Tindakan usahawan Huda Beauty, Huda Kattan ini menggunakan platform media sosial sebagai medium menyokong dan membela nasib rakyat Palestin yang dilanda kekacauan kebelakangan ini mendapat pujian masyarakat Muslim seluruh dunia.
Cukup lantang menyuarakan pendapat dan membantu saudara Islam, Huda yang berketurunan Iraq tidak kisah dikecam atau produk kosmetik keluarannya diboikot.
Sebaliknya dia terus berani berkongsi video dan situasi terkini yang sedang menimpa Palestin hingga ke hari ini.
Demi meningkatkan kesedaran dunia mengenai insiden duka yang sedang dilalui penduduk di bumi anbia itu, Huda komited menggunakan media sosial Instagram miliknya yang mempunyai lebih tiga juta followers untuk usaha murni itu.
Apatah lagi jenama kosmetik ternama antarabangsa berkenaan memang sudah cukup berjaya menjual rangkaian produk mereka hanya menerusi dalam talian.
Kredit Instagram @hudaKredit Instagram @hudaKredit Instagram @hudaKredit Instagram @huda
Luah Huda, “I’m horrified by the scenes coming out of Gaza. Time is running out for the children of Gaza; hundreds of children have already been killed and injured.
Ads
Hospitals are overwhelmed, and the numbers keep rising. No child should have to witness this!”
Huda yang kini berusia 40 tahun berhijrah ke Boston ketika dia baru berumur dua tahun.
Memetik laporan Vogue Arabia, Huda dilahirkan pada 2 Oktober 1983 di Oklahoma dan mewarisi keturunan Iraq daripada kedua ibu bapanya yang berhijrah ke United Kingdom untuk mengajar subjek Biologi di samping mendalami bidang kejuruteraan mekanikal.
Kredit Instagram @hudaKredit Instagram @hudaKredit Instagram @hudaKredit Instagram huda
Huda merupakan anak kedua daripada empat beradik. Kakaknya, Alya ialah 10 tahun berusia darinya dan dia mempunyai seorang adik perempuan dan lelaki masing-masing bernama Mona dan Khalid. Semasa tinggal di kejiranan Boston, Huda dikenali dengan nama panggilan ‘Heidi’.
Ads
Merujuk kenyataan Huda bersama Vogue pada tahun 2015, “Saya suka dengan nama Huda tapi masyarakat di sana menganggap nama tersebut pelik. Bagaimanapun setelah berpindah ke Massachusetts, rakan-rakan menyambut baik nama Huda. Begitu juga bila mereka tahu saya berketurunan Iraq.”
Ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kewangan di University of Michigan-Dearbon, Huda berkenalan dengan Chris Goncalo iaitu suaminya hari ini. Pasangan ini dikatakan berhijrah ke Dubai pada tahun 2006 dan menyambut cahaya mata perempuan diberi nama Nour Gisele tidak lama kemudian.
Kredit Instagram @hudaKredit Instagram @hudaKredit Instagram @hudaKredit Instagram huda
Sebelum bergelar usahawan kosmetik berjaya, Huda pernah menjadi makeup artist di Hollywood dan mula didedahkan dengan produk kecantikan melalui kakaknya sendiri, Alya.
Figura yang memiliki raut wajah cantik dan bibir mungil ini sudah menjadi blogger sejak tahun 2010 lagi seterusnya mencipta populariti di alam maya selepas tip dan petua kecantikannya menjadi viral.
Ads
Tiga tahun bergelar blogger, Huda mendapat inspirasi menghasilkan bulu mata palsu selepas dia sukar mendapatkan produk berkenaan di pasaran.
Bermula dari situlah, empayar Huda Beauty diterajui tiga beradik ini wujud dan terus berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.
Rangkaian kosmetik Huda Beauty kini mempunyai lebih 140 produk yang terdiri daripada set pembayang mata, bedak asas, variasi gincu bibir, kuku palsu dan sebagainya yang dianggarkan mencecah jualan tahunan tidak kurang USD 250 juta.
Melihat kejayaan itu, tidak hairanlah Forbes menyenaraikan Huda Kattan antara 2019 America’s Richest Self-Made Women berjumlah USD 610 juta.
Zhang Ziyu menjadi sensasi di media sosial ekoran ketinggian luar biasa yang dimilikinya. Baru berusia 17 tahun, pemain bola keranjang pasukan kebangsaan China ini mempunyai ketinggian mencecah sehingga 220 sentimeter. Bersandarkan kelebihan itu, Zhang disenaraikan antara pemain paling bernilai bagi FIBA Under-18 Women’s Asia Cup 2024.
