Rezeki tak pernah salah alamat tetapi sebagai manusia biasa kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut. Memiliki cahaya mata juga merupakan rezeki atau anugerah daripada Ilahi. Siti Elizad Mohamad Sharifuddin sentiasa positif bila berbicara tentang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dan belum dikurniakan zuriat.

IKLAN
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin

Wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini pernah mengumumkan sedang berusaha untuk memperolehi zuriat melalui kaedah persenyawaan in-vitro (IVF). Wanita yang berusia 36 tahun ini juga telah berkongsi tentang usahanya itu di laman media sosial miliknya.

Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin

Bismillahirrahmannirrahim, kembali for my IVF journey. Ini baru first session, after 2 weeks no more VROOM-VROOM (motorsikal) and NO aktiviti lasak doktor cakap,” coret Elizad di laman Instagramnya. Besar pengorbanan Elizad yang meninggalkan sementara hobinya menunggang motorsikal berkuasa besar semata-mata ingin memiliki cahaya mata.

Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin

Tambahnya lagi, “Doakan kami ya (jadi 2 minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, vroom-vroom cuti sana sini lagi. Lepas itu dah kena simpan motorsikal buat perhiasan),” tulisnya.

Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Instagram @elizadsharifuddin

Sebelum ini Elizad pernah berkongsi mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali. “Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.

IKLAN
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin

Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.

IKLAN
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin

Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi sebelum doktor buang rahim yang sebelah ini saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata. Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.

Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Tak Boleh Tunggang Motorsikal & Buat Aktiviti Lasak, ELIZAD Berkorban Demi ANAK
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin

Semoga doa Elizad dimakbulkan oleh Allah SWT dan memberinya peluang untuk bergelar seorang ibu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI