanya berais ketika musim panas dan ketika panas terik memang boleh melegakan tekak dan mengembalikan kesegaran.

Ternyata, ais bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi juga mampu untuk merawat kulit wajah. Sebenarnya, ais batu mempunyai banyak manfaat lain untuk kulit wajah anda. Jom, cuba ‘usha’ ni.

 

KURANGKAN MATA BENGKAK

Tidak mendapat rehat yang secukupnya atau menghabiskan waktu lebih 10 jam menghadap komputer dan televisyen  akan menyebabkan mata keletihan dan membengkak. Untuk itu, letak ais di lingkaran bawah mata bagi mengurangkan bengkak bawah mata dan membuat mata lebih rileks.

 

KEMERAHAN KULIT

Ais juga mampu membantu untuk mengurangkan kemerahan kulit yang terjadi akibat alergi salah penggunaan alat make up. Selain itu,ais juga boleh surutkan kemerahan akibat gigitan serangga atau terkena benda panas.

PEMBERSIH WAJAH

Jika pencuci muka anda habis dan belum sempat lagi untuk membeli yang baru, jangan risau. Gunakan saja ais sebagai jalan penyelesaian dengan menggosok ais batu secada perlahan pada wajah.

 

MAKE UP PRIMER

Ais juga boleh bertindak sebagai make up primer dengan menggunakan ais sebagai langkah pertama. Selain itu, ais juga boleh membuat make up anda tahan lama.

 

MENUTUP PORI-PORI

Selepas mencuci muka, sapu ais dengan perlahan pada wajah anda untuk membantu mengecilkan pori-pori. Pori-pori yang terbuka akan menyebabkan kulit bermasalah seperti berminyak dan berjerawat.

 

Jadi, ini dia manfaat ais yang boleh membantu merawat kulit wajah anda tanpa sebarang bajet yang besar. Buat di rumah saja pun boleh. Tak ada hal. Semoga ia membantu dan berhasil.

Oh! Rupa-Rupanya Detoks Kulit Adalah Rahsia Cantik Pelakon FARAH NABILAH!

Oh! Rupa-Rupanya Detoks Kulit Adalah Rahsia Cantik Pelakon FARAH NABILAH!

Peluang bertemu dengan heroin drama Titian Cinta di majlis Alhumaira Contemporary Lebaran Show 2018 ini tidak dipersiakan. Tampil manis dan ringkas dengan seluar palozo putih yang dipadankan dengan baju putih sedondon. Solekan yang tipis pada wajah menyerlahkan kecantikan sebenar Farah Nabilah ini.

Cemburu melihat kulit wajah Farah yang halus, terus bertanya apakah rahsianya, “Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.

Bercerita tentang perkembangan dirinya, “Sekarang saya baru habis drama untuk Slot Akasia Ramadan sebanyak 27 episod. Drama bertajuk Halal Kan Hati Yang Ku Curi. Watak kali ini agak berat apabila saya melakonkan watak seorang wanita daripada kaya sehingga dia jadi gelandangan. Watak ini memang tak ada mekap dan akan makan sampah. Saya nak jadi pelakon yang versatil jadi saya tak kisah wajah diburukkan atau tanpa sepalit solekan di wajah.

Sebab itu bukan diri kita. Kita hanya melakonkan watak orang lain. Macam cerita ini, hujung-hujung cerita memang tak pakai mekap. Kalau di luar pun saya memang seorang yang very simple. Mekap pun very minimal kadang-kadang tak pakai foundation pun pakai bedak sahaja. Saya tidak kisah asalkan comfortable,” bicara Farah.

Menurut pelakon cantik manis ini bulan puasa nanti dia hanya menghadiri event kerana merupakan Duta Ramadan Raya untuk TV3. Kalau ada shooting mungkin ada telemovie raya sahaja. Selebihnya duduk rumah rehat dan sembahyang terawih. “Raya tahun ini tak sure lagi, biasanya saya balik kampung di Kelantan. Tapi mungkin tahun ini berbeza sikit, tak tahu kat mana lagi,”tuturnya.

Adakah Farah akan beraya di rumah bakal mak mentua, “Oh tidak saya masih single. Kita sebagai pelakon orang ingat kita together. Sebenarnya hanya berkawan biasa sahaja,” ujar Farah sambil tersenyum.

Di kesempatan bertemu dengannya terdetik untuk bertanya kisah viral dirinya yang dikatakan over shadow Izara Aishah di majlis persandingan tempoh hari. “Farah dan Izara kenal daripada sekolah menengah lagi. Sebelum dia masuk Dewi Remaja lagi. Kita memang kenal sebelum dalam dunia glamor. Over shadow pengantin? Saya tak perasan pun terover shadow pengantin. Tapi asal kan pengantin tak komplen apa-apa saya okay jer. Izara yang suruh pakai baju cantik-cantik. Dia kata kalau tak pakai baju cantik kau jangan duduk sebelah pengantin. Sebab Izara suka benda yang cantik-cantik. Sebab kalau tak sesuai baju tu dia akan suruh tukar on the spot,” cerita Farah sambil tersenyum.

Muda-Muda Lagi Kena Panggil MAK CIK, Ini Sebabnya Wanita Berlumba Amalkan Petua-Petua Mustajab

Muda-Muda Lagi Kena Panggil MAK CIK, Ini Sebabnya Wanita Berlumba Amalkan Petua-Petua Mustajab

Wanita mana yang suka kedutan? Belum berusia dah dipanggil makcik, gara-gara muka nampak tua sebelum masanya. Eh, jangan biarkan ia berlaku. Tangani segera dengan 5 petua mustajab ini.

Mula-mula sekali, pasang niat yang baik-baik. Sememangnya penuaan adalah fitrah kejadian manusia tapi kita boleh memelihara anugerah Tuhan ini dengan sebaik mungkin.

Petua #1 : Sejurus bangun tidur dan sebelum mandi, minum air suam dahulu. Biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur kita ada enzim yang boleh dijadikan ubat.

Petua #2 : Mandi air embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Kata orang tua tua, khasiatnya mampu menyerikan wajah, menyihatkan tubuh badan dan awet muda.

Petua #3 : Urut muka dengan air dari arah bawah dagu hingga ke atas dahi sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali. Jangan sesekali urut wajah dari atas ke bawah kerana boleh mempercepatkan kedutan.

Petua #4 : Supaya wajah nampak muda daripada usia sebenar, amalkan membaca Surah Yusuf selepas solat Subuh dan minum air suam sebanyak tiga teguk.

Petua #5 : Kalau nak muda dari dalam, amalkan produk minuman kesihatan Nutrima Cellcode ni. Ia dihasilkan selepas 10 tahun proses R&D di MARDI, kaya phloretin-g iaitu antioksidan semula jadi untuk membantu mengurangkan kedutan wajah, menyamarkan jeragat, menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan.

Menariknya tentang produk Nutrima Cellcode ni, ia berbentuk cecair dan mudah diminum setiap hari. Dahlah sedap, tanpa bahan pengawet pula tu. Lebih meyakinkan, ia pernah terpilih untuk dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra tempoh hari.

Acara penyampaian Nutrima Cellcode sebagai produk negara ini disampaikan sempena Makan Malam DiRaja anjuran Society for Anti-Aging Aesthetic (SAAARMM) di ibu negara.

Bukan tu saja, Nutrima Cellcode pun ada tandatangan perjanjian dengan Tokyo Institute of Technology Japan di Japan Halal Market Fair 2018 baru-baru ini. Ini bertujuan bagi menghasilkan versi serbuk tanpa menjejaskan kandungan phloretin-g dan antioksidan di dalamnya.

Jadi kalau dah amalkan 5 petua ni, InsyaAllah sapa-sapa pun boleh kekal muda remaja dari luar dan dalam. Produk Nutrima Cellcode tu pun mudah dibeli secara online di website KPJ Shoppe atau mana-mana kedai KPJ Shoppe/KPJ Pharmacare di seluruh hospital KPJ. Senangnya!

 

Kulit MUDA REMAJA Dengan 11 Produk Saranan Ini, Terutamanya Dalam Keadaan Cuaca Tak Menentu Sekarang!

Kulit MUDA REMAJA Dengan 11 Produk Saranan Ini, Terutamanya Dalam Keadaan Cuaca Tak Menentu Sekarang!

Kulit adalah aset utama yang perlu dipelihara demi memastikan keremajaan kulit terus terpelihara dan tidak tua sebelum waktu. Rutin penjagaan kulit wanita adalah sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan walau di mana juga anda berada.

1 – KUASA BAHARU KECANTIKAN

Essential Energy Moisturizing Cream daripada Shiseido ini memenuhi keperluan yang didambakan oleh setiap wanita. Mengangkat visi agar generasi akan datang terus memelihara kulit walau dipagut usia dan dikejar oleh waktu. Keupayaan krim ini memberi kelembapan yang diperlukan oleh kulit menjadi igauan setiap wanita.

2 – PEMBERSIH SEMPURNA KULIT

Pembersih kulit wajah yang berasaskan minyak semakin dipercayai kini kerana bertindak lembut di atas kulit. Shu Uemura telah memperkenalkan POREfinist2 Sakura Refreshing Cleansing Oil yang hadir dalam molekul kecil apabila menyerap masuk ke bawah kulit lantas bertindak membersihkan kulit secara menyeluruh.

3 – MENENTANG PENUAAN USIA

Givenchy telah mempersembahkan L’intemporel Blossom Radiance Serum yang berupaya mencegah penuaan kulit. Melalui teknologi terkini makmal Givenchy serum ini mampu menghalang kulit lesu dan menyerlah kulit merah secara semula jadi.

4 – SENJATA KULIT BERSERI

YSL beaute telah merungkaikan sebuah jawapan kepada keperluan wanita kini dengan menghasilkan Top Secrets Makeup Setting Spray. Semburan magis ini diperkaya dengan Hyaluronic acid and glycerin yang mampu mengekalkan kelembapan kulit di bawah solekan dan dalam masa yang sama menentang dehidrasi kulit sepanjang hari.

5 – MAGIS KRIM MALAM

Ketika di malam hari adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan kulit dan membenarkan nutrisi terpenting meresap masuk. Sothys telah memperkenalkan sebuah krim malam yang mampu merawat kulit di waktu malam demi kesejahteraan dan kecantikan kulit secara semula jadi. NO₂ctuelle™ Detox Resurfacing Overnight Cream adalah krim malam yang diperkaya dengan vitamin C.

6 – SEMBURAN RAMBUT

Rangkaian penjagaan rambut terkenal dari Jepun, Botanist telah memperkenalkan Botanical Hair Water yang bersifat natural dan bertindak lembut pada rambut. Diperkaya dengan buah epal dan pic dengan haruman yang memikat sepanjang hari.

7 – PENGHIDRATAN UNTUK KULIT

Elemen utama yang perlu diraih adalah produk yang dapat mengawal keseimbangan air dan garam, serta mengekalkan penghidratan kulit. Faktor ini hanya boleh diperoleh daripada Neutrogena® Hydro Boost™ Capsule In Serum dan Hydro Boost™ Water Gel menambahkan dan memperbaiki pelindung kulit anda.

8 –  REJIM PENJAGAAN KULIT

Rangkaian penjagaan kulit L’occitane telah mempersembahkan cecair pembersih wajah yang lembut menyingkirkan segala kotoran dan sisa solekan dan dalam masa yang sama menyuntik pelembap yang sangat didahagakan oleh kulit. Kombinasi Hyaluronic Acid, Glycerin dan Calcium-rich Reotier water lengkap bagi membelai kulit wajah.

9 – SAMAR KULIT TIDAK SEKATA

Ucapkan selamat tinggal kepada kulit yang tidak sekata dengan Innisfree Color Correcting Kit. Kit ini membantu kulit yang tidak sekata dan menyamarkan lingkaran gelap di bawah mata. Bukan itu sahaya kit ini sangat berguna untuk menutup kulit tidak bermaya hanya dengan sekali sapuan sahaja. Hadir dalam tekstur yang lembut dan menyuntik lembapan secara semula jadi di bawah kulit.

10 – PINTAS JAM MASA

Rangkaian penjagaan kulit jenama mewah, Cle de Peau telah menghasilkan sebuah produk melalui teknologi Unique 4D*-Boosting yang merupakan satu langkah maju ke hadapan dalam dunia sains kecantikan. Firming Serum Supreme berupaya melangkaui masa dengan teknologi canggihnya. Mempunyai tekstur yang lembut, ringan serta mewah merawat kulit wajah dari dalam secara semula jadi dan berkesan melalui bahan-bahan yang terpilih.

11 – HARUMAN SEMERBAK STRAWBERI

Haruman segar mampu memikat sesiapa sahaja dan mampu meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Buah-buahan adalah esen yang sering dijadikan bahan utama dalam menghasilkan haruman segar. Japanese Cherry Blossom Strawberry Kiss Eau De Toilette dari The Body Shop dicipta demi aura kewanitaan yang begitu tinggi.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: