Setiap wanita pasti mendambakan badan yang langsing dan ideal. Namun, tidak kurang juga ada yang malas untuk berdiet kerana prosesnya yang begitu sukar serta memerlukan waktu yang lama untuk mendapat hasil yang diinginkan. Jika anda salah seorangnya, cuba lakukan cara ini. Lebih selamat tanpa perlu makan produk langsing yang boleh memudaratkan.

IKLAN

JANGAN LEWAT BERSARAPAN

Jangan terpengaruh dengan kata-kata ‘Kalau nak kurus jangan makan pagi’. Ini adalah salah! Sarapan umpama bahan bakar bagi mendapatkan tenaga. Jika waktu makan anda tidak teratur terutama sarapan kemungkinan besar anda akan merasa lebih lapar dan akhirnya makan berlebihan. Berat badan semakin tidak terkawal.

MINUM AIR PUTIH SEBELUM MAKAN

Air putih membantu dari segi kesihatan dan menjaga berat badan. Minum air putih sebelum makan lebih efektif bagi menerbitkan rasa kenyang sebelum makanan habis, kalori yang masuk dalam badan juga tidak banyak. Berat badan akan lebih stabil malah mengalami penurunan.

ELAK MAKAN SELEPAS PUKUL 7 MALAM

Kebanyakan yang berdiet akan elak makan malam. Sebenarnya boleh saja kalau hendak makan malam tetapi pilihlah menu yang menyihatkan. Contohnya, gantikan dengan protein atau buah-buahan. Disiplinkan diri untuk tidak makan selepas pukul 7 malam.   

MAKAN DI PINGGAN BERSAIZ KECIL

Bagi mengelakkan makan dalam jumlah yang besar sebaiknya pilihlah untuk makan di pinggan yang bersaiz kecil. Terapkan rutin ini pada setiap hari jika anda mahu berat badan turun dengan cepat.     

MAKAN BUAH SEBELUM HIDANGAN BERAT

Makan buah ketika perut masih kosong lebih bagus kerana ia sangat bermanfaat untuk detoksifikasi sistem badan sehingga mempengaruhi anda untuk makan lebih sedikit. Biasakan makan buah sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum ambil hidangan berat.    

KUNYAH DENGAN BETUL

Kunyahan yang betul membantu sistem pencernaan sekaligus membataskan jumlah porsi. Sebaiknya kunyahlah makanan sekitar 30-50 kali untuk sekali suapan.    

RAJIN BERJALAN

Bakar kalori anda dengan aktiviti berjalan. Ia membantu mengurangkan lemak dalam badan secara perlahan-lahan sekaligus badan terasa lebih sihat. Berjalan kakilah di mana saja contohnya di rumah, pejabat, taman, pasar dan sebagainya. AMY MOHD