Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Michelle Yeoh, bintang kelahiran Ipoh yang mencipta nama di persada Hollywood sekaligus menjulang nama Malaysia di peringkat global. Baru-baru ini, Majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan beliau sebagai Ikon Tahun 2022 tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman.
Melalui hantaran dikongsi di Instagram (IG) majalah itu, Time mengumumkan pemilihan aktres yang berusia 60 tahun itu dibuat atas pencapaian Yeoh yang dianggap bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekad-dekad lamanya. Tan Sri Michelle Yeoh yang kelihatan cukup anggun, menyarung busana ekstravagan Polka dot hitam dan putih. Michelle Yeoh distailkan oleh stylist popular Jordan Johnson dan dirakam oleh Watt Photo.
Kapsyen pada hantaran itu memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Ads
Entri itu turut menyebut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti naskhah besar lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert berjudul Everything Everyone All At Once dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah beliau juga dikhabarkan bakal disenaraikan antara calon Oscar tahun hadapan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem tersebut.
Entri dimuat naik Time di IG itu turut dikongsi Yeoh yang mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan diberi. Ogos lalu, Yeoh yang membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Ads
Karier seni Michelle bermula selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Yeoh kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London, United Kingdom (UK).
Selepas itu, Yeoh dilaporkan menyertai pertandingan Miss International Tourism Quest dan muncul pemenang, lantas membuka laluan kepada dunia lakonan apabila terpilih menjayakan projek komersial bersama Jackie Chan hingga menarik perhatian penerbit filem Hong Kong, D&B Films.
Antara filem lain lakonan Yeoh adalah Memoirs of a Geisha yang ditayangkan pada 2005, Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011) dan The Lady (2011) di mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.
Ads
Selain Everything Everywhere All at Once, tahun ini, Yeoh membintangi filem The School Of Good And Evil, Minions : The Rise Of Gru, Paws Of Fury : The Legend Of Hank dan Avatar : The Way Of Water.
Sumber: Berita Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri.
Istimewa sungguh para wanita. Senang nak masuk syurga tapi ada syarat-syaratnya:
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada kata yang dapat membayangkan kepiluan saat melihat penderitaan ditanggung rakyat Palestin. Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri tidak terkecuali. Selain doa dan solidariti, mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini juga tekad menyalurkan bantuan menerusi penjualan jam berjenama Rolex yang dihadiahkan kepada beliau.
Jam jenama Rolex berkenaan adalah cenderamata diterima Dr Zulkifli daripada Raja Saudi, Raja Salman Abdulaziz pada tahun 2017.
“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara.
Saya diminta oleh Kerajaan Malaysia, selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua para mufti dan para ulama Malaysia, menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, Duli Yang Maha Mulia Al-Malik Salman bin Abdulaziz dalam kunjungan hormat ke Malaysia.
Beberapa hari selepas majlis berkenaan di St. Regis Hotel, saya dihubungi pihak Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.
Ada cenderamata yang dikirimkan daripada Raja Saudi kepada saya. Lantas saya minta pegawai saya Dr Aizam untuk mengambilnya,” Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri
Biarpun menerimanya pada tahun 2017, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri membiarkan kotak hadiah berkenaan tidak dibuka sehinggalah meletakkan jawatan sebagai menteri.
Tulisnya lagi di Facebook, kotak tersebut tidak terus dibuka sebaliknya disimpan di pejabatnya di Putrajaya sehinggalah beliau dilantik sebagai Menteri.
“Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
Menghargai kurniaan berkenaan dan mengambil pengajaran daripada titah baginda dalam mengutamakan perpaduan ummah dan memartabatkan agama, Dr Zulkifli dalam hantaran di laman sosial membuka bidaan jam berkenaan pada harga RM40,000 dengan kenaikan RM100 ke atas.
Menurutnya, bidaan tersebut akan ditutup pada 31 Oktober 2023, jam 12.00 tengah malam.
Anak mana yang tidak rasa bangga melihat ibu tersayang meraih pengiktirafan besar dalam bidang akademik. Begitulah yang dirasai pengacara dan penyampai radio popular, Haniff Hamzah apabila menjadi saksi kejayaan ratu hati kesayangan, Rosnah Mohd Zain menerima gelaran Profesor Emeritus pada 3 Disember lalu.
Pengiktirafan tersebut diberikan kepada cendekiawan tersebut bersempena Istiadat Konvokesyen Ke-64 Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Ibu Haniff Hamzah Bergelar Profesor Emeritus
Tampil berbusana tradisi rona ungu ketika menerima anugerah itu, Prof Emeritus Dr Rosnah Mohd Zain merupakan seorang ahli akademik yang memiliki pengetahuan luas dalam bidang Oral Pathology and Oral Medicine.
Gelaran Profesor Emeritus diberikan kepada profesor atau ahli akademik yang sudah bersara sebagai mengiktiraf perkhidmatan mereka yang lama dan cemerlang kepada institusi atau bidang pengajian.
Dalam bidang akademik, gelaran ini dianugerahkan kepada ahli fakulti yang memberi sumbangan besar kepada pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan sepanjang kerjaya mereka.
Ia juga satu cara untuk sesebuah institusi menghargai pencapaian dan legasi individu berkenaan sambil mengekalkan hubungan dengan kepakaran dan pengalaman mereka.
Difahamkan ibu Haniff Hamzah ini sudah pun mencecah usia 72 tahun. Walau sudah berusia namun semangat beliau untuk menimba dan menyampaikan ilmu khususnya berkaitan pergigian tidak pernah pudar.
Haniff Hamzah Bangga Kejayaan Ibu
Berkongsi kejayaan ibu kesayangan di media sosial, ujar Haniff, “3 December 2024 my mama was conferred the title Emeritus Professor by the University of Malaya at 64th Convocation. I’m not sure what to write here mama.
I just know I am so proud of you. You are such an inspiration. Congratulations mama. I wish it was Ibu Borek Anak Rintik at least I would’ve been a genius like you.”
Menerusi hantaran video yang pernah dikongsikan Haniff sebelum ini, Prof Emeritus Dr Rosnah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan di Kolej Tunku Kurshiah.
Terdahulu, ilmuan ini turut bergelar pensyarah dan menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pergigian UM dari tahun 2010 hingga 2014. Beliau kemudian dilantik sebagai Deputy Vice-Chancellor Research, Innovation and Enterprise (RIE), MAHSA University.
Beliau juga merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Allahyarham bapa Haniff Hamzah iaitu Hamzah Hassan dilaporkan meninggal dunia pada Oktober 2020 akibat beberapa komplikasi penyakit termasuk masalah jantung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.