Dia hanya satu dalam beribu orang yang mengaku rakan. Sanggup berkorban demi kesihatan rakan karib yang disayangi.
“Tiada kata untuk menggambarkan bagaimana saya dapat berterima kasih kepada sahabat karib saya, Francia Raisa” – SELENA GOMEZ
Sejauh mana pengorbanan anda terhadap rakan karib, mungkinkah sehebat yang ditunjukkan oleh Francia Raisa dan Selena Gomez ini?
Gempar semalam apabila penyanyi antarabangsa itu memuat naik status kesihatan terkininya di Instagram termasuk foto kesan pembedahan buah pinggang yang dilakukan.
Selena Gomez, membuat pengakuan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada musim panas lalu. Gadis popular itu memuat naik status yang sekaligus menjawab tanda tanya peminat yang mempersoalkan mengapa dia tidak mempromosikan single terbaharunya.
Ads
Gomez yang juga seorang pelakon memberitahu, pemindahan buah pinggang itu terpaksa dilakukan akibat penyakit Lupus yang dihidapinya.
“Ramai yang bertanya ke mana saya pergi sepanjang musim panas lalu, dan mengapa saya tidak mempromosikan single baharu saya.”
Ads
“Saya diberitahu yang saya perlu menjalani pemindahan buah pinggang demi kesihatan saya.:
“Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menceritakannya, namun saya akan berkongsi dengan anda kisah saya tidak lama lagi,” tulis Gomez.
Penyanyi Love You Like A Love Song itu juga mengungkapkan penghargaan buat sahabatnya, Francia Raisa, yang mendermakan buah pinggang kepadanya.
Ads
Francia Raisa adalah model dan pelakon berusia 29 tahun dari Los Angeles, yang merupakan anak perempuan personaliti radio, Renan Coello.
Dalam pada itu menurut The Guardian, selebriti itu enggan berkongsi bilakah proses pemindahan itu dilakukan termasuklah keadaan kesihatannya ketika ini selepas melakukan rawatan tersebut.
Pada tahun 2015, Gomez membuat pengakuan dalam majalah Billboard bahawa dia telah disahkan menghidap penyakit Lupus, sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan manusia, pada tahun 2013. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang tak berbau. Walau pun ada di rumah dan bawah pengawasan ibu bapa tapi bahaya tetap ada di mana-mana. Terbaru, kisah selebriti Betty Banafe yang mengalami kecederaan mata akibat tertusuk permainan lego si anak menimbulkan rasa curiga di kalangan ibu bapa khasnya.
Iyalah, boleh sebabkan buta tu! Pun begitu, alhamdulillah keadaan Betty kini beransur baik.
Kongsinya, “Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah … bayangkan mereka yang buta permanently .. salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah.
Bagi mereka yang tersenyum lihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu. Kerna waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga .. terima kasih bagi yang mulia hatinya.
Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya. Pergorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif. MasyaAllah hingga melukakan mata hitamnya. Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi. Amin ya Rab.. ”
Betty merupakan isteri kepada Bruce Darghous sejak mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Julia Dargus dan Dean Dargus.
Moga cepat sembuh ya Betty!
Sumber: Instagram Betty Banafe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jasa Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat terus dikenang! Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong pada 5 Jun, bekas Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan menerima Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Walau sudah lapan tahun pemergian Allahyarham namun perjuangan Tan Sri Nik Abdul Aziz mentadbir negeri pimpinannya tetap segar dalam ingatan masyarakat khususnya rakyat Kelantan hingga ke hari ini.
Apatah lagi pemimpin ulama tersebut menceburi politik hampir lima dekad dan menggalas tugas Menteri Besar selama 23 tahun berlandaskan perjuangan Islam. Antara perubahan besar yang dibuat Allahyarham adalah memperkasa sistem ekonomi Islam di Kelantan.
Pengurniaan darjah kebesaran tersebut nyata membuatkan ramai pihak terharu.
Dalam Istiadat Pengurniaan Bintang, Pingat dan Darjah Kebesaran yang berlangsung di Istana Negara, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz iaitu Tuan Sabariah Tuan Ishak hadir mewakili suami bagi menerima darjah kebesaran daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau dilihat menyarung baju kurung maroon lengkap berselendang dan mengenakan tudung polos warna pic.
Pemergian Allahyarham Nik Abdul Aziz merupakan satu kehilangan besar negara dan arwah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan pada 12 Februari 2015 akibat kanser prostat.
Allahyarham Nik Aziz berkahwin dengan Tuan Sabariah pada tahun 1963 dan dikurniakan 10 orang anak.
Dua orang anak Allahyarham iaitu Nik Omar dan Nik Mohamad Abduh turut mengikut jejak langkah arwah bapa mereka dalam dunia politik.
Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.
Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.
Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.
Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.
Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So, apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.