Ads

Setia Menemani Suami, Aura Datin Sri Muhaini Manis & Sopan Tarik PerhatianĀ 

Wanita Pertama Malaysia yang ke-9 ini tidak gemar menjadi perhatian ramai dan jarang membuat kemunculan di khalayak ramai namun setia menemani suami dalam menjalankan tugas rasmi negara.

Penampilan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin yang manis dan bersopan sering menarik perhatian ramai. Memiliki keperibadian yang baik, berlemah lembut serta mudah bergaul dengan orang menjadikan anak jati Kampung Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah ini tak jemu mata memandang.

Datin Sri Muhaini Zainal Abidin setia menemani suami ke mana sahaja.
Foto: Instagram @ninaismailsabri

Isteri Perdana Menteri negara yang kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ini dilihat sebagai penyokong utama suaminya tanpa belah bahagi.

Baru-baru ini Datin Sri Muhaini kelihatan setia menemani suami tercinta menjalankan tugas rasmi di negara matahari terbit itu. Anggun mengenakan baju kurung moden rona ungu sedondon selendang ungu turun dari kapal terbang sebaik mendarat di lapangan terbang Jepun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Lebih istimewa apabila Datin Sri Muhaini menyaksikan suaminya menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran (Perubatan) daripada Universiti Nihon, ITABASHI, Tokyo.

Ads

Tulis Perdana Menteri di laman media sosialnya, “Saya berbesar hati menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran (Perubatan) daripada Universiti Nihon, ITABASHI, Tokyo. Terima kasih kepada Datuk Bandar Sakamoto dan Encik Naoto di atas penganugerahan ini.

Setia Menemani Suami, Aura Datin Sri Muhaini Manis & Sopan Tarik PerhatianĀ 
Foto: Instagram @ismailsabri60

Sesungguhnya anugerah ini bukanlah untuk saya sahaja, tetapi merupakan pengiktirafan untuk seluruh Keluarga Malaysia yang telah bersama-sama berperang dengan COVID-19, musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita.

Alhamdulillah dengan segala perancangan dan strategi yang telah ditetapkan, Malaysia juga diiktiraf oleh Bloomberg and Nikkei sebagai salah satu negara terbaik untuk menangani pandemik COVID-19.

Ads

Anugerah ini akan terus dikenang sebagai simbol yang mencerminkan ikatan persahabatan erat antara Malaysia dan Jepun,” tulis Ahli Parlimen Bera ini.

Setia menemani suami, penampilan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin tarik perhatian umum.
Foto: Instagram @ismailsabri60

Datin Sri Muhaini telah mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Sri Ismail Sabri pada tahun 1986. Perdana Menteri ke-9 ini pernah berkongsi tentang isteri tercinta di laman media sosialnya suatu ketika dahulu.

Ads

Tulisnya, “Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengannya ketika saya berumur 19 tahun.

Setia Menemani Suami, Aura Datin Sri Muhaini Manis & Sopan Tarik PerhatianĀ 
Foto: Instagram @ninaismailsabri

Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga,” imbas Dato’ Sri Ismail Sabri.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

Setia Menemani Suami, Aura Datin Sri Muhaini Manis & Sopan Tarik PerhatianĀ 
Foto: Instagram @ninaismailsabri
Setia menemani suami, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin sentiasa berpenampilan kemas dan cantik.
Foto: Instagram @ismailsabri60

Baca juga; Kini Giliran DS Siti Nurhaliza Pula Warnai ‘Billboard’ Times Square New York, Tahniah!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
āˆž
āˆž
Ads

Inspirasi Lain

Joheirry Mola

Joheirry Mola Dinobatkan Miss World 2026, Inspirasi Guru Biasa Cipta Sejarah...

Bukan sekadar cantik, Joheirry Mola merupakan guru, wartawan dan aktivis pendidikan. Pada usia 24 tahun, beliau mencipta sejarah apabila dinobatkan Miss World 2026.