
Selepas meraih golden buzzer di acara America’s Got Talet (AGT), populariti remaja Indonesia, Putri Ariani meledak ke seluruh dunia.
Namanya menjadi sebutan dan kebanggaan di negara kelahirannya lantaran bakat besar yang dianugerahkan kepada Putri Ariani di sebalik kekurangannya kerana tidak dapat melihat.
Dan baru-baru ini, Putri Ariani menerima jemputan Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo untuk bertemu dengannya di Istana Presiden. Remaja berusia 17 tahun itu yang ditemani ibu dan bapanya dalam pertemuan tersebut, turut membawa bersama Golden Buzzer yang diterimanya.

“Tiada halangan jika mempunyai kemahuan yang kuat dan sanggup bekerja keras,” kata Jokowi ketika menerima kunjungan Putri Ariani.
Dan selepas melihat kejayaannya itu, melihat pada akaun media sosial Instagramnya, Purti Ariani kini sudah memiliki 1 juta pengikut!

Semasa uji bakat musim ke-18 di Amerika Syarikat minggu lalu, Putri Ariani yang mempersembahkan lagunya sendiri berjudul Loneliness, mengagumkan para juri dan penonton sekali gus memenangi Golden Buzzer.
Dia bakal kembali ke A.S, Ogos depan bagi menyambung perjuangan dalam pertandingan tersebut. Jokowi turut menjemput Putri Ariani ke sambutan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos jika ia tidak mengganggu persiapannya.
Putri Ariani berterima kasih atas sokongan Jokowi serta wang saku yang diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan semasa menyertai pertandingan itu nanti.
Dia turut menyanyikan dua lagu ciptaan sendiri berjudul Loneliness dan Permata Indah Dunia sambil bermain piano di hadapan Jokowi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Saya LANGSUNG Tidak Malu Mengaku Peroleh Zuriat Melalui Kaedah IVF,” – SARAH SHAH NOR, Pemilik Modvier

Minggu lalu seluruh peminat Penyanyi No. 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza memanjatkan rasa syukur dan gembira atas pengumuman bahawa pemilik rangkaian kosmetik Simplysiti ini telah hamil 4 bulan. Penyanyi kesayangan ramai ini tanpa segan silu mengaku menggunakan kaedah IVF untuk mendapatkan zuriat. Dikatakan percubaan kali ketiga ini telah berjaya dan menceriakan kehidupan rumah tangganya bersama Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K).
Ramai wanita kini telah berusaha untuk mendapatkan atau menambah zuriat menggunakan IVF termasuklah Siti Sarah Shah Nor, CEO Modvier ini. Melahirkan anak keduanya Nadyne Zulfa setahun yang lalu telah melengkapkan kehidupan pasangan suami isteri ini.
Perasaan malu segelintir wanita mendapatkan anak bukan secara normal masih menebal. Terdapat juga wanita malu jika orang tahu mendapatkan anak menggunakan kaedah IVF, tetapi tidak pula pada Sarah. “Saya langsung tidak rasa malu bila orang tahu saya menggunakan kaedah ini. Anugerah anak melalui IVF juga merupakan rezeki pemberian Allah SWT. Walau apa pun kaedah yang kami suami isteri cuba, ia tetap anak kami berdua. Malah, Nadyne Zulfa yang kini telah berusia setahun lebih adalah anugerah yang sangat berharga buat kami. She’s grown into this amazing young girl. Perfection di mata kami berdua,” jelas Sarah yang berusia 34 tahun ini.
Menyingkap kisah di sebalik melakukan teknik IVF untuk cahaya mata keduanya, terang Sarah, “Selepas anak sulung saya Rafiq Zulkarnain yang kini berusia 8 tahun dan semakin membesar, saya mula merancang untuk menambah anak. Selepas 5 tahun mencuba secara normal, namun tidak menunjukkan sebarang tanda. Saya mula rasa takut, kenapa masih tiada sebarang tanda untuk anak kedua ini.

Jadi, saya berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan pandangannya. Beberapa ketika saya berusaha dengan makan clomid and few cycles tapi masih belum mengandung. Jadi, saya disarankan untuk memilih cara yang berkesan dan terbaik, terus buat IVF,” tutur Sarah lembut.
“Pengalaman yang dilalui sepanjang melalui proses IVF menjadi kenangan abadi untuk dikenang. Setiap hari kena cucuk perut sendiri. Hari ketiga saya tidak sanggup untuk melakukan sendiri dan minta pertolongan suami. Sepanjang tempoh rawatan makan kena jaga dan tidak boleh bergerak aktif seperti selalu. Biasanya saya tidak pernah punya masa untuk bersantai atau bersenang-lenang. Tapi, alhamdulillah selain berusaha mendapatkan zuriat, saya diberi kesempatan untuk berehat. Tak tahu nak buat apa, jadi saya isi masa dengan membaca yang dulu hanya dilakukan dalam masa yang terhad.
Kalau ditanya pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan sepanjang melakukan rawatan IVF ini, ada banyak sebenarnya. Tapi yang paling ketara adalah konon-konon saya tidak mahu dikenali ketika membuat rawatan. Jadi saya pilih pusat rawatan Sunfert IVF Centre, Bangsar South sebab tak nak jumpa orang yang dikenali. Tapi masa saya dah bersiap-sedia untuk prosedur ambil telur tu. Tiba-tiba beberapa orang nurse yang bertugas tegur dan tanya saya ni owner Modvier ke? Kelakar sangat rasa pada ketika itu,” ujar Sarah yang berkahwin pada tahun 2008 ini sambil ketawa.
Menurut Sarah sebagai seorang wanita tidak ada yang nak dimalukan cara mendapatkan zuriat sama ada secara normal, IUI atau IVF. “Saya sudah melalui pengalaman mendapat zuriat secara normal dan kaedah IVF. For me, if dah few years try, dan doktor kata there’s nothing wrong with you, try lah IVF. Peluang untuk berjaya lebih tinggi dari IUI atau makan clomid. It might a bit pricey but I know ada banyak hospital kerajaan with a private wing yang ada khidmat itu juga. Jangan hanya berharap semata-mata tanpa usaha atau pertolongan daripada doktor dan ubat-ubatan. Makan kena jaga, stres kena eliminate begitu juga pergerakan,” ungkap Sarah mengakhiri perbualan. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Che Ta Akui Wanita Kini Perlu Bekerjaya, Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah Dan Terjamin!

Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, pasti terbayang figura cantik tinggi lampai yang sentiasa bijak menatarias gaya meski sudah berusia.
Memandangkan kebelakangan ini di sosial media rancak membincangkan isu rumah tangga penceraian dan juga masalah orang ketiga, hingga ramai wanita teraniaya dan dinafikan hak mereka oleh pasangan, Che Ta tampil menyeru para wanita agar berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain meskipun pasangan.
Kerja, Cari Pendapatan Sendiri Agar Masa Depan Terjamin!

Mengulas isu sama, Che Ta menegaskan agar wanita diluar sana keluar bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.
Jelasnya lagi, wanita perlu mempunyai ‘backup plan’ serta lebih bersedia jika berlaku sesuatu musibah atau dugaan dalam rumah tangga, namun jika pasangan bertindak agresif dengan ‘naik tangan’ hingga menjadi mangsa keganasan rumah tangga, wanita disarankan angkat kaki dengan segera.
“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,” kata Che Ta lapor media tempatan.

Ketika ditanya adakah wanita patut menjadi lemah, tunduk dengan pujuk rayu serta permohonan maaf pasangan dan memberikan peluang kedua setelah dikasari dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini respon Che Ta!
“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” tegasnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber: Instagram Rozita Che Wan & Utusan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup Pernah Terumbang Ambing Di Awal Perceraian, SHIKIN MAEMBONG Kini Enggan Mengalah!

Saat menyelami perasaan ibu tunggal yang sangat tabah jiwanya, Shikin Maembong telah mengubah stigma negatif yang cukup sebati dalam masyarakat kita. Biarpun tanpa lelaki bernama suami demi anak dan masa depan yang lebih baik, Shikin Maembong atau nama sebenarnya Siti Nur Ashikin Ismail kini kembali bangkit setelah bercerai pada tahun 2016.
Berkat kekuatan dan sokongan insan-insan tersayang Shikin menjalani kehidupannya dengan penuh positif bersama anaknya, Arianna Natasya berusia tiga tahun. Biarpun sudah berpisah namun kakak kepada artis terkenal, Emma Maembong ini masih mengekalkan hubungan yang baik bersama bekas suami dan keluarga mertua.

DETIK PERIT
“Di awal perceraian memberi tamparan yang sangat hebat buat saya. Hidup dalam terumbang ambing, kemurungan, tertekan dan tidak terurus. Macam-macam gangguan dan masalah yang datang dalam fikiran saya. Duit dah banyak habis, anak pun kurang perhatian sampai jatuh sakit dan masuk hospital.


Makan pun selalunya mi segera saja. Apa yang saya makan itulah yang Arianna makan. Tak cukup dengan itu, saya pernah dihalau dari rumah sewa kerana bayaran tertunggak melebihi tiga bulan. Masa tu sewa bilik saja tapi atas faktor kewangan saya tak mampu nak bayar. Kemudian ayah panggil tinggal bersamanya di Ampang,” luah Shikin yang kini berusia 35 tahun.
MASA UNTUK BANGKIT
“Hampir setahun lebih saya berusaha mencari kekuatan diri untuk kembali bangkit. Saya bersyukur kerana ketika saya susah, keluarga dan adik beradiklah yang banyak membantu dan memberi kekuatan. Apa yang saya belajar ialah di saat kita jatuh hanya Allah SWT, keluarga dan adik beradik sumber kekuatan kita.
Selain kakak iaitu Coddy Maembong, adik saya Emma juga banyak membantu saya dan Arianna. Mama saya, Yatimah Zainab juga sumber kekuatan dan banyak memberi nasihat walaupun dah lama berpisah dengan ayah. Sebelum bercerai pun saya banyak berkongsi rasa dengan Mama.


Sejak kecil Mama mendidik kami adik beradik seperti kawan baik namun masih ada rasa hormat. Begitu juga ayah, beliau seorang yang cukup tegas namun tetap ada kelembutannya,” ungkap Shikin yang kini aktif menyertai persatuan ibu tunggal dan usahanita.
Shikin juga menjadi rakan kongsi perniagaan bersama kakaknya, Yaya Maembong serta adik, Emma Maembong. Mereka kini rancak mempromosikan produk Emma RTW, My Sketch Book Shawl dan My Honey Lips.

HARAPAN
“Harapan saya buat Arianna, semoga saya dapat membesarkannya dengan sempurna. Saya tak mahu ada sebarang kekurangan seperti dari segi didikan agama dan pelajaran. Semoga Arianna menjadi anak solehah, hormat orang tua, patuh agama dan menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang.
Doa untuk diri sendiri pula agar suatu hari nanti saya dipertemukan dengan seorang lelaki yang jauh lebih matang dan memiliki ilmu agama yang secukupnya agar dapat membimbing saya dan Arianna ke jalan diredhai Allah SWT. Di samping bertanggungjawab dan dapat menjadi bapa yang baik buat Arianna.
Kredit: Instagram Shikin Maembong & Arianna Natasya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


