Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih buat penjawat awam, Astro tawarkan pek hiburan eksklusif serendah RM39.99 sebulan!
Percaya tak, Astro baru saja lancarkan pek hiburan eksklusif yang sangat istimewa untuk penjawat awam di Malaysia.
Kini lebih 1.6 juta penjawat awam boleh nikmati tawaran istimewa ni sebagai penghargaan atas segala penat lelah menjadi tulang belakang dalam pembangunan negara.
Jadi sesiapa saja yang berkhidmat dalam sektor kerajaan seperti bomba, guru, polis atau tentera, mahupun pegawai-pegawai pengurusan dan profesional boleh berehat di rumah sambil tonton saluran Astro dengan ahli keluarga pada harga jauh lebih murah.
Sememangnya satu inisiatif yang cool untuk ucapkan terima kasih pada mereka yang sentiasa bekerja keras!
Inisiatif ‘Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam’ ni sebenarnya adalah sebahagian daripada pek Astro One yang penuh dengan kandungan premium.
Ada macam-macam saluran pilihan, contohnya program tempatan Astro, Astro Originals, hiburan on demand dan akses Astro GO.
Pek ni memang sesuai untuk penjawat awam seisi keluarga yang berbeza minat. Dari penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem hingga hiburan tempatan dan antarabangsa, semua ada dan yang penting, ia membantu memaksimakan bajet hiburan di rumah.
Ads
PILIHAN PEK POPULAR
Terdapat dua pek Astro One yang ditawarkan di bawah ‘Tawaran Eksklusif Untuk Penjawat Awam’ iaitu:
Pek Entertainment: RM39.99/sebulan
Pek Sports: RM69.99/sebulan
Para pelanggan dengan ‘Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam’ juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.
Mak ayah pula boleh tonton 100 saluran tanpa henti. Masa inilah nak berehat sambil layan rancangan popular dan trending umpamanya Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives dan macam-macam lagi.
Ads
Ads
Tak sempat tonton di rumah? Astro GO kan ada. Semua penjawat awam yang melanggan dapat akses percuma untuk strim rancangan kegemaran pada bila-bila masa, di mana saja.
Ayah-ayah dan abang-abang peminat sukan wajib ambil Pek Sports. Tak payah terlepas lagi acara siaran langsung sukan termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi, semuanya dalam genggaman.
PENJIMATAN TANPA BATAS
Di tengah zaman berjimat-cermat ini, berbaloi sangat ambil tawaran Astro One. Selain harga langganan yang lebih rendah, para penjawat awam juga dapat berjimat sehingga RM960 setahun. Pemasangan secara Plug & Play pula adalah percuma dan zaman di hujung jari ni, anda boleh akses semua kandungan melalui Astro GO.
Langgan sekarang dengan melayari Astro di https://www.astro.com.my/penjawatawam atau WhatsApp 03-95433838. Cuma tunjukkan bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara semasa proses pendaftaran. Mudah sangat!
Cipta masa berkualiti tanpa berbelanja besar di rumah. Mak ayah terhibur, anak-anak pun seronok berkumpul sambil bergurau senda. Bahagia itu simple tapi terpahat selamanya dalam ingatan. Nikmati detik-detik ini agar semangat berbakti kepada negara terus menyala.
Bulan Oktober sinonim dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara — masa terbaik untuk kita berhenti seketika dan raikan self-love yang paling bermakna, iaitu menjaga kesihatan payudara. Tahun ini, usaha yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia lebih menyeluruh dan inklusif.
Data terkini daripada Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) 2017 – 2021 menunjukkan bahawa kanser payudara kekal sebagai kanser paling lazim di kalangan wanita. Lebih membimbangkan, separuh daripada kes kini dikesan pada peringkat lewat (50.5%), yang mengurangkan peluang rawatan berkesan. Inilah sebab mengapa saringan awal kanser payudara mesti dijadikan rutin, bukan pilihan.
Risiko Kanser Payudara di Malaysia
Realitinya, risiko wanita Malaysia untuk menghidap kanser payudara dianggarkan adalah 1 dalam 23 orang. Angka ini bukan untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk menyedarkan bahawa semakin awal penyakit dikesan, semakin tinggi peluang untuk hidup berkualiti dan sihat.
Program Saringan PINK NCSM Sepanjang Oktober
Sepanjang Oktober, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menggerakkan Program Saringan PINK NCSM di seluruh negara. Fokus utamanya ialah mengaktifkan pemeriksaan klinikal payudara (clinical breast examination atau CBE) secara percuma, ceramah kesihatan serta penyampaian baucar mammogram bernilai RM250 untuk wanita yang layak.
Program bergerak ini membuka akses kepada wanita di pelbagai lokasi, menembusi jurang bandar dan luar bandar dengan pendekatan komuniti. Pada masa yang sama, rakan sinergi seperti Etiqa bersama NCSM menyediakan 4,000 mammogram percuma untuk wanita B40 berusia 40–65 tahun melalui rangkaian 17 hospital dan klinik panel di seluruh negara. Kini anda boleh menempah slot berhampiran kediaman anda, bukan lagi terhad di Lembah Klang!
Kejohanan Futsal Wanita Piala Pusingan Harapan Pink
Sorotan utama kempen ini ialah Kejohanan Futsal Wanita Piala Pusingan Harapan Pink yang menampilkan saringan kesihatan pada sebelah pagi dan perlawanan futsal pada sebelah petang:
Johor – 18 Oktober 2025
Kuala Lumpur – 24 Oktober 2025
Perak – 31 Oktober 2025
Jom datang berpasukan dan bawa rakan-rakan — bersukan sambil menyaring kesihatan. Acara ini adalah inisiatif bersama antara Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Ia turut menawarkan saringan kesihatan percuma serta ujian klinikal payudara di seluruh negara.
Program ini terbuka dan percuma kepada semua, menjadi ruang sokongan hangat untuk wanita khususnya dalam lingkungan umur 40-an yang memerlukan akses saringan murah dan mudah. Sebagai NGO, NCSM turut memberikan pemeriksaan payudara klinikal percuma sebagai langkah pantas, tidak invasif, dan selamat sebelum wanita dirujuk untuk mammogram atau ultrasound.
Saringan Awal Kanser Payudara Menyelamatkan Nyawa
Ramai wanita rasa segan atau takut, tetapi sesi pemeriksaan ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan mampu mengesan ketulan atau perubahan yang perlu diberi perhatian. Lebih awal tanda amaran ditemui, lebih cepat tindakan boleh diambil.
Ceramah Kesihatan & Baucar Mammogram RM250
Sepanjang kempen ini, ceramah kesihatan turut disusun dalam format ‘short and snappy’ — tentang bagaimana menilai risiko peribadi, masa sesuai untuk mula mammogram, beza self-examination dengan pemeriksaan klinikal serta tanda-tanda amaran yang tidak wajar diabaikan.
Baucar mammogram bernilai RM250 ini membantu menampung kos di fasiliti panel terpilih dan mengurangkan halangan kewangan yang sering melengahkan saringan. Selain itu, ada juga inisiatif mammogram percuma berasaskan kelayakan sosioekonomi melalui kolaborasi NCSM–Etiqa. Dengan liputan 17 panel di seluruh negara, wanita boleh memilih lokasi paling hampir dengan mereka.
Jom Sayangi Diri, Lakukan Saringan Awal Kanser Payudara
Ingat, statistik bukan sekadar angka. Di sebalik ‘1 dalam 23’ itu ada wajah ibu, kakak, rakan sekerja dan diri kita sendiri. Dengan CBE percuma, ceramah kesihatan penuh informasi, serta baucar dan program mammogram percuma, kita mempunyai peluang untuk mengubah cerita — daripada lewat ke awal, daripada cemas ke yakin.
Untuk penyertaan futsal, hubungi Encik Rueben di WhatsApp 011-6200 0441. Untuk maklumat mammogram percuma panel di kawasan anda, rujuk pengumuman NCSM–Etiqa Fasa 7 (2025) dan pilih lokasi terdekat. Pink October ini, beri hadiah paling lembut tetapi paling penting kepada diri — luangkan masa, periksa, dan sayangi tubuh anda. Self-love is the best love!
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman yang kini menjadi ikon masakan yang mahir menyediakan pelbagai menu makanan yang melazatkan.
Begitu juga dengan Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery yang pernah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Muda pada majlis Anugerah Ikon Usahawan Wanita 2019. Semangat gigih beliau untuk bangkit daripada kegagalan merupakan inspirasi penuh bermakna yang wajar dicontohi ramai.
Kedua-dua nama besar ini telah dipilih menjadi duta jenama MAGGI® bagi memacu Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® yang meraikan pencapaian wanita dalam memperkasakan diri mereka melalui makanan dan masakan serta sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi keluarga, komuniti dan negara.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, ikuti temu bual eksklusif bersama dua personaliti hebat ini dalam perjalanan mereka menempa nama dalam bidang makanan.
Anne Idris Mentor Yang Komited Kisah Kejayaan Motivasikan Orang Lain Untuk Bangkit Berjaya
Anne Idris, mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi®
(1) Bagaimana pengalaman keusahawanan Anne telah menjadikan Anne seorang usahawan yang berjaya, terutamanya selepas menghadapi cabaran seperti muflis?
“Perjalanan keusahawanan saya dalam bidang masakan merupakan pengalaman yang amat mencabar, tetapi ia telah mengajar saya sesuatu benda yang sangat berharga iaitu daya ketahanan dan ketekunan. Selepas mengalami masalah seperti diisytihar muflis, saya sedar akan kepentingan pembelajaran ilmu keusahawanan dan mengasah kemahiran yang berterusan.
Itulah sebabnya saya mengambil langkah untuk mengejar pendidikan lebih lanjut dalam bidang kraf gula (sugarcraft) dan perhiasan kek antarabangsa, yang akhirnya membawa kepada penubuhan My Mum’s Bakery. Melalui usaha gigih dan kesungguhan, saya berjaya mengubah minat saya dalam pembuatan kek menjadi perniagaan yang berjaya. Bermula dari titik kosong, kini saya sangat bangga kerana melalui makanan yang dihasilkan, pelbagai peluang muncul untuk membantu meningkatkan taraf hidup saya, keluarga dan komuniti.”
(2) Bagaimanakah Anne melihat peranan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dalam memperkasakan wanita di Malaysia?
“Saya melihat Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sebagai pemangkin perubahan, memperkasakan wanita untuk menyedari potensi penuh mereka dan mencapai kemandirian ekonomi. Dengan menyediakan sokongan menyeluruh dalam pengurusan makanan, keusahawanan, kemahiran digital dan pembinaan keyakinan diri, program ini melengkapkan wanita dengan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin mereka kejar.
Selain itu, sifat program ini yang mampan dan konsisten mampu memastikan pemerkasaan jangka panjang, yang memberi manfaat bukan sahaja kepada individu wanita tetapi juga orang di sekeliling mereka.”
(3) Sebagai seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, bagaimana anda menyokong dan membimbing wanita dalam perjalanan mereka dalam bidang masakan dan keusahawanan?
“Sebagai seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, peranan saya adalah untuk memberikan sokongan dan bimbingan yang tidak berbelah bagi kepada wanita semasa mereka meneroka landskap bidang masakan dan keusahawanan. Melalui sesi bimbingan individu, saya menawarkan pandangan, nasihat, dan dorongan yang bersesuaian dengan matlamat dan cabaran unik setiap peserta.
Sama ada dalam mengasah kemahiran memasak, mengembangkan strategi perniagaan, atau membangunkan keyakinan diri, saya berusaha bertungkus-lumus untuk memperkasakan wanita agar mereka dapat mencapai potensi penuh dan berjaya dalam usaha mereka.”
(4) Bolehkan Anne kongsikan satu pengalaman atau kisah kejayaan yang bermakna semasa menjadi mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®?
“Satu pengalaman paling bermakna sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® adalah menyaksikan transformasi peserta seperti Hidayah (Juara Resipi Cukup Berani Musim Pertama) dan Syahidah (Juara Resipi Cukup Berani MAGGI Musim Ke-2).
Hidayah menunjukkan peningkatan diri mereka cukup ketara selepas melaksanakan strategi perniagaan yang dipelajari. Syahidah pula tampil lebih yakin dan tidak ragu-ragu dengan keputusan beliau dalam mengejar matlamat. Kejayaan mereka adalah bukti keberkesanan program ini dalam memperkasakan wanita untuk maju ke hadapan dan berkembang menjadi lebih baik.”
(5) Bagaimana anda memastikan bahawa Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® kekal relevan dan berkesan dalam memperkasakan wanita di Malaysia?
“Untuk memastikan program ini kekal relevan dan berkesan, kami memberi keutamaan kepada adaptabiliti, inovasi dan keterangkuman dalam pendekatan yang diambil. Dengan mengikuti trend industri, teknologi baru, dan keperluan yang berkembang, kami menyesuaikan bimbingan dan sumber kami untuk menangani cabaran dan peluang yang sentiasa berubah dalam bidang makanan, khususnya untuk golongan wanita.
Selain itu, kami sentiasa mendapatkan maklum balas peserta untuk memahami keperluan dan pilihan mereka, membolehkan kami terus menyempurnakan dan meningkatkan keberkesanan program demi pemerkasaan wanita di Malaysia.”
Eina Azman Percaya Memasak Tak Susah Tapi Perlu Rajin Mencuba Dan Belajar
Datin Paduka Eina Azman, mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi®
(1) Bagaimana perjalanan memasak Eina telah membentuk dan mengubah diri Eina sepanjang tempoh ini?
“Minat memasak mula timbul semasa saya berusia 16 tahun. Hidangan pertama yang saya sediakan adalah ayam masak lemak cili padi, dan alhamdulillah, semua ahli keluarga menyukainya. Sejak daripada itu, keluarga merupakan pendorong saya untuk terus mengasah kemahiran memasak.
Saya percaya bahawa memasak bukan sekadar rutin harian, tetapi juga satu cabang seni yang memerlukan dedikasi dan ketelitian. Saya sering merujuk kepada nasihat dan pandangan daripada ibu saya, yang telah menjadi sumber inspirasi dalam setiap hidangan yang saya sediakan. Selain itu, saya sangat gembira dapat berkongsi ilmu dan idea masakan melalui video di Instagram.
Saya berharap dengan perkongsian ini, saya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencuba memasak. Memasak sebenarnya tidaklah susah, selagi kita bersedia untuk mencuba dan belajar, kita akan dapat menguasainya. Seperti pepatah, “Tak kenal, tak cinta!”
(2) Bagaimana pengalaman Eina dalam dunia masakan membuka peluang-peluang baru dalam hidup Eina?
“Pengalaman saya dalam dunia masakan telah membuka pintu pelbagai peluang yang tidak pernah saya sangka sebelum ini. Saya mendapat kepuasan yang mendalam setiap kali menghasilkan hidangan yang enak dan memenuhi selera orang, sekaligus memberi impak besar dalam hidup saya secara keseluruhan. Dunia masakan membawa saya kepada jalan kerjaya yang bermakna. Saya tidak hanya menjadikan memasak sebagai hobi, tetapi juga sumber rezeki yang stabil dan berpotensi untuk terus berkembang.”
(3) Bagaimana pengalaman Eina sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® telah memberi kesan dalam hidup Eina?
“Menjadi seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® telah memberi saya peluang luar biasa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya kepada wanita-wanita di luar sana.
Saya sangat gembira dapat membantu mereka mengasah kemahiran memasak dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Melihat peserta berkembang dan mencapai matlamat mereka adalah satu pengalaman yang amat memuaskan dan memberi inspirasi kepada saya untuk terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya.”
(4) Boleh kongsikan tentang perjalanan perniagaan Eina sendiri dalam bidang makanan?
“Saya bermula dengan menyediakan hidangan masakan di rumah, yang kemudian mendapat sambutan hangat daripada keluarga dan rakan-rakan. Melihat permintaan yang meningkat, saya melihat peluang untuk memperluaskan perniagaan saya dan menjual menu-menu kegemaran saya kepada orang ramai.
Dengan kreativiti dan inovasi dalam setiap hidangan yang saya sediakan, serta memberi tumpuan kepada kualiti dan rasa asli, ‘It’s Done by Eina Azman’ kini menjadi destinasi pilihan bagi pencinta masakan tempatan. Sekarang, perniagaan saya hampir mencecah 60,000 pengikut. Menu-menu yang dijual termasuklah Asam Laksa, Sambal Tempoyak Ulam Kayu (9 Jenis Ulam), Sambal Bilis Jering, Sambal Bilis Petai, Jering Masak Lemak Cili Padi, dan Ikan Patin Tempoyak Pekat Likat.
Saya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi memudahkan pelanggan menikmati hidangan saya dengan selesa.
Begitulah perkongsian Anne dan Eina dalam membangkitkan semangat wanita melalui perjalanan mereka dalam bidang makanan. Bimbingan Anne dan Eina telah banyak mengubah diri para peserta Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® untuk keluar daripada zon selesa berani mengejar impian demi kehidupan yang lebih baik. Semoga Hari Wanita Sedunia tahun ini mencetus semangat baharu untuk golongan wanita terus bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
GEOX sememangnya terkenal sebagai pelopor kasut ternama di peringkat pasaran antarabangsa. Tidak sekadar diiktiraf kerana rekaan yang inovatif, GEOX juga menjadi pilihan ramai kerana komitmennya menghasilkan kasut yang bergaya dan selesa kepada pengguna.
GEOX baru-baru ini meraikan pelancaran kerjasama eksklusifnya dengan studio lukisan tangan yang berpangkalan di Hong Kong, The Flying Hawk Studio (T.F.H.S), melancarkan SPHERICA™ EC4.1 LNY Collectible Edition pada acara mewah yang diadakan di Madame Fù di Tai Kwun, Hong Kong pada Januari 9.
Dianjurkan oleh Pengasas dan Pengerusi GEOX Mario Moretti Polegato dan Ketua Pegawai Eksekutif Livio Libralesso, acara itu diserikan oleh tetamu terkenal, termasuk selebriti Grace Chan, pempengaruh media sosial dan rakan kongsi dari Rantau Asia Pasifik.
Terhad dan istimewa
Bersempena Tahun Baharu Cina, jenama kasut mewah GEOX melancarkan koleksi terkini serba eksklusif dan trendy tahun ini khas buat para fashionista. Majlis pelancaran Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition berlangsung di Seibu TRX, Malaysia pada 26 Januari lepas yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran GEOX Malaysia, Lenson Chong termasuk pempengaruh media sosial, Debbie Goh dan Wind Lee.
Istimewanya, kasut olahraga edisi terhad Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menjalin kerjasama dengan The Flying Hawk Studio. SPHERICA™ EC4.1 LNY bukan sekadar sepasang kasut, ia adalah simbol tenaga yang dihidupkan semula dan mempunyai estetika yang tersendiri. Lukisan naga yang dilukis tangan yang direka dengan teliti yang melambangkan evolusi, penambahbaikan dan kekayaan, kasut ini menjemput anda untuk melangkah ke tahun baharu dengan rasa pertumbuhan peribadi, keyakinan dan kemewahan.
Keunikan sisi rekaan
Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan kepada peminat kasut berjiwa urban iaitu merah, biru dan hijau yang setiap satu daripadanya melambangkan identiti tersendiri. Penghasilan kasut ini juga sarat dengan nilai estetika dan penghormatan kepada dunia fesyen serta seni.
Lebih menarik, Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition yang menggabungkan teknologi termaju GEOX hanya terhad kepada 88 pasang sahaja di seluruh dunia. Ia turut didatangkan dengan rantai perak sterling 925 bagi menghasilkan sentuhan mewah pada ciptaan koleksi kali ini.
Diserlahkan dengan reka bentuk yang berbeza pada setiap sisi, satu bahagian menampilkan logo GEOX yang dilukis tangan. Manakala satu lagi mempamerkan lukisan naga yang dilukis tangan penuh dengan ketelitian.
Koleksi ini mencerminkan keanggunan pemakai dan gaya yang tiada tandingan, sesuai dengan cita rasa pencinta fesyen mewah.
Ia diperbuat daripada kulit nappa putih lembut dengan perincian emas atau hitam halus dengan reka bentuk kusyen istimewa demi memastikan pelanggan menikmati keselesaan sepanjang hari.
Tampil stailo dan bergaya eksklusif pada musim perayaan ini dengan SPHERICA™ EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition yang dijual dengan harga bermula dari RM3988.00 – RM5388.00.
Koleksi istimewa SPHERICA™ EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition menjadi teman terbaik anda, melambangkan tenaga yang cergas dan cerdas serta gabungan sempurna antara inovasi dan tradisi. GEOX boleh didapati di semua kedai di Malaysia dan juga di kedai dalam talian rasmi GEOX di Shopee, Lazada dan Zalora. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi 03 – 8942 8333.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari nama Engku Aleesya makin menjadi bualan. Bukan kerana statusnya sebagai anak kepada selebriti terkenal, Erra Fazira tetapi keupayaan gadis bijak yang juga puteri kesayangan Engku Emran ini dalam bidang akademik dan sahsiah diri.