Sejak kebelakangan ini kita selalu dengar kelakuan anak-anak yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka sendiri sehingga ada yang bertindak di luar kawalan di tempat awam mahupun di rumah kenalan. Habis rosak semua harta benda tuan rumah dan ada yang terpaksa menanggung kerugian sehingga ribuan ringgit. Ada yang televisyen retak, ikan di kolam mati, anak kucing mati direndam dalam baldi dan macam-macam lagi!

Walaupun sudah ditegah beberapa kali dan menyuruh anak masing-masing supaya behave di rumah orang, masih ada lagi kanak-kanak yang susah hendak ditegur oleh ibu bapa masing-masing. Tak semua yang mendengar kata walaupun sudah diberi ‘amaran’ sejak dari dalam kereta lagi.

Ads

Tak Perlu ‘NAIK ANGIN’ Kalau Mahu Anak-Anak Dengar Cakap, Cuba Cara Ni Yang Ternyata Cukup Relevan!

Nak buat macam mana lagi? Nak disalahkan anak-anak mereka masih lagi kecil. Nak ditegur, bimbang pula tetamu kecil hati. Banyak hati yang perlu dijaga bagi menjaga perhubungan. Lagipun, anak kecil yang sedang membesar juga sememangnya perlu diberikan perhatian dan sudah menjadi lumrah seorang kanak-kanak bermain dengan aktif, lari sini sana dan lakukan apa saja yang terlintas di fikiran mereka kerana sel-sel otak mereka kan sedang berhubung.

Tak Perlu ‘NAIK ANGIN’ Kalau Mahu Anak-Anak Dengar Cakap, Cuba Cara Ni Yang Ternyata Cukup Relevan!

 

Pelbagai kaedah dan cara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mendidik anak-anak kesayangan. Tak perlu sampai mendera dan mencederakan pun sebenarnya. Silap-silap, nak mengajar anak kita pula yang kena masuk penjara kerana kesalahan mendera anak. Di zaman serba moden yang penuh dengan gadget untuk tarik perhatian anak-anak ni, ibu bapa perlu ada cara yang bijak untuk tackle hati anak -anak.  Berbalik kepada ajaran Islam dan cara Rasulullah S.A.W, di sini ada beberapa tip yang boleh anda pratikkan untuk mendidik anak-anak. Islam sendiri sudah ada menunjukkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak.

 

1. ELAKKAN PUKUL ANAK

Bukan bermaksud anda tidak boleh langsung untuk ‘naik tangan’ dengan anak-anak. Sebagai ibu-bapa cuba kawal diri daripada memukul. Kalau boleh, elakkan memukul dari bahagian lutut ke atas. Kalau nakal sangat tu, boleh pukul di tapak kaki.

Tak Perlu ‘NAIK ANGIN’ Kalau Mahu Anak-Anak Dengar Cakap, Cuba Cara Ni Yang Ternyata Cukup Relevan!

2. AJAR ANAK-ANAK SOLAT

Sabda Rasulullah SAW:

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukul lah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun, dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka.” (H.R. Ahmad & Abu Daud)

Ads

Tak Perlu ‘NAIK ANGIN’ Kalau Mahu Anak-Anak Dengar Cakap, Cuba Cara Ni Yang Ternyata Cukup Relevan!

Tujuaan untuk mengajar anak mendirikan solat ketika masih kecil lagi adalah supaya menjadi kebiasaan mereka untuk mendirikan solat sebelum baligh lagi. Jadi, apabila dah besar nanti tak ada lah menjadi satu beban untuk mereka melaksanakan perintah Allah yang wajib ini.

 

3. PANGGILAN NAMA YANG BAIK-BAIK

Kebiasaanya, anak masih dalam kandungan lagi tapi dah ada nama yang dipilih oleh ibu bapa. Cuba cari nama yang mempunyai maksud yang baik dan sesuai. Nama panggilan anak anda juga harus mempunyai makna yang baik kerana nama panggilan yang kurang baik akan membuat anak anda berasa rendah diri dan malu.

Ads

 

4. SENTIASA PELUK DAN SAYANGI ANAK-ANAK

Tak kisah lah anak pertama, kedua atau ketiga, cuba bahagikan kasih sayang yang sedil-adilnya untuk anak anda. Jangan ada silap pilih kasih antara anak-anak. Peluk anak anda dengan penuh kasih sayang setiap hari. Kajian ada menunjukkan kanak-kanak yang dipeluk setiap hari mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding kanak-kanak yang jarang dipeluk. Selain itu, cari peluang untuk membuat aktiviti bersama anak -anak dan cuba penuhi kehendak mereka.

Tak Perlu ‘NAIK ANGIN’ Kalau Mahu Anak-Anak Dengar Cakap, Cuba Cara Ni Yang Ternyata Cukup Relevan!

5. ELAKKAN MENGELUH

Di dalam ibu bapa membesarkan anak-anak jangan sesekali mengeluh sebaliknya ucap lah ‘Astaghfirullah’. Keluhan akan membuat anak anda merasakan dirinya satu beban.

Anak-anak adalah tangunggajwab ibu bapa. Tugas sepenuhnya harus digalas oleh ibu bapa untuk meastikan anak anda membesar dengan didikan yang sempurna. Peribahasa ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ ada benarnya. Ibu bapa harus menunjukkan tauladan yang baik sejak mereka kecil lagi. Sedikit demi sedikit anak akan mula menirunya dan sifatnya akan berubah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI