Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Ads
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Ads
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Ads
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Nama Elyana dikenali dalam kalangan peminat muzik tanah air sekitar awal tahun 2000. Industri hiburan pada era itu cukup meriah dengan kehadiran ramai bakat muda baharu antaranya Siti Nordiana, Syura, Tomok New Boyz, Naqiu Boboy dan Lan Kristal. Setiap penyanyi ini memiliki identiti tersendiri dan mencipta fenomena.
Figura cantik ini memulakan karier dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Walau sudah lebih dua dekad bergelar anak seni, bait-bait lagu dendangan sulungnya iaitu Niat masih ‘melekat’ di ingatan peminat.
Bahkan gaya penyampaian unik selebriti ini yang selesa ‘berkaki ayam’ ketika membuat persembahan di atas pentas berjaya cetus kelainan.
Namun sejak mendirikan rumah tangga dan menghidap kanser, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal akur memperlahan kerjaya seni.
Terbaharu, ibu dua anak ini menerusi perkongsian di media sosial memuat naik momen sambutan ulang tahun kelahiran di samping suami dan anak-anak tersayang di sebuah resort ternama di Sepang pada awal Julai lalu.
Kongsinya, “5 July. Alhamdulillah 38 years old.”
Lebih istimewa, dia turut diraikan pekerja resort berkenaan yang memberi kejutan hari lahir. Untung Elyana!
Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan jelas terpancar wajah bahagia pelakon drama bersiri Dunia Baru tersebut. Walau usia hampir mencecah 40 tahun namun Elyana tampil muda remaja dan ceria.
Malah, dia juga kian matang melayari kehidupan selepas dikhabarkan 11 tahun menghidap kanser limfoma sebelum disahkan bebas penyakit itu kira-kira empat tahun lepas.
Ia nyata menjadi titik hitam dalam hidup Elyana namun memberi semangat luar biasa untuknya menjadi versi yang lebih kuat.
Elyana mendirikan rumah tangga pada usia muda, 23 tahun. Pelantun lagu Kalis Rindu ini dikhabarkan selamat diijabkabul pada 19 November 2010 dengan jejaka pilihan iaitu Khairul Anuar Husin.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak diberi nama Cinta Sumayyah berusia 15 tahun dan mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Cahaya Ramadhani kini berumur enam tahun.
Elyana yang tidak lagi aktif dalam industri bagaimana pun berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Dia mengusahakan perniagaan Old Skool Elyana yang menjual aneka biskut seperti semperit dan tart nanas.
Kata anak kepada pasangan Emrizal Samsuddin dan Shamsidar Alias ini, biskut yang dihasilkan adalah homemade resipi asli daripada nenek tersayang. Setakat ini, ia hanya dijual di pasaran Selangor dan Kuala Lumpur (KL).
Tiru gaya fesyen pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman yang selesa pakai baggy jeans. Beli di sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak tertawan dengan personaliti menarik bekas ratu gimnastik negara ini. Pesonanya cukup memukau. Malah, setiap gerak tari Farah Ann Abdul Hadi di gelanggang gimnastik suatu ketika dulu bukan hanya menggetarkan jiwa atlet yang bertanding bahkan membuatkan penonton bersorak gembira dengan aksinya yang mempesona.
Sepanjang penglibatannya dalam arena sukan, Farah Ann berjaya meraih tujuh pingat emas di temasya Sukan SEA! Bukan calang-calang.
Kejayaan itu sekaligus melonjakkan namanya hingga menjadi bualan dan kebanggaan negara sehingga sekarang. Biarpun Farah Ann sudah pun bersara dalam arena sukan sejak Mac lalu.
Kali terakhir dia membuat penampilan adalah di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Walau tidak berjaya membawa pulang pingat untuk negara namun persembahan bertenaga daripada atlet ini sudah cukup menggembirakan peminat sukan.
Mengimbas kembali pembabitan awal Farah Ann dalam arena gimnastik, wanita cantik berusia 28 tahun ini berkata sejak kecil ibu dan bapanya sudah mendedahkan mereka dua beradik dengan sukan gimnastik.
Tambah anak kepada pasangan Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon ini lagi, galakan untuk menceburi bidang berkenaan adalah disebabkan ibu bapanya turut datang dari latar belakang yang sama.
“Disebabkan saya bersikap hiperaktif dan suka bermain monkey bar di taman permainan, ibu bapa saya memilih sukan gimnastik untuk kami ceburi. Justeru, seawal usia tiga tahun, saya sudah mula dihantar mengikuti kelas gimnastik bersama kakak saya, Katrina Ann yang pada masa itu berusia lima tahun. Katrina pula kini merupakan atlet renang berirama negara.
Memasuki umur enam tahun, saya sudah mula menyertai pertandingan di peringkat negeri Selangor. Manakala ketika menginjak umur tujuh tahun pula, saya berjaya mewakili
Selangor untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Melihat potensi saya untuk pergi jauh dalam arena sukan gimnastik, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Nyata penglibatan saya dalam sukan gimnastik mula serius setelah menghadiri latihan sebanyak enam kali seminggu di sekolah tersebut,” ujar gadis kelahiran Subang Jaya ini.
“Saya sifatkan sukan gimnastik sebagai sukan luar biasa. Gimnastik membantu individu menjadi lebih kuat dan fleksibel.
Malah, saya berpendapat, sukan gimnastik menjadikan saya lebih kreatif untuk merancang aksi dan skil yang ingin ditonjolkan kepada umum.
Terbuka berkongsi sisi peribadi kepada umum, tanpa berselindung Farah Ann mendedahkan sikapnya yang tidak diketahui ramai. “Saya pun sama macam orang lain. Sebenarnya
saya seorang yang pemalu dan clumsy.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar Sasha Saidin. Sejak berkahwin dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang pada Januari 2020, penyanyi cantik ini tidak lagi aktif dalam dunia seni dan memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Apatah lagi, Sasha kini menetap di luar negara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan perkembangan keluarga di media sosial, Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin kian bahagia di samping anak dan suami tercinta.
Sebaik kembali bergelar isteri selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Sasha yang sah bergelar suri hati Sirhan Wahab memutuskan untuk berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengikuti suaminya bertugas dalam sektor kewangan di sana.
Berdasarkan posting di Instagram, kakak Zain Saidin ini berkongsi suasana Ramadan di Dubai dan kelihatan anggun berseri-seri tatkala mengenakan hijab.
Bukan hanya penampilan Sasha menjadi perhatian peminat bahkan anak lelakinya iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono atau mesra disapa Arya juga menarik tumpuan ramai kerana makin kacak dan tinggi lampai.
Ibu berusia 46 tahun ini turut berkesempatan berkongsi momen menunaikan solat tarawih bersama anak tersayang pada 1 Ramadan lalu. Walau bakal menghampiri usia 50 tahun namun pesona dan wajah cantik Sasha dikagumi peminat.
Malah ada yang berpandangan penampilan Sasha tidak ubah seperti zaman anak dara dan kekal awet muda!
Jelitawan ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 namun berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Sasha kemudian bernikah dengan jejaka Indonesia iaitu Salyo Priyanto pada tahun 2007.
Bagaimana pun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono yang berusia 14 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.