Tertekan Sebab Lambakan Kerja, Tiru 6 CARA Ini Supaya Tak Dilabel Workaholic!

5

Kerja memang tidak akan pernah habis. Bukan hanya di tempat kerja bahkan di rumah juga tugasan rumah tangga sentiasa menunggu. Menjadi seorang ibu, isteri serta pekerja menuntut komitmen yang bukan sedikit. Seorang wanita itu perlu bijak menguruskan tugasnya agar dapat diselesaikan dengan baik. Ingat, kesihatan perlu diutamakan kerana jika ia merosot pasti menjejaskan produktiviti kerja.

Berusahalah untuk buat yang terbaik, paling penting sebagai wanita jangan mudah mengalah untuk menjadi lebih baik. Setiap orang mungkin mempunyai cara yang berbeza tetapi pastikan ia paling efektif buat anda.

  • RANCANG KERJA

Adakah anda seorang yang suka buat semua kerja dalam satu masa atau ‘lompat-lompat’ kerja? Cara terbaik ialah rancang dahulu jadual kerja lebih awal atau pada waktu pagi sebelum memulakan kerja. Ia membantu anda kekal fokus, produktif dan efektif.

Buat reminder di telefon bimbit agar mudah untuk anda ingat apa yang telah dirancangkan. Bila perlu, anda juga boleh merancang kerja untuk tempoh beberapa bulan atau setahun. Ingat, laksanakannya bukan cuma melihat dan menyimpan saja.

  • BUAT SKALA PRIORITI

Setelah merencana kerja, tentukannya mengikut keutamaan. Mulakan dengan yang paling berat sehinggalah yang paling ringan dan boleh diketepikan seketika. Cara ini lebih bersistem dan efektif.

Membuat prioriti juga dapat mengurangkan peluang untuk menangguh kerja kerana anda perlu selesaikan sesuatu tugas sebelum berpindah ke tugas yang lain. Abaikan segala gangguan yang boleh menjejaskan fokus dan target anda untuk menyiapkannya segera.

  • TENTUKAN HAD MASA BAGI SETIAP TUGASAN

Contohnya, dua jam untuk membuat perancangan atau sejam untuk menulis satu artikel. Usahakan untuk selesaikannya pada masa yang ditetapkan. Tetapi, jangan pula buat kerja sambil lewa tanpa memikirkan kualiti. Nilaikan hasil kerja anda itu.

Deadline membantu seseorang lebih bertanggungjawab terhadap tugasannya. Ia sebagai panduan agar anda tidak menangguhkan kerja.

  • JANGAN TERLALU MULTITASKING

Anda seorang multitasking? Kadangkala nampak seperti ‘mampu’ lakukan semua kerja sekaligus namun hakikatnya ia tak efektif dan efisien! Malah, fokus juga akan terjejas. Hasilnya mungkin tidak mencapai tahap optimum walau dapat selesaikannya pada waktu yang tepat.

Otak bekerja dengan lebih baik jika anda benar-benar fokus. Jadi, fokuskan tenaga dan minda pada tugasan utama sehingga mencapai hasil yang terbaik.

  • MANFAATKAN WAKTU REHAT

Jangan lupa memanfaatkan waktu istirehat beberapa minit. Jangan paksa diri kerana hasilnya pasti tak memuaskan. Ingat, minda dan tenaga memerlukan rehat agar kembali segar sebelum ‘bertempur’ dengan tugasan seterusnya. Mulakan dengan melakukan regangan otot, berjalan-jalan di taman atau tidur sebentar.

  • GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Jika target anda tercapai, raikannya namun dengan cara yang sederhana, sihat serta tidak keterlaluan. Contohnya pergi bercuti ke pulau, beriadah di taman dan sebagainya yang dapat menjadi terapi.

Jangan Lupa Komen