Umum mengetahui yang koleksi istimewa Erdem x H&M ini akan dilancarkan secara atas talian dan juga jualan butik bermula esok 2 November 2017. Jadi sebelum anda memilih busana mana yang paling disukai, jom kita dengarkan jawapan dari temubual eksklusif Nona bersama pereka fesyen ini.

IKLAN

APAKAH PERASAAN ANDA BEKERJA SAMA DENGAN H&M?

Ia benar-benar satu penghormatan yang besar diminta untuk berada di kalangan pereka-pereka yang telah bekerjasama dengan H & M sebelum ini. ia juga merupakan satu pengalaman yang menakjubkan kerana hasil kerja saya merupakan sebuah kasil yang akan dipasarkan secara global. Saya rasa ia merupakan satu perkara yang sangat demokratik kerana saya boleh menawarkan hasil kerja saya kepada semua orang yang berasal dari pelbagai jenis negara.

Temubual Eksklusif Bersama Erdem Tentang Kreativiti Projek Kolaborasi Bersama H&M
Erdem (berbaju biru) di sebalik pembikinan video koleksi ini

ANDA SANGAT POPULAR DENGAN NARATIF DI SEBALIK KOLEKSI YANG DIPERSEMBAHKAN. JADI APAKAH NARATIF ANDA UNTUK H&M?

Mereka busana untuk koleksi ini memberikan satu naratif yang berbeza berbanding koleksi saya sendiri kerana ia merupakan sebuah koleksi yang lebih terbuka. Saya mendapat inspirasi dari muzik video pet Shop Boys yang bertajuk ‘Being Boring’. Saya juga membayangkan sekumpulan remaja muda ‘menyerang’ rumah desa inggeris sempena hujung minggu dan mengenakan gabungan busana yang cukup unik seperti menggayakan gaun dengan sepasang kasut sukan, yang lelaki pula menggayakan sutera pijama dengan jaket tweed yang dijumpai di belakang pintu. Segalannya adalah tentang sekumpulan remaja yang bersahabat baik mencipta cerita fesyen tersendiri dengan helaian yang dijumpai.

UNTUK MENCIPTA KOLEKSI INI, SEMESTINYA REKAAN ANDA YANG LALU MENJADI PENANDA ARAS. JADI APAKAH PERASAAN MELIHAT KEMBALI ARKIB REKAAN ANDA?

Melihat kembali ke dalam arikb rekaan saya yang dahulu merupakan satu keseronokan sebenarnya. Mengkaji dan kemudian mengambil ciri-ciri yang ada untuk diterapkan di dalam koleksi Erdem x H&M. Gaun sunray plisse merupakan isnpirasi dari rekaan koleksi pertama saya, ia memberikan banyak memori indah. Kemudian ada butiran seperti gelung butang Victorian yang saya gunakan sebagai perincian penyudah di ERDEM x H&M. Ciri ini berasal dari koleksi yang saya lakukan tiga tahun lalu.

Temubual Eksklusif Bersama Erdem Tentang Kreativiti Projek Kolaborasi Bersama H&M

IKLAN

BOLEH CERITAKAN MENGENAI KECINTAAN ANDA TERHADAP BUNGA? 

Dalam setiap koleksi, saya berminat untuk meneroka bahasa feminin dan bermain dengan kodnya. Bunga menjadi tema pengulangan yang sama kerana sebab ini dan ia digandingkan dengan fabrik renda kegemaran saya serta fabrik yang direka dengan rumit. Untuk ERDEM x H&M memang motif bunga menghiasi seluruh koleksi, paling menarik adalah bagaimana saya melihat corak bunga memberikan impak yang mengagumkan terhadap busana untuk lelaki.

IKLAN

MENERUSI KOLEKSI INI ANDA PERTAMA KALI MEREKA BUSANA UNTUK LELAKI. APAKAH PERASAAN ANDA KETIKA MEREKA?

Mereka busana untuk lelaki semestinya sangat berlainan dengan mereka busana untuk wanita.  Saya mendapati ia merupakan proses sama sekali berbeza untuk mereka pakaian wanita, yang begitu mendalam berdasarkan naratif. Bagi lelaki, ia lebih kepada tentang apa yang saya pakai, dan apa yang saya pakai pada peringkat yang berbeza dalam kehidupan ini. Ia hebat untuk memberi penekanan terhadap jahitan, dan untuk memikirkan sut pakaian yang dipakai ayah saya pada tahun 60-an, dengan bahu yang kemas dan potongan seluar pada kaki yang bersih. Saya mahukan jahitan itu menjadi cantik, dengan butiran seperti butang yang dilindungi, dan ia adalah menakjubkan untuk membuat kot menggunakan Harris Tweed. Designing the men’s collection was almost forensic.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI