Jika bersandarkan satu pendapatan, zaman ini manalah cukup menampung segala keperluan. Kerana itu ramai yang terpaksa membuat dua ke tiga kerja demi mencapai impian hidup selesa. Ini jugalah punca Lisa Puteri keluar dari zon selamat, diam-diam berbisnes secara part time.

Pada usia 28 tahun, anak Terengganu yang memiliki segulung ijazah ini cekal memajukan Hello Qween iaitu inovasi produk menstrual cup (MC) sebagai perniagaannya. Mengambil kira pengalaman sendiri yang sebelum ini berdepan masalah period flow yang banyak, Lisa Puteri yakin produk ini berupaya mengatasi kebocoran pada pakaian.

IKLAN

“Sebenarnya dah banyak kali terjadi peristiwa ‘kebocoran’ di depan orang ramai. Tambah pula saya ada masalah kulit sensitif, jadi di situlah asalnya saya cari alternatif waktu datang bulan.

 

Dulu saya beli MC dari luar negeri. Alhamdulilah masalah selesai. Dua tahun juga saya pakai produk ni sebelum saya keluarkan sendiri MC jenama Hello Qween.” Lisa Puteri

 

KERJAYA

Bercakap tentang kerjaya, wanita jelita bernama Nurlisa Puteri Mohd Noor ini rupa-rupanya seorang yang rajin menambah pendapatan, tak kira siang atau malam.

“Ini sebenarnya pilihan. Bagi orang yang ada masalah kewangan, mungkin buat lebih dari satu kerja mampu membantu menambah sumber pendapatan. Saya pun sejak dari zaman IPT lagi suka bekerja dan belajar dalam satu masa.

Jadi sampai sekarang saya masih bekerja tetap, sambil berniaga dan buat modelling secara sambilan. Apa sahaja peluang di depan mata, saya akan buat kalau ada kelapangan masa. Ni semua ikhtiar saya untuk mengukuhkan lagi tahap kewangan.

 

 

Saya selalu terbaca di media sosial tentang isu wanita atau ibu tunggal yang hilang punca pendapatan akibat perceraian dan sebagainya. Saya yakin setiap wanita ni ada kekuatan yang tersendiri, cuma mereka perlu cari titik kekuatan untuk mendepani cabaran.

Sebenarnya sewaktu saya berumur 21 tahun dan masih menuntut di tahun kedua, saya telah diamanahkan untuk menjaga anak kepada sahabat saya. Bayangkan masa tu saya seorang student, tiada income dan mempunyai seorang bayi dalam tanggungan.

IKLAN

Saya sanggup bekerja sambil belajar untuk menyara hidup kami dan alhamdulilah anak angkat saya sekarang dah berumur 7 tahun pun. Dialah sumber kekuatan, peneman dan saksi jatuh bangun saya dalam bisnes ni.” Lisa Puteri

 

 

MENDIDIK

IKLAN

Tertarik dengan produk Hello Qween yang dikatakan lebih mesra alam berbanding pemakaian pad atau tampon biasa, Lisa Puteri tidak keberatan berkongsi kebaikan MC.

“Betul, sebenarnya MC boleh digunakan sehingga 12 jam berbanding pad atau tampon yang perlu ditukar setiap 3 ke 4 jam. Ia juga boleh digunakan sehingga 10 tahun dengan penjagaan yang betul. Dalam erti kata lain, dapat berjimat dan jaga alam sekitar.” Lisa Puteri

 

 

Cabaran mendidik wanita supaya bertukar ke MC? “Kebanyakan wanita menganggap MC sebagai sesuatu yang baru. Saya perlu berusaha meyakinkan seseorang mengubah cara hidup yang telah bertahun-tahun diamalkan.”

Mengakhiri perbualan, sempat kami bersembang tentang impian Lisa Putri dalam kerjaya sekarang. “Impian saya nak tengok setiap wanita di Malaysia memiliki sekurangnya satu Hello Qween sama ada mereka berkemampuan atau tidak.

Sebab itu kami lancarkan kempen ‘buy one, donate one’ kerana golongan yang tidak berkemampuan juga tidak terkecuali untuk memiliki Hello Qween bagi sama-sama mendapatkan penjagaan period yang berkualiti dalam hidup mereka,” akhirinya.