Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti yang cukup terkenal dengan lagu-lagu seperti Aku Wanita Biasa dan Menghitung Hari mengumumkan pertukaran nama pentasnya yang sebelum ini dieja Krisdayanti (rapat) menjadi Kris Dayanti (berasingan).
Menurut sumber ejaan Kris Dayanti ialah nama asalnya sebelum diubah menjadi Krisdayanti kerana dianggap lebih menarik dan senang diingati.
“Sebetulnya nama pada kad pengenalan Kris Dayanti. Tapi saya banyak kerjasama dengan jenama besar dan memerlukan nama yang lebih menarik,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi yang lebih mesra disapa KD itu berkata, dia mahu kembali menggunakan nama sebenarnya sebagai tanda cinta terhadap Allahyarham bapanya yang sudah meninggal dunia.
Untuk rekap, bapa Kris Dayanti meninggal dunia pada usia 79 tahun di Denpasar, Bali pada Khamis. “Sejak ayah meninggal dunia pada 2021, saya sangat terkesan dan mahu menggunakan semula nama asal saya. Tindakan saya itu sebagai satu bentuk cinta kepada ayah,” ujarnya.
Sekalung tahniah buat anak kepada selebriti, Mustapha Kamal dan Susan Manen atas kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Pastinya sebagai ibu bapa, pelakon yang sinonim dengan watak bangsawan ‘Megah Holding’ berkenaan antara individu paling bahagia menyaksikan anak tersayang tamat pengajian di menara gading.
Berkongsi kegembiraan di media sosial, Mustapha Kamal meluahkan rasa syukur dengan pencapaian Sabella Qawiema.
“Assalamualaikum Graduasi Universiti Malaya semua. Anda adalah aset negara, anda adalah cita-cita negara, anda adalah harapan negara, anda adalah masa depan negara.
Tahniah Sabella, first class honours. Tahniah. Your family loves you.”
Selain aktor kacak itu, isteri tercinta turut tidak ketinggalan menzahirkan rasa bangga terhadap puteri sulung. Sambil berseloroh, Susan berkata, “Congratulations Sabell. We love you. Ni baru anak sulung pewaris Megah Holding.”
Tambahnya lagi, “It was always my dream to study in UM but my baby girl is living it. Allah had other plans for me. I am grateful and enjoying the moment.”
Sementara itu, Sabella turut berterima kasih atas sokongan daripada keluarga tersayang terhadapnya selama ini.
“To mummy and papa, thank you for always believing in me and supporting me in every decision that I make. To Qayyiem, Salsabil and Qaddiem (even though you didn’t come but I still love you), I love you three very much and I thank Allah every day for giving me 3 wonderful siblings and I will continue to look out for you and treat you every time I make more money.”
Sabella tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Itali dan Linguistik kelas pertama, UM.
Selain Sabella, Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Aulia Qayyiem, Naqli Qaddiem dan Salsabil Qur’ani.
NONA SUPERWOMAN AWARD 2022 telah melabuhkan tirainya minggu lalu. Biarpun sudah seminggu berlalu, namun ia masih hangat diperkatakan di media sosial apatah lagi dengan kehadiran bukan sahaja selebriti tempatan, malah ia turut dihadiri oleh usahawan wanita berjaya serta kerabat diraja yang dekat di hati rakyat jelata.
Majlis gilang gemilang itu telah diadakan pada 11 Januari 2023 bertempat di President Ballroom, M Resort Hotel Kuala Lumpur.
Keberangkatan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra mencemar duli sebagai tetamu kehormat majlis merupakan satu penghormatan buat Majalah NONA sempena edisi NONA Superwoman Award 2022 kali ini. Che Puan Mahkota merupakan penerima NONA Royal Award pada edisi NONA Superwoman Award 2020 yang lalu.
Berikut NONA senaraikan corat-coret sepanjang majlis berprestij itu.
