MasyaAllah, cantik sungguh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Gaya elegan dan keanggunan Baginda sentiasa menjadi perhatian rakyat.
Keperibadian Tengku Permaisuri Selangor yang penuh kelembutan dan sopan santun ditambah raut wajah jelita membuatkan sesiapa saja pasti akan menoleh banyak kali!
Seri Wajah Tengku Permaisuri Selangor
30 Disember lalu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Cahaya Darul Ehsan Berselawat yang diadakan di Dewan Jenjarom, Seksyen 11, Shah Alam.
Ads
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Yang Dipertua PEKAWANIS, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad.
Dalam majlis yang dikhususkan untuk muslimat sahaja itu, Baginda berkenan mendengar tausiyah yang disampaikan oleh pendakwah, Hubabah Ummu Salim Ben Hafidz, isteri kepada Al-Habib Umar Ben Hafidz.
Ads
Ads
Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin anggun mengenakan persalinan jubah indah rona hitam. Penampilan Baginda lebih menyerlah dengan padanan gaya hijab bawal rona pastel. Sekaligus menaikkan lagi seri wajah Baginda.
Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tidak ketinggalan beramah mesra dengan tetamu Muslimat yang teruja bertemu dan ingin bersalaman dengan Baginda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tekad mahu memilih setiap minggu peserta yang terbaik dari yang terbaik, kemunculan semula Hetty Koes Endang sebagai juri tetap Konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) sememangnya dinanti-nantikan.
“Komen Bunda belum bisa kencang-kencang, sabar.” Hetty Koes Endang
Begitu tulisnya saat peminat tertunggu-tunggu lontaran komen Bunda di depan kaca tv.
Sepetang bersama penghibur terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang di Kuala Lumpur, banyak petua dan amalan kesihatan beliau yang dapat dikongsikan.
Bayangkan pada usia lebih separuh abad, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih’ ini masih cergas, malah kekal cantik dan energetik!
Dari amalan pantang lepas bersalin hinggalah jamu rebusan sirih yang diminum, wanita periang yang mesra disapa Bunda ini tidak lokek berbahagi pengetahuan.
Dilahirkan pada 6 Ogos 1957, usia Bunda juga hampir sebaya dengan usia kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadikan beliau seorang legenda seni dunia.
Ketika diajak bersembang, Bunda Hetty nyata seorang yang versatil, merendah diri, keibuan dan kelakar dalam satu masa. Tiada istilah sombong dalam tutur katanya.
Bahkan kesempatan berdampingan dengan penyanyi hebat itu, sempat jugalah penulis menatap raut wajahnya dari dekat. MasyaAllah, halus sungguh kulit wajah Bunda, persis anak dara.
Paling menarik, bila ‘diintai’ isi minuman teh kesukaannya. Ada kulit kayu manis!
“Kadang-kadang Bunda suka letak hirisan lemon juga. Memang baik untuk tubuh badan kita.” Hetty Koes Endang
Nak tahu lebih banyak petua kecantikan sambil bersembang tentang hubungan akrab beliau dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Jom tonton video Lensa Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda tentu perasan setiap produk kecantikan seperti bedak asas, atau krim tangan kini mempunyai Sun Protection Factor atau SPF, menunjukkan ia satu kemestian untuk digunakan dalam rutin harian anda.
Krim tabir suria mempunyai SPF terbaik untuk menyelar terikan cahaya matahari menembusi kulit secara terus. Dengan sapuan krim, sekurang-kurangnya anda melindungi kulit dari kesan penuaan, kemerahan dan kanser kulit!
8 langkah mudah sapu krim tabir suria
Gunakan satu sudu besar krim (sekurang-kurangnya SPF 25) pada wajah dan tubuh. Anda boleh mencari krim tabir suria yang senang meresap ke dalam kulit dan mempunyai tekstur lebih halus.
Krim pelembap dengan SPF ini juga penting sekiranya anda bekerja di tempat yang sentiasa dikelilingi penghawa dingin. Walaupun tidak kena cahaya matahari, kulit anda lebih mudah menjadi kering.
2. Elakkan krim terus ke wajah
Picitkan kuantiti krim yang diingini pada telapak tangan. Jangan biasakan memicit sejumlah besar krim secara terus ke wajah. sapu dengan perlahan supaya krim ini mudah meresap ke dalam kulit secara sekata.
Cuba bayangkan bagaimana krim SPF anda nak meresap ke dalam kulit sekiranya ia diletakkan secara direct pada wajah, tentu bercapuk nanti!
3. Krim SPF dulu, baru krim pelembap
Pastikan kulit wajah bersih dan kering terlebih dahulu. Sapuan tipis krim tabir suria pada wajah dan biarkan seketika sehingga ia meresap. Kemudian, oleskan krim pelembap. Lebih mudah sekiranya krim pelembap anda sudah mempunyai SPF yang sesuai utnuk kulit wajah.
Terdapat jenama krim tabir suria yang sangat sesuai dengan kehendak kulit. Supergoop yang dijual di butik Sephora misalnya memberikan kesan menakjubkan kerana mereka mempunyai pilihan krim cecair dan semburan!
4. Gunakan setiap hari
Krim tabir suria perlu digunakan setiap hari. Bukan seminggu sekali seperti anda skrub wajah. Anda terdedah kepada cahaya matahari, malah cahaya dari komputer dan skrin telefon juga boleh menembusi jauh ke dasar kulit, menggalakkan kesan penuaan lebih awal.
Malah, anda juga digalakkan menyapu krim ini setiap dua jam sekali agar ia dapat mebantu penjagaan kulit dengan lebih baik.
5. Sebelum ‘bertemu’ matahari
Krim tabir suria yang mengandungi kimia memerlukan masa untuk meresap ke dalam kulit dan berfungsi dengan baik. 20 minit sebelum anda keluar rumah, sapu krim terlebih dahulu.
6. Gunakan zinc oxide untuk pelindung matahari
Zinc oxide dan titanium dioxide adalah mineral yang boleh melindungi sinaran UV menembusi kulit, membolehkan ia berfungsi lebih cepat berbanding krim tabir suria yang mempunyai bahan kimia di mana ia perlu diserap untuk menukar cahaya kepada tenaga haba pada kulit.
7. Ulangi sapuan setiap 2 jam
Terdapat krim tabir suria yang kadang kala bersifat tidak stabil apabila terdedah kepada matahari. Jadi anda perlu mengoles kembali setiap dua jam agar kulit sentiasa dilindungi, sama seperti membersihkan mulut!
8. Touch-up dengan solekan mineral
Jika anda keluar untuk makan tengah hari, aplikasi krim pada awal pagi sudah tidak relevan. Untuk touch-up, gunakan bedak yang menggunakan asas mineral dengan SPF. Kebanyakkan zinc atau titanium dioxide mempunyai SPF 18 atau 20.
Nak cari krim tabir suria terbaik untuk anda, klik sahaja di SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang suka ambil mudah apabila haid berpanjangan. Ada yang mempunyai pelbagai alasan untuk elakkan diri daripada berjumpa doktor. Jangan lupa, setiap tanda yang badan tunjukkan, biasanya ia adalah tindakbalas dari tubuh untuk memberitahu sesuatu.
Namun, terdapat juga permasalahan wanita yang mengalami haid berpanjangan sehingga menyebabkan mereka kekurangan darah, wajah menjadi pucat dan menimbulkan rasa tidak selesa. Kitaran haid normal sebenarnya bergantung kepada seseorang wanita. Ia boleh sependek 22 hari atau sepanjang 36 hari di mana ia termasuk hari anda berada dalam haid.
Menurut Dr Zubaidi Hj. Ahmad di dalam laman blognya, keadaan ini dinamakan Menorrhagia. Puncanya boleh dikenal pasti melalui penjelasan di bawah:
Ketidak seimbangan
Dalam kitaran haid normal, keseimbangan hormone estrogen dan progesterone akan menyebabkan lapisan rahim menjadi tebal dan runtuh menjadi darah haid. Jika berlaku ketidak seimbangan hormon, endometrium berkembang berlebihan dan haid menjadi banyak dan panjang.
Kegagalan fungsi ovari
Jika ovari tak berfungsi dengan baik, telur tidak dilepaskan dan ovulasi tak berlaku, sehingga mengakibatkan tubuh gagal hasilkan hormone progesterone.
Fibroid rahim
Haid yang lebih banyak dan panjang dari biasa.
Polip
Munculnya ketumbuhan kecil pada permukaan rahim tetapi tidak berbahaya. Ia sering berlaku pada wanita berusia 30an akibat penghasilan hormon tinggi.
Adenomyosis
Ia berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahim tertanam dalam otot rahim. Ia sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang sudah mempunyai anak.
Alat perancang kehamilan dalam rahim (IUD)
Jika alat ini di dapati menjadi penyebab kepada pengaliran darah haid yang banyak dan panjang, dapatkan nasihat doktor untuk dikeluarkan.
Kanser
Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan haid berlebihan tetapi ia jarang berlaku.
Penyakit keturunan berkaitan gangguan pembekuan darah
Penyakit seperti Von Willebrand, satu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku yang menyebabkan pendarahan haid tidak normal.
Ubat-ubatan
Terdapat jenis ubatan yang boleh menyebabkan pendarahan haid berpanjangan contohnya ubat tahan sakit dan pencair darah.
Walau apa juga puncanya, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera agar masalah ini dapat diselesaikan.
Sumber: Blog Dr Zubaidi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.