Ratu Elizabeth II menutup tirai sambutan Jubli Platinum bersejarah yang dianjurkan bersempena ulang tahun pemerintahannya yang ke-70 kelmarin. Baginda yang berusia 96 tahun menaiki takhta pada 1952 dan kini secara rasminya memecah rekod sejarah British sebagai pemimpin paling lama memerintah.

Menerusi kenyataan rasmi, sambutan Jubli Platinum ini diilhamkan oleh kebaikan, kegembiraan dan persaudaraan yang terbukti sejak kebelakangan ini. Tampil bersama tiga bakal Raja iaitu Putera Charles, Putera William dan Putera George, kehadiran seisi keluarga kerajaan Inggeris itu jelas menjadi sorotan utama.

IKLAN

Antara lain yang menarik perhatian pencinta fesyen adalah Kate Middleton. Isteri kepada Putera William ini kerap muncul di khalayak umum, umpamanya sewaktu perarakan tentera ‘Trooping the Color’ hinggalah ‘Platinum Jubilee Pageant’ sebagai penutup acara.

Dalam setiap acara yang dihadiri, Kate Middleton berjaya memukau rakyat dalam busana-busana terbaiknya. Jom semak antara 5 gaya Duchess of Cambridge yang paling elegan ni!

 

1. Blazer dress putih dan bertopi ke perarakan ‘Trooping the Color’

Tawan Perhatian, Ini 5 Gaya Kate Middleton Paling Elegan Sepanjang Sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Foto: Andrew Matthews / POOL / AFP

 

Kate Middleton tampil elegan dalam balutan blazer dress putih dari Alexander McQueen dan dipadukan dengan topi navy-putih daripada Philip Treacy. Tas biru navy Strathberry melengkapi penampilan beliau, selain anting-anting berlian milik mendiang Puteri Diana yang menghiasi kejelitaannya.

 

2. Dress kuning cair untuk acara ‘Service of Thanksgiving’

Tawan Perhatian, Ini 5 Gaya Kate Middleton Paling Elegan Sepanjang Sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Foto: TOBY MELVILLE / POOL / AFP

 

Menjelang hari kedua sambutan Jubli Platinum, Kate Middleton menemani suaminya menghadiri acara ‘Service of Thanksgiving’ di gereja St. Paul. Beliau memilih sepasang midi dress rona kuning pastel oleh Emilia Wickstead dengan topi sedondon rekaan Philip Treacy.

Pump heels suede Gianvito Rossi serta sepasang anting-anting mutiara milik Ratu Elizabeth II menjadi penyeri.

 

IKLAN

3. Serba jingga untuk kunjungan ke Wales

Tawan Perhatian, Ini 5 Gaya Kate Middleton Paling Elegan Sepanjang Sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Foto: Ashley CROWDEN/ POOL /AFP

 

Kate dan William disertai anakanda mereka turut berkunjung ke Cardiff, Wales bagi memeriahkan sambutan Jubli Platinum yang berlangsung di sana. Ibu anak tiga ini memilih coat dress berwarna merah jingga oleh Eponine dengan sepatu navy Gianvito Rossi dan tas senada dari DeMellier.

Lebih menawan apabila rambut Kate diikat high ponytail, nampak lebih santai dan approachable!

 

IKLAN

4. Midi dress putih untuk ke ‘Platinum Party’

Tawan Perhatian, Ini 5 Gaya Kate Middleton Paling Elegan Sepanjang Sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Foto: Chris Jackson/Pool via REUTERS

 

Kembali ke London pada hari yang sama, Kate Middleton mengenakan sepasang midi dress putih oleh Self-Portrait untuk menghadiri Platinum Party, at the Palace. Acara konsert muzik ini telah dianjurkan di Istana Buckingham.

 

5. Gaun raspberi pink di balkoni istana

Tawan Perhatian, Ini 5 Gaya Kate Middleton Paling Elegan Sepanjang Sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II
Foto: HANNAH MCKAY / POOL / AFP

 

Menjelang hari terakhir sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II, Kate mengenakan gaun rona raspberi pink dengan puff bell sleeve oleh Stella McCartney. Meskipun rona baju ini tidak lebih cerah daripada gaun hijau Sang Ratu, penampilan Sang Duchess tetap mencuri perhatian. Jadi yang mana kesukaan anda?

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI