Allah SWT menguji seseorang kerana Dia sayang. Namun Dia tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan seperti mana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Beberapa hari lalu, pelakon dan usahawan Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nurhawa Zainal Abidin memaklumkan suaminya, Aeril Zafrel kembali sembuh daripada COVID-19 untuk kali kedua. Aeril menjalani kurantin kendiri pada 4 Ogos yang lalu.
Manakala Wawa dan tiga anak mereka bebas daripada jangkitan COVID-19 (negative).
Menerusi hantarannya di Instagram, pelakon filem Sabda Kekasih ini memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih meminjamkan insan tercintanya itu buat dia dan anak-anak.
“Alhamdulillah Aeril dah pun habis kuarantin. 2 kali positif COVID this year. Terima kasih Ya Rabb Kau masih pinjamkan dia buat kami.
Pinjamkanlah kesayangan ku ini Ya Rabb hingga ke hari-hari tua kami. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”
Selain itu, Wawa turut menitipkan kata-kata buat para pengikutnya agar menghargai pasangan selagi masih ada serta cipta memori indah bersama.
“Hargailah pasangan selagi masih ada. Ciptalah memori indah bersamanya.”
“Thank you, Allah… semoga kita semua dipelihara dan dilindungi dari COVID yang semakin mengganas” Pesanannya itu turut mengundang rasa sebak para pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Aeril dijangkiti COVID-19 kali pertama pada Januari 2021 serta telah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Tamat sahaja kuarantin, Wawa bersama tiga anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin (7), Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (5), dan Ayya Soffiya (1 than 8 bulan) membuat kejutan buat Aeril. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Wawa bersama anak-anaknya memegang sebiji kek sambil menunggu Aeril turun dari tangga.
Terserlah kegembiraan anak-anak Wawa dan Aeril yang menyarungkan kostum comel dinosaur ketika meraikan detik bermakna itu. Momen tersebut mengundang rasa sebak di kalangan pengikut-pengikut mereka di Instagram lalu meluahkan rasa syukur dan terharu buat mereka sekeluarga.
Terserlah kasih sayang antara pasangan bahagia ini apabila Aeril mengucup dahi Wawa dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, serta anak-anaknya.
Wawa meluahkan rasa syukur apabila suaminya kini bebas daripada jangkitan virus berbahaya itu.
Perkembangan terkini, Wawa dan Aeril selesai menerima suntikan vaksin dos kedua, alhamdulillah. Semoga keluarga ini dan kita semua dilindungi daripada wabak COVID-19 seterusnya kembali dapat menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
Kredit foto: Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel