Kalau dulu nama Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.
Apatah lagi selepas dia berjaya memenangi kerusi dalam PRU ke-15 lepas dan dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka.
Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim, tumpuan figura tersebut kini lebih terarah kepada masyarakat setempat.
Pada 24 April lalu, Datuk Dira berkesempatan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Dun Rim sempena ketibaan Aidilfitri baru-baru ini.
Ternyata, penampilan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM berkenaan ketika sambutan Rumah Terbuka menarik perhatian pengunjung.
Menerusi kemaskini dan gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan penampilan Datuk Dira yang bersederhana dan simple. Tidak mengenakan solekan tebal, dia juga cukup ceria dan ramah melayan tetamu yang hadir.
“Sebab jujurnya, if it’s not because of arts and politics, saya adalah jenis introvert, or pemalu sebenarnya. But a progressive one I guess. Ini keluarga Rim kita yang saya sayangi. Demi mu ku sanggup apa sahaja.”
Kongsinya lagi di platform Instagram, “The one thing I love about being a politician is that you’re not allowed to be in a glasshouse.
Go and meet people. Get to know with each and everyone. Talk to strangers. Be nice and kind to everybody. Keep smiling. Everyday. Every time. No matter what.”
Pernah menjadi penghias cover digital Nona tahun lalu, Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.
Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.
Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 16 tahun dan Waris Iskandar, 5 tahun serta tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.