Atlet remaja ini juga berjaya membawa pasukan negaranya ke peringkat final selepas menewaskan Korea Selatan. Sepanjang kejohanan menentang lawan, jelas kelihatan ketinggian luar biasa Zhang dan menyaksikan kebanyakan pemain bola keranjang hanya berada di paras dada atlet tinggi lampai berkenaan.
Bagaimana pun, China terpaksa akur bergelar Naib Juara apabila tumpas di tangan pasukan Australia pada 30 Jun lalu dengan kutipan 79 mata berbalas 96 di Shenzhen, China.
Memetik kenyataan Zhang di laman web rasmi FIBA, “Saya tak mahu terlalu memikirkan soal masa depan kerana perlu menimba pengalaman. Paling utama, saya perlu jadi lebih baik.
Ibu bapa saya juga pemain bola keranjang dan saya terlibat dalam sukan ini sejak di bangku sekolah rendah lagi.”
Difahamkan bapa Zhang mempunyai ketinggian 213 sentimeter. Sementara ibunya, Yu Ying yang juga bekas pemain pasukan kebangsaan China pula berketinggian 198 sentimeter. Atlet kelahiran Shandong ini juga pernah menyertai sukan lompat jauh dan lompat tinggi.
Sebelum ini, pasukan bola keranjang China turut mencipta fenomena apabila salah seorang pemain lelaki mereka iaitu Yao Ming mencipta rekod ketinggian sehingga 229 sentimeter dan menjadi Pemain Bola Keranjang Terbaik China Sepanjang Masa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehebatan bakat lakonan dalam diri aktres jelita ini sememangnya diperakui oleh peminat seni tempatan. Tidak bersandarkan wajah semata-mata Farah Nabilah mampu membawakan pelbagai watak dengan jayanya. Bakatnya terus terserlah sehingga dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.
Hari ini Farah Nabilah melakar sejarah buat dirinya dan industri seni apabila telah dilantik sebagai Duta Kemanusiaan pertubuhan Asia Development Relief Foundation atau ADRF. Pertubuhan ADRF ini telah ditubuhkan di Korea Selatan dan telah aktif menjalankan usaha murni dengan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Sebuah sidang media telah dianjurkan bagi mengumumkan perlantikan Farah sebagai Duta Kemanusiaan organisasi tersebut. “Saya akan terbabit dengan kerja kemanusiaan dengan pertubuhan ADRF. Penglibatan saya ini sebagai ruang untuk gives back kepada masyarakat terutama mereka yang memerlukan dan hidup dalam serba kekurangan.
Jujur tahun ini fokus saya bukan untuk mengejar populariti semata-mata. Saya mahu mengimbangi kerjaya seni dengan pembabitan projek kemanusiaan. Saya lihat contoh seperti bintang antarabangsa, Angelina Jolie merupakan antara aktivis kemanusiaan yang masih terbabit di arena seni dan dalam masa sama melakukan hal yang memberikan manfaat sejagat.
Saya percaya pengaruh yang dimiliki golongan artis patut dimanfaatkan untuk perkara sebegini. Membuat mereka yang memerlukan ini tersenyum sudah membuat saya gembira daripada duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa,” katanya.
Farah juga kelihatan turut sama memeriahkan dunia kecantikan dengan memperkenalkan produk kecantikannya sendiri di bawah jenama Fawaa Beauty. Cecair kolagen jenama Fawaa Beauty merupakan rahsia penjagaan dalaman dan rejim kecantikan dirinya yang dilancarkan hujung tahun lalu.
Kata pemilik nama sebenar ini, Farah Nabilah Saipuddin dia dan pasukan kerja Fawaa Beauty memulakan perancangan rapi bagi menghasilkan produk berkenaan sejak tahun lalu. “Saya percaya kita mungkin boleh menutupi cela atau apa saja yang tumbuh di permukaan kulit dengan mekap. Namun soal penjagaan dalaman itu nak dijaga atau dirawat dengan cara bagaimana pula? Kalau setakat menjaga kecantikan luaran saja namun mengabaikan hal dalaman pun tiada guna juga. Sebaliknya penjagaan dalaman dan luaran itu perlu diimbangi.
Menyentuh tentang sisi kerjaya seninya, Farah saat ini sedang menyiapkan telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek edisi raya arahan Hadith Omar bergandingan dengan Fikry Ibrahim. “Tahun ini tumpuan saya juga untuk terus mengukuhkan syarikat produksi sendiri, Fawaadeanfilms. Selain itu, program travelog 13 episod berjudul Coffee Roaster Traveller yang saya hoskan juga akan disiarkan tak lama lagi,” tutur Farah yang optimis merencana masa depannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi Gym Pakai Dress?
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Tindakan Aina Tuai Komen Positif Netizen
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yang turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir...