Jeans atau denim sememangnya menjadi kegemaran tidak kira lelaki mahupun perempuan untuk digayakan kerana ia tahan lasak dan senang dipadankan dengan apa jua pakaian. Selain sesuai untuk anda yang mahu kelihatan ringkas dan tidak terlalu formal, jeans juga boleh buat anda tampak stylo dan moden.

Setiap daripada kita pastinya mempunyai paling kurang satu seluar jeans paling favorite yang akan dipakai berulang kali dan tidak perlu digosok. Walaupun seluar jeans boleh dikategorikan sebagai seluar lasak, namun penjagaan rapi adalah penting bagi memastikan jeans anda sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna dan tidak luntur warnanya.

IKLAN

Tak Perlu Basuh Hari-Hari, Lagi Busuk Lagi Tinggi ‘Sentimental Value’ SELUAR JEANS Favorite Anda!

Nona kongsikan beberapa tip yang boleh anda pratikkan dalam penjagaan pakaian jeans kegemaran anda tidak kira seluar mahupun jaket kerana jeans boleh tahan dan dipakai bertahun-tahun dengan cara penjagaan yang tepat.

 

1. TAK PERLU BASUH SETIAP HARI

Kebanyakan pencinta denim akan tahu pantang larang ini kerana seluar jeans yang dibasuh setiap hari akan membuatkan tekstur kain berubah dan akan menjadi lebih cepat lusuh. Selain itu, Basuh seluar jeans anda hanya apabila sudah berbau atau terkena kotoran dengan menggunakan teknik yang betul seperti rendam bersama pencuci yang telah dilarutkan dan asingkan daripada pakaian lain.

 

2. TAK PERLU LIPAT

Elakkan untuk lipat seluar jeans basah atau yang sudah kering dan seeloknya digantung untuk memastikan ia tidak renyuk. Seluar jeans yang dilipat terlalu lama akan menampakkan tanda garisan warna luntur.

IKLAN

Tak Perlu Basuh Hari-Hari, Lagi Busuk Lagi Tinggi ‘Sentimental Value’ SELUAR JEANS Favorite Anda!

3. ELAK JEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI 

Untuk memastikan warna jeans anda kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans favorite anda di bawah terik matahari. Ini juga akan menyebabkan fabrik mudah rosak.

 

IKLAN

4.SUHU AIR YANG BETUL

Fabrik denim juga sangat sensitif dengan suhu yang panas. Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan.

Tak Perlu Basuh Hari-Hari, Lagi Busuk Lagi Tinggi ‘Sentimental Value’ SELUAR JEANS Favorite Anda!

5. JANGAN RENDAM TERLALU LAMA

Sebaik-baiknya elakkan merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur dan mereput.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI