Tabassum Fatima Hashmi atau nama seninya, Tabu sudah berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood sejak era 80-an.
Sehingga kini, wajah jelita Tabu masih lagi mewarnai filem-filem terkenal.
Melihat kepada penampilan dan pesona wajahnya, Tabu yang kini mencecah usia 52 tahun tidak banyak berubah. Awet muda!
Memetik laporan India Today, Tabu turut membintangi filem yang di ‘remake’ daripada blockbuster Tamil berjudul Kaithi (2019). Filem ini diberi nama Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mac 2023.
Ternyata, kehadirannya dalam filem terbaharu ini membuktikan bakat Tabu masih ‘berbisa’ dalam dunia lakonan.
Berbicara mengenai karier seni dan kehidupan peribadi, Nona kongsikan 11 fakta menarik mengenai Tabu.
Ads
Dilahirkan pada 4 November 1970 dan merupakan anak kepada pelakon, Jamal Hashmi.
Memulakan debutnya menerusi filem Hum Naujawan (1985). Pertama kali Tabu memegang watak utama ialah dalam filem Telugu Coolie No. 1 (1991).
Merupakan bekas pelajar St Ann’s Scholl dan St Xavier’s College.
Biarpun Tabu kini berusia 52 tahun namun wajahnya kekal jelita dan awet muda.
Ads
Sebelum ini Tabu dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan Sanjay Kapoor.
Mempunyai penampilan yang ‘sempurna’di samping karier yang cemerlang.
Hobinya mengumpul minyak wangi, menulis puisi dan membaca buku.
Telah membintangi 52 buah filem antaranya Life of Pi (2012), Drishyam (2015), Jawaani Jaaneman (2020), dan Bhool Bhulaiyaa (2022).
Menerima pelbagai pengiktirafan termasuk anugerah filem Nasional untuk Pelakon Terbaik 2003, dan Anugerah Skrin untuk Jodi No.1 pada 2015.
Ads
Bersahabat baik dengan ramai selebriti Bollywood tersohor seperti Ajay Devgan, Anil Kapoor, Shilpa Shetty, Karen Johar, Salman Khan dan ramai lagi.
Membintangi filem Bholaa yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2023 ini.
Kredit Foto: Instagram @tabutiful
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pakai apa pun tetap nampak cantik dan mencuri perhatian. Terbaru, sempena kedatangan Aidiladha… suri hati Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sekali lagi menjadi bualan ramai hanya kerana pemakaian tudung bawal yang digayakan penyanyi tersohor negara tersebut.
Jarang mengenakan fesyen tudung bawal selama ini… pemilihan hijab polos dan minimalis berkenaan nyata mengundang ‘perhatian’ netizen. Belum pun habis kisah jam tangan mewah Richard Mille miliknya yang mencecah lebih RM600 ribu dan harga aksesori basikal RM30 ribu, timbul pula kisah terbaru tentang selebriti kesayangan ramai ini.
Menyambut Aidiladha di samping keluarga tersayang, Dato’ Seri Siti yang anggun dalam persalinan hitam Rizman Ruzaini kelihatan berbeza daripada biasa. Hanya mengenakan solekan nipis dan gaya sederhana sambil bertudung bawal pun sudah cukup membuatkan peminat tertarik dengan penampilan ringkas beliau.
https://www.instagram.com/p/B1EECORHPyo/
Malah rata-rata mereka beranggapan Dato’ Seri Siti nampak lebih muda apabila memakai jenis tudung tersebut dan kata-kata pujian membanjiri ruangan komen di Instagramnya.
Menyedari reaksi positif peminat, Dato’ Seri Siti sekali lagi tampil dengan gaya sama pada hari raya berikutnya. Kongsi beliau, “Raya Haji hari ke-2 saya pulang ke kampung untuk ibadah korban. Ramai yang suka saya pakai tudung bawal yek? Baikla, harini saya gayakan tudung bawal dari Galeri Ariani. Banyak pilihan warna.”
Kredit: Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar pengacara televisyen cantik manis, Cheryl Samad. Mengintai media sosial figura ini, macam tak berubah muka Cheryl. Peminat industri muzik era 90an pasti merindui kepetahan wanita manis ini tatkala mengacara.
Cukup energetik, ceria dan sentiasa mengukir senyuman sepanjang mengendalikan program, membuatkan dia disenangi kerana karakternya yang menghiburkan.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan anak kedua daripada tiga beradik, Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad kini kian bahagia memegang status isteri dan ibu.
Meniti usia 43 tahun, pesona Cheryl tetap menarik pandangan apatah lagi dia dikurniakan raut wajah yang tidak dimamah usia.
Malah penampilan dan susuk tubuh isteri Ng Ping Ho ini tak ubah seperti anak dara! Cheryl merupakan anak kacukan Melayu dari bapanya. Manakala ibu Cheryl pula keturunan Eurasian.
Wajah Cheryl mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Difahamkan ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Namanya mula melonjak populariti sebagai pengacara ketika mengendalikan program Muzik-Muzik.
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
Mei lepas genap 12 tahun usia perkahwinan Cheryl dengan KLoe Hotel, Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip.
2 Oktober lepas, Ping menyambut ulang tahun kelahiran ke-50. Dia sebelum ini pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi.
Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia 10 tahun dan Kate, tujuh tahun.
Jika anda wanita bertudung, sejauh mana soal kesihatan rambut dititikberatkan? Adakah memadai dengan hanya bersyampu dan oles perapi semata-mata?
Perasan atau tidak, masalah rambut gugur kita makin membimbangkan? Sampai tak sanggup bayangkan bila bersikat, bergumpal-gumpal banyaknya! Rambut pun makin nipis dan jarang.
Diam-diam inilah masalah yang dialami kebanyakan wanita. Keguguran rambut sememangnya ‘penyakit’ tidak berkesudahan sejak dulu lagi. Diikuti masalah kelemumur, rambut kering bercabang dan nampak kusam… Semua ni adalah tanda-tanda rambut rosak sebelum ia gugur dari kepala.
SALAH DARI AWAL
Tahukah anda, mengeringkan rambut secara air-dry atau membiarkan rambut kering dengan sendirinya adalah penyebab rambut rosak?
Inilah penemuan terbaru sains yang mengejutkan ramai orang.
Apabila rambut basah, serat-seratnya akan kembang dan lemah. Ditambah pula keadaan lembap dan dibiarkan basah lebih lama, batang rambut akan lebih cepat putus atau frizzy tanpa kita sedari.
Mengeringkan rambut secepatnya adalah jalan terbaik untuk memelihara kesihatan rambut. Cara yang betul juga penting kerana kaedah pengeringan yang salah juga boleh menambah masalah sedia ada.
Pengering rambut ghd Helios
Nona mendapatkan pandangan saintis ghd, Dr Tim Moore berkaitan hal di atas.
“Anda perlu lebih berhati-hati pada fasa mengeringkan rambut semasa basah. Rambut basah ni lebih cepat putus dan rosak pada suhu tinggi. Begitu juga kalau dibiarkan kering sendiri selepas dilap dengan tuala.
Cara yang betul adalah meramas (scrunching) dalam gerakan membulat, bukan menggosok-gosok rambut basah dengan tuala untuk mengeringkannya.
Kemudian sebaiknya gunakan alat pengering rambut dengan tetapan sejuk atau perlindungan suhu untuk mengeringkan rambut basah.
Apabila ia semakin kering, suhu alat pengering bolehlah dinaikkan secara berperingkat,” ulas Dr Tim.
ghd Helios antara pilihan alat pengering rambut dengan tetapan terbaik
RAHSIA RAMBUT SIHAT WALAU BERTUDUNG
Selepas kering, jangan biarkan begitu saja. Sapukan minyak argan atau sebarang minyak rambut yang baik untuk kesihatan kutikel yang tadinya terbuka sewaktu dikeringkan. Penggunaan minyak rambut juga membuatkan rambut kembali segar dan nampak bermaya, walaupun kita bertudung.
Teknik ikatan rambut juga mestilah betul. Jika rambut panjang, jangan ikat terlalu kuat bagi mengelakkan ia putus atau berpintal pada getah rambut.
Jangan pakai tudung dalam tempoh terlalu lama. Jika berpeluh, seeloknya buka tudung dan biarkan ia kering dahulu sebelum memakai semula. Untuk wanita berkerjaya, sela waktu solat Zohor atau Asar mungkin baik untuk tujuan ini.
Beri perhatian pada pemakanan anda. Rambut juga sebahagian sel-sel yang tumbuh dari nutrisi makanan, jadi amalkan diet seimbang agar ia tumbuh lebih lebat dan sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.