“Tak Semua Yang Kurus Tu Cantik” Berat HAN SO HEE Hanya 45kg, Rayu Wanita Jaga Kesihatan

Nama aktres Korea, Han So Hee sekali lagi diperkatakan berikutan tular nasihat dietnya kepada peminat. Berketinggian 165cm dengan berat sekitar 45kg, bintang jelita berumur 28 tahun itu dikatakan pernah tidak bersarapan dan hanya makan sedikit dada ayam pada waktu makan malam, selain kurang minum air bagi mengelakkan perut buncit.

Han So Hee baru-baru ini menyapa peminat setianya melalui sesi Instagram Live di akaun peribadinya @xeesoxee. Antara hal yang dibicarakan oleh pelakon K-Drama popular tersebut adalah diet dan masalah berat badan.

Tanpa berselindung, beliau mengakui bahawa berat badannya kini jauh dari lingkungan ideal. Bahkan boleh dikatakan terlalu kurus.

Han So Hee dilantik sebagai duta jam Omega

 

Instagram @xeesoxee

 

Instagram @xeesoxee

 

“Kalau bukan kerana tuntutan tugas, saya juga enggan sekurus sekarang. Saya terpaksa menjaga penampilan fizikal demi pekerjaan.” Han So Hee

Tambahnya, seorang artis terpaksa kurus kerana tubuh mereka di depan layar skrin terlihat lebih besar dari yang sebenar. Kerana itu, mereka terpaksa berdisiplin soal pemakanan bagi memastikan imej yang sempurna di depan peminat.

Han So Hee dengan tegas melarang peminat-peminatnya daripada meniru tubuh kurus yang dimiliki. Beliau sempat mengingatkan agar setiap orang melupakan standard kecantikan yang tak masuk akal dan lebih fokus menjaga kesihatan dengan diet seimbang.

“Anda tidak boleh sekurus diri saya, tolong jaga kesihatan. Tak semua orang kurus itu cantik.” Han So Hee

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/padanlah-cantik-badan-pun-ramping-ini-rutin-kecantikan-han-so-hee-tidur-4-jam-sehari-dan-makan-perlahan/

IKLAN
Share