Ads

Tunku Zain Al-‘Abidin Lambang Putera Negeri Sembilan Berpendidikan Tinggi, Didikan Istana Bentuk Integriti & Empati

Tunku Zain
Tunku Zain

Tunku Zain Al-‘Abidin membuktikan bahawa gelaran putera Negeri Sembilan bukan sekadar warisan diraja, malah disertai keperibadian yang dibentuk melalui didikan istana penuh nilai integriti dan empati. Y.A.M Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz berkongsi bagaimana didikan keluarga, kecintaan terhadap ilmu serta komitmen dalam bidang pendidikan, kebajikan dan seni menjadikan beliau lambang seorang putera yang berpendidikan tinggi serta dekat di hati rakyat.

Buat julung kalinya, Nona berpeluang mengenali sisi peribadi Tunku Zain dengan lebih dekat. Melangkah penuh takzim ke Istana Negeri Sembilan di Kuala Lumpur, anakanda kedua D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ini tenang menyambut kedatangan kami. Berusia 44 tahun, sifat mesra rakyat dan merendah diri Tunku Zain cukup menambat jiwa.

Saksikan Bicara Eksklusif bersama Y.A.M Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin dalam temu bual Nona Lifestyle baru-baru ini…

Di sebalik jadual rasmi yang padat, Tunku Zain mengakui keluarga kekal menjadi tempat beliau kembali mencari kekuatan. Didikan ayahanda, D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, banyak membentuk prinsip hidupnya agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya bertawakal kepada Allah.

Daripada bondanya pula, D.Y.M.M Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud, beliau mewarisi sifat penyayang serta kecintaan terhadap ilmu. Aktiviti bermain word games, board games dan muzik bersama keluarga sejak kecil menjadi memori yang membentuk minatnya terhadap penulisan dan seni.

Ads
Tunku Zain Al-‘Abidin Lambang Putera Negeri Sembilan Berpendidikan Tinggi, Didikan Istana Bentuk Integriti & Empati
Tunku Zain Al-‘Abidin
Tunku Zain Al-‘Abidin Lambang Putera Negeri Sembilan Berpendidikan Tinggi, Didikan Istana Bentuk Integriti & Empati
Tunku Zain Al-‘Abidin

Walaupun komitmen semakin bertambah, beliau tetap berusaha pulang ke Istana Besar Seri Menanti hampir setiap hari Jumaat untuk meluangkan masa bersama ayahanda dan bonda tercinta. Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani dikurniakan tiga orang putera iaitu Y.A.M Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Y.A.M Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin dan Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Menyentuh kehilangan adinda tercinta, Almarhum Tunku Alif Hussein Saifuddin, Tunku Zain mengakui pengalaman itu mengajarnya menerima setiap ujian dengan reda. Hanya selepas masa berlalu, beliau memahami bahawa setiap kehilangan pasti tersimpan hikmah yang mematangkan jiwa.

Tunku Zain Al-‘Abidin Utamakan Khidmat Kepada Rakyat

Di luar tanggungjawab sebagai putera diraja, Tunku Zain aktif memacu pelbagai inisiatif pendidikan dan kebajikan. Beliau percaya dunia yang semakin dipacu kecerdasan buatan (AI) memerlukan generasi muda bukan sahaja bijak, malah memiliki empati yang tinggi.

Menurut beliau, budaya menghukum di media sosial membuktikan masyarakat semakin memerlukan nilai kemanusiaan untuk mengimbangi kemajuan teknologi.

Ads
Tunku Zain Al-‘Abidin Lambang Putera Negeri Sembilan Berpendidikan Tinggi, Didikan Istana Bentuk Integriti & Empati
Tunku Zain Al-‘Abidin

Prinsip itu mendorong beliau menubuhkan IDEAS Autism Centre selepas melihat sendiri kesukaran keluarga berpendapatan rendah mendapatkan terapi awal untuk anak-anak autisme. Hari ini, pusat tersebut terus berkembang bagi membuka lebih banyak peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk hidup berdikari.

Dalam masa sama, Tunku Zain turut menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan wanita. Berbekalkan pengalaman memimpin bersama ramai tokoh wanita dalam pelbagai organisasi, beliau menyifatkan wanita membawa kekuatan melalui kebijaksanaan emosi, kemahiran menyelesaikan konflik serta gaya kepimpinan yang lebih seimbang. Sebagai anak Negeri Sembilan yang berteraskan Adat Pepatih, beliau percaya wanita sentiasa menjadi nadi penting dalam pembangunan masyarakat.

Tunku Zain Al-‘Abidin Percaya Institusi Diraja Payung Penyatuan

Mengulas mengenai peranan institusi diraja, Tunku Zain menegaskan bahawa institusi tersebut perlu terus relevan mendekati denyut nadi rakyat, khususnya generasi muda. Baginya, institusi diraja bukanlah sebuah entiti politik, sebaliknya berperanan sebagai payung penyatuan negara yang mampu menjadi titik keseimbangan ketika negara berdepan cabaran.

Beliau turut berpandangan bahawa penglibatan aktif dalam bidang pendidikan, kesihatan mental, kelestarian alam sekitar, seni budaya dan kerja-kerja filantropi mampu memperkukuhkan lagi hubungan antara institusi diraja dengan masyarakat, tanpa mengabaikan nilai protokol yang menjadi teras institusi beraja.

Ads

Tunku Zain Al-‘Abidin Suka Ketenangan & Piano

Tidak ramai mengetahui bahawa muzik klasik menjadi terapi yang menenangkan jiwa Tunku Zain. Beliau membesar dengan karya Bach, Chopin dan Rachmaninoff, namun tetap mengangkat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai antara inspirasi terbesar seni tanah air.

Tunku Zain Al-‘Abidin Lambang Putera Negeri Sembilan Berpendidikan Tinggi, Didikan Istana Bentuk Integriti & Empati
Tunku Zain Al’Abidin

Bagi beliau, muzik bukan sekadar hiburan, sebaliknya medium yang mengajar disiplin, mengurus emosi dan menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Sebab itu beliau terus aktif menyokong bakat seni tempatan dan membuat persembahan kepada rakyat sempena Hari Keputeraan Tuanku di Seri Menanti.

Mengakhiri bicara, Tunku Zain menegaskan masa depan Malaysia bergantung kepada tiga nilai utama iaitu integriti, empati dan penghargaan terhadap kepelbagaian. Baginya, kejayaan tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik atau kerjaya, tetapi bagaimana seseorang menggunakan ilmu untuk berbakti kepada masyarakat.

Dalam era yang semakin mencabar, mesej yang dibawa Tunku Zain cukup jelas. Kemajuan sebenar sesebuah negara bukan hanya dibina melalui teknologi dan pembangunan fizikal, tetapi bermula daripada manusia yang berakhlak, berintegriti serta tidak pernah kehilangan nilai kemanusiaan.

Artikel berkaitan: Prof Madya Dr Norzizi Zulkifli Bukti Kuasa Seni & Intelektual, Saksi Impian Bapa Kini Jadi Kenyataan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Jennifer Lopez 'Fit' Usia 57 Tahun

Hanya Makan Menu Sihat & Rajin Workout, Tak Hairanlah Jennifer Lopez...

Cemburu tengok penampilan dan susuk tubuh ideal Jennifer Lopez! Mana tidaknya, bintang superstar tersebut bukan saja cantik. Tetapi juga langsing dan memiliki stamina macam orang muda. Lebih menarik, pada usia sudah pun mencecah lewat 50 tahun JLo mampu mengekalkan tubuh badan ramping dan ada ‘six-pack’.