Kebiasaannya apabila tiba sahaja tahun baru Masihi, kita sering memperbaharui azam masing-masing. Nak kuruskan badan, nak kumpul duit, nak berkahwin dan macam-macam lagi. Tapi apa kata bermula 1 Muharram 1444H ini, azam yang sama kita tekadkan lagi semasa ketibaan tahun baru Hijrah.
Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat tersebut.
Ads
Jadikan kehidupan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.
Foto: Unsplash
Percayalah lebih rapat kita dengan Allah SWT, akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Bersempena ketibaan Maal Hijrah 1444H, bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah:
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.”
Ads
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.”
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram:
Ads
“Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.”
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
Jelas Ibni Abbas, siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu. Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Diuji dengan sakit yang berpanjangan, rupanya itulah antara nikmat yang bakal disulami dengan kebahagiaan. Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi oleh pelakon dan usahawan Mawar Rashid apabila dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan kini memasuki lima bulan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 27, dia tidak berniat untuk menyembunyikan berita kehamilannya kali ini namun sepakat dengan suami tersayang, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra disapa Raf mengumumkan berita kehamilannya apabila kandungan sudah benar-benar stabil dan dirinya sudah kuat.
“Kami tidak pernah merancang untuk menambah zuriat, tetapi bila ramai rakan-rakan mula bertanya, kami tunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita gembira ini,” ujar adik ipar kepada Dato Fazley Yaakob ini.
Melihat posting di Instagram milik Mawar, sememangnya dia berhadapan dengan alahan yang amat berbeza kehamilan kali ini dan menzahirkan rasa kagum dengan wanita yang berhadapan alahan yang teruk sehingga menjejaskan kualiti kehidupan seharian.
“Kali ini saya berhadapan dengan alahan yang amat teruk. Saya terpaksa masuk air, makan ubat dan dimasukkan ke hospital akibat tidak boleh menjamah sebarang makanan. Malah sewaktu kandungan di trimester pertama, saya berhadapan situasi tak boleh menjamah makanan atau minuman sehingga timbul masalah dihidrasi,” ujar Mawar lagMawar juga mengakui keadaan tersebut sedikit sebanyak menggangu emosi dirinya apatah lagi personaliti dirinya yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
Selain alahan makan dan minuman yang teruk, Mawar juga banyak berkurung di dalam bilik sehingga dia tidak mempunyai ‘rasa’ hendak melakukan sebarang pekerjaan.
Namun begitu, sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Mawar bernasib baik kerana sokongan dan bantuan dari Raf, ibu dan adik-beradik banyak membantu dirinya berhadapan dengan situasi tersebut.
Tempoh tiga bulan menjadi satu tempoh sukar untuk Mawar lalui tetapi berkat kekuatan yang ada pada dirinya, tempoh tersebut dapat dilalui dengan sebaik mungkin. Kini, Mawar sudah kembali aktif melakukan rutin seharian seperti biasa walaupun masih berhati-hati dengan pergerakan sehariannya.
Dalam usia 27 tahun, Mawar bakal menimang cahayamata ketiga awal tahun hadapan. Bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Mawar juga mempunyai dua orang anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Rad.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak Jasmin Hamid ceria lepas menjalani pembedahan bariatrik Februari lalu. Bukan hanya penampilannya lebih ramping dan menawan bahkan raut wajah juga bertambah seri! Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan Jasmin pasti perasan perubahan besar dari segi fizikal aktres ini.
Tanpa berselindung, pelakon drama Akad Yang Terlindung ini mendedahkan kepada umum berhubung tindakannya menjalani pembedahan bariatrik kira-kira 10 bulan lepas. Tak dinafikan, sejak melakukan prosedur pintasan perut tersebut Jasmin Hamid ceria dan tampil lebih bertenaga.
Jasmin Hamid Buat Bariatrik Demi Jaga Kesihatan Diri
Menerusi media sosial, pemilik nama Jasmiah Abdul Hamid ini berkali-kali menegaskan tujuan dia menjalani operasi pembedahan itu demi menjaga kesihatan diri.
Ujarnya, “Syukur alhamdulillah. Tahap kesihatan saya bertambah baik selepas saya buat bariatric surgery dengan Dr Mustafa. Sekarang saya lebih mudah untuk melakukan aktiviti harian dan ibadah bila badan dah bertambah ringan, tumit kaki pun dah tak sakit lagi.
Saya dah dapat balik berat badan yang dulu. Semuanya kerana magic hand Dr Mustafa. Terima kasih doktor.”
Kena Body Shaming, Jasmin Hamid Murung
Terdahulu, Jasmin Hamid pernah mengalami detik sukar apabila ada yang memandang sinis terhadapnya dan menjadi mangsa ‘body shaming’.
“Kalau dulu saya sampai murung dan tak nak keluar rumah jumpa orang keliling melainkan untuk kerja sebab mulut-mulut hangsuang.
Perkataan pertama yang akan keluar dari mulut-mulut hangsuang tu seperti ‘Gemuknya sekarang’, ‘Dah buruk sekarang’, ‘mak cik-mak cik sangat’.
Disebabkan mulut-mulut hangsuang tu, saya nekad untuk dapatkan nasihat dan rawatan dari Dr Mustafa, The Best Bariatric Surgeon in Asia Pacific yang sangat baik dan positif.”
September 2023, pelakon ini pernah dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan kerana didiagnosis cyst dan perubahan hormon dalam badan hingga terjadi pendarahan rahim.
Rentetan masalah kesihatan itu juga menyebabakan dia berdepan masalah berat badan. Jasmin Hamid juga pernah dimasukkan ke hospital pada Mei 2022 kerana mengalami serangan jantung.
Jasmin Hamid yang meniti usia 52 tahun menjalani pembedahan Sleeve Bariatrik dengan Dr Mustafa Mohamed Taher Al-Khafaji di Cengild Medical Centre. Dia terpanggil untuk melakukan prosedur tersebut dengan selepas diperkenal oleh rakan artis, Zarina Zainuddin.
Semoga aktres versatil ini dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan lebih bermakna dan berjaya pada masa akan datang.
Jasmin Hamid sah bergelar isteri kepada Nazmir Abdul Rahim yang juga bekas pengurusnya pada 19 November 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah selamat menjadi suri hati Shazrik Din kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Dengan sekali lafaz, Dynas sah bergelar isteri kepada Syazrik yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga aktres itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001. Dynas menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.
Menyarungkan busana ilham Syaiful Baharim, kejelitaan Dynaz terpantul sempurna dengan sentuhan solekan daripada Syed Faizal. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.
Majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Scha Alyahya, Sazzy Falak, Daphne Iking, Atilia Haron dan rakan-rakan artis yang rapat.
Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu. Pada 28 April nanti, majlis bertandang akan diadakan di Damansara, Petaling Jaya. Manakala majlis resepsi pula akan menyusul pada 5 Mei depan di sebuah hotel di ibu negara.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun. Di doakan moga Dynaz dan pasangannya kekal bahagia hingga ke Jannah.
Kredit: Syed Faizal dan Atilia Haron
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...