1. Kereta Pink Fazura
Dinobatkan sebagai penerima Anugerah NONA Hijab Business Award, Fazura memuat naik sekeping foto kereta Proton Perdana rona merah jambu yang digunakannya ketika menghadiri majlis tersebut. Rata-rata peminat memuji sifat humble Fazura yang menaiki kereta buatan Malaysia itu ke majlis tersebut. Menurut info, kereta tersebut merupakan pemberian Proton kepada Fazura ketika aktress berkenaan menjadi duta jenama berkenaan.
2.Juliana Evans Hamil Anak Kedua?
Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans dikatakan sedang hamil anak kedua selepas perhatian peminat tertumpu pada keadaan perutnya yang kelihatan seperti bentuk ‘baby bump’. Perkara tersebut disedari peminat selepas Juliana berkongsi hantaran dalam Instagram apabila tampil menggayakan baju gaun berwarna kuning menghadiri NONA Superwoman Award 2022 baru-baru ini. Che Puan Juliana Evans menerima anugerah NONA Beauty Award. Namun tiada pengesahan dari empunya diri mengenai spekulasi tersebut.
3. Busana KUBIS Rozita Che Wan.
Penampilan Rozita Che Wan di atas karpet merah Nona Superwoman Award 2022 turut mengundang perhatian. Busana KUBIS dress rekaan @behati.my itu mengambil inspirasi ‘Chinese Flower Ball Dress’ yang secara tradisinya melambangkan kemakmuran. Memang memukau dan lain dari yang lain. Mentang-mentanglah perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelma tak lama lagi!
4. Marion Caunter, Ziana Zain & Dato Sri Siti Nurhaliza ‘Kirim Pesanan’ Dari Jauh.
Meskipun nama-nama besar seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Marion Caunter dan Ziana Zain tidak dapat menghadiri majlis berprestij berkenaan kerana berada di luar negara dan mempunyai komitmen lain, tetapi selebriti kesayangan ramai ini sempat menitipkan pesanan istimewa untuk Majalah NONA. Major love!
5. Ustazah Asma’ Harun Paling Di Cari-Cari Sepanjang Majlis
Penampilan Ustazah Asma’ Harun di malam NONA Superwoman Award 2022 sememangnya menjadi tumpuan di kalangan media dan wanita-wanita usahawan. Penerima NONA Motivator Award ini melayan mesra setiap permintaan media yang meminta dirinya mengulas isu-isu semasa berkaitan agama serta bergambar dengan penerima anugerah NONA Superwoman 2022 yang lain.
6. Anak Lelaki Toh Puan Ragad Kurdi Taib Jadi Perhatian
Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib menerima anugerah NONA VIP Award yang disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ini diiringi oleh anaknya, Nizar Madi ke atas pentas untuk menerima anugerah tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat atlet badminton beregu wanita, M. Thinaah yang dipilih sebagai Olahragawati Selangor 2021-2022. Berusia 25 tahun, kejayaan anak muda ini mengharumkan nama negara di persada sukan dunia sememangnya layak dijadikan inspirasi.
Apatah lagi setiap kali turun ke gelanggang bersama rakan beregu iaitu Pearly Tan, mereka mempamer aksi semangat juang tinggi dan sentiasa menggentarkan pihak lawan.
Thinaah merupakan anak kepada pasangan Muralitharan dan Dr. Parimala Devi. Bapanya ialah seorang jurutera manakala ibu Thinaah pula seorang doktor.
Adik-beradik jaguh badminton ini juga bukan calang-calang. Selinaah Muralitharan misalnya bakal doktor dan jurulatih yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records sebagai penulis puisi terpanjang negara dan di Asia.
Dalam majlis penganugerahan yang berlangsung baru-baru ini, pemain badminton berkenaan bagaimana pun tidak dapat hadir kerana menyertai kejohanan di Singapura.
Pun begitu, bapa dan ibunya hadir menjadi wakil penerima anugerah. Antara senarai calon Olahragawati Selangor termasuklah atlet karate, Shahmalarani Chandran yang merangkul pingat emas Sukan SEA Kemboja yang lalu.