“Pengalaman ini saya alami sekitar dua tahun lalu. Suatu hari sekitar pukul 1.30 pagi, saya tiba-tiba terbangun dari tidur. Ketika mahu duduk, saya merasakan jantung tiba-tiba berdebar dengan kuat.
Saya panik, nafas pun termengah-mengah. Saya menarik nafas sekuat tenaga agar terus terjaga. Dalam keadaan panik terdetik di hati adakah ajal saya sudah sampai?
Sebaik keadaan pulih, saya terus meluru ke bilik tidur ibu bapa dan mengejutkan mereka. Saya menceritakan detik cemas tadi. Semasa serangan saya tidak mengalami rasa sakit, hanya jantung saja berdegup kencang disertai nafas yang termengah-mengah.”
Kesimpulan daripada kisah tadi ialah peka terhadap kesihatan jantung. Ini kerana jantung adalah motor penggerak utama tubuh. Maka, perhatian yang lebih perlu diberikan agar tubuh dapat berfungsi secara normal seterusnya jantung sentiasa sihat.
Amalan berikut dapat membantu mencegah berlakunya jantung berdebar tanpa sebab. Apa yang penting jaga tabiat pemakanan anda disamping elakkan tekanan berlebihan.
Ads
(1) Amalkan pola pemakanan yang sihat serta seimbang. Pilih seleksi hidangan yang sihat dan tidak mengandungi lemak serta kolesterol jahat contohnya daging dan masakan bergoreng. Sebaiknya, pilihlah makanan yang kaya dengan serat seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
(2) Berusaha untuk mengawal berat badan. Pastikan ia berada pada tahap normal atau ideal. Obesiti berisiko untuk menekan jantung seterusnya membuatkannya bekerja lebih keras.
(3) Sebaik-baiknya hindari tekanan yang melampau kerana ia akan mempengