Jiwa yang dikuasai syaitan mudah terdorong untuk melakukan pelbagai dosa tak kira yang kecil mahupun besar. Namun terdapat beberapa jenis dosa yang sangat berat untuk diampunkan serta tidak sewenang-wenangnya terhapus dengan bertaubat.

IKLAN

Berikut adalah 6 dosa yang tidak diampunkan Allah kecuali dalam beberapa perkara jika si pelaku dosa melakukan perkara-perkara seperti di bawah. Semoga menjadi peringatan buat kita semua

(1) Makan harta anak yatim secara haram

Penyelesaian: Pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.

(2) Menuduh wanita solehah berzina

Penyelesaian: Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.

(3) Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT

Penyelesaian: Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

IKLAN

(4) Melakukan sihir

Penyelesaian: Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

IKLAN

(5) Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk

Penyelesaian: Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan atau menyekutukan Allah SWT.

(6) Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

Penyelesaian: Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam Madinah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI