Terkenal dengan sikapnya yang sukakan cabaran dan berani untuk mencuba sesuatu yang baharu, Nabila Huda memulakan percutian jelajah Asia Tenggara secara solo dengan menaiki kereta api bermula 10 Oktober lalu dan menamatkan ekspedisi hampir sebulan itu, semalam. Bukan senang untuk travel secara solo ni lebih-lebih lagi untuk seorang perempuan. Namun, wanita yang mesra dipanggil Abil ini dilihat begitu seronok menjalani kembara solonya itu.

IKLAN

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

“Antara perkara yang membuatkan saya happy bila travel seorang ialah saya boleh balik bilik sesuka hati, pilih restoran makan sendiri, dan boleh tidur ikut waktu suka hati saya. Kalau perangai macam ni dari kawan pun boleh gaduh! Lebih baik jangan cari musuh..Haa jalan lah seorang!”, tulisnya di laman instagram.

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

Ini bukan kali pertama Anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search ini mencabar dirinya untuk mencapai impian. Sebelum ini, Nabila Huda juga berjaya menamatkan misi pendakian solo ke Kem Induk Annapurna, Nepal yang terletak di Banjaran Himalaya. Apa yang lebih mencabar lagi, beliau tidak pernah mempunyai pengalaman langsung sebagai seorang pendaki. Wah, hebatnya. Walaupun tidak menyediakan kelengkapan mengembara dengan sepenuhnya, berbekalkan keyakinan dan semangat tinggi, beliau mampu mengharungi semua cabaran.

Apa yang paling penting juga, walaupun kedua-dua misinya ini dilakukan seorang diri, Nabila tidak lupa untuk mendapatkan restu daripada suami tercinta, Mohd Izwan Johar.

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

IKLAN

Lagipun, menariknya travel solo ni kita dapat meluangkan masa dengan diri kita sepenuhnya disamping cuba untuk mengenali diri anda sendiri. Selain itu, mengembara secara solo ini juga membuatkan diri anda berani keluar daripada comfort zone terutamanya apabila pergi tempat-tempat yang belum pernah dilawati dan tempat berisiko.

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

IKLAN

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

Tak Nak Cari Musuh & Suka Cabar Diri Sendiri, NABILA HUDA Lebih Suka Travel Solo!

Terujanya tengok perkongsian video dan gambar-gambar Nabila Huda tentang kembara solonya itu.  Selepas ini, boleh lah wanita di luar sana untuk mengikut jejak langkah Nabila Huda mengembara secara solo dan meluaskan pandangan pengalaman. Orang kata, senmakin jauh berjalan, semakin luas pengalaman!

Sumber gambar: Instagram Nabila Huda

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI