Saban tahun, jenama popular tempatan dUCk tampil dengan rekaan eksklusif dan memukau. Kali ini bersempena koleksi Raya 2024, himpunan item The Nisa dUCk yang terdiri daripada tudung, baju raya dan beg tangan dihasilkan sebagai pelengkap gaya para hijabi pada pagi Syawal!

IKLAN

Mengambil inspirasi perkataan Nisa yang bermaksud ‘wanita’ dalam Bahasa Arab, koleksi ini melambangkan tanda penghormatan kepada wanita di seluruh dunia terutama wanita Islam pertama, Saidatina Khadija RA yang merupakan ahli perniagaan berjaya dan isteri pertama Nabi Muhammad SAW.

Artikel https://www.nona.my/corak-klasik-cawan-kopitiam-jadi-inspirasi-vivy-yusof-bangga-rekaan-the-malaysia-duck-ambil-masa-660-jam/

Lebih Istimewa, corak tudung The Nisa dUCk dihasilkan daripada perkataan Arab dalam surah An-Nisa yang kemudian dilukis semula dalam format kaligafi berbentuk secebis kelopak bunga.

Tampil Memukau Dengan Koleksi Raya The Nisa dUCk, Rekaan Eksklusif Ini Serlah Sisi Ayu Wanita!
Foto @theduckgroup
Tampil Memukau Dengan Koleksi Raya The Nisa dUCk, Rekaan Eksklusif Ini Serlah Sisi Ayu Wanita!
Foto @theduckgroup

Begitu juga corak garisan panel kaca halus sebagai simbolik cahaya pancaran sanubari setiap wanita dan corak bunga Al-Quran.

Koleksi The Nisa dUCk juga dinamakan bersempena ikon wanita Islam seperti Khadija, Aisha, Sumayyah, Aminah, Safiyyah dan Fatima. Tiga variasi ditawarkan iaitu cetakan The Nisa dUCk versi penuh, cetakan versi minimalis dan gabungan corak penuh dan minimalis yang dihiasi kristal Swarovski.

Ketiga-tiga variasi tudung ini didapati dalam bentuk square dan selendang diperbuat daripada sutera satin kegemaran peminat dUCk.

Tampil Memukau Dengan Koleksi Raya The Nisa dUCk, Rekaan Eksklusif Ini Serlah Sisi Ayu Wanita!
Foto theduckgroup

Bukan itu saja, The Nisa dUCk turut menawarkan versi Luxe bagi tudung dan baju raya.

IKLAN

Artikel https://www.nona.my/satu-satunya-jenama-tempatan-modest-kolaborasi-dengan-barbie-vivy-yusof-cetus-fenomena-duck-lagi/

Koleksi tudung Luxe ini dihasilkan daripada 100 peratus sutera tulen dengan hiasan manik rumit untuk dipadankan bersama baju raya yang diperincikan dengan mutiara.

IKLAN

Koleksi The Nisa dUCk dilancarkan secara berperingkat iaitu pada 14, 19 dan 25 Mac.

Tampil Memukau Dengan Koleksi Raya The Nisa dUCk, Rekaan Eksklusif Ini Serlah Sisi Ayu Wanita!
Foto theduckgroup
Tampil Memukau Dengan Koleksi Raya The Nisa dUCk, Rekaan Eksklusif Ini Serlah Sisi Ayu Wanita!
Foto theduckgroup
Tampil Memukau Dengan Koleksi Raya The Nisa dUCk, Rekaan Eksklusif Ini Serlah Sisi Ayu Wanita!
Foto theduckgroup

Bagi memeriahkan lagi kempen raya tahun ini, dUCk turut mengembara ke Kelantan untuk mempromosikan keindahan negeri Che Siti Wan Kembang yang kaya dengan tradisi dan budaya indah.

Antara lokasi ikonik yang dilawati termasuk Istana Jahar, Kopitiam Kita, Pasar Tani Terapung dan Pasar Besar Siti Khadijah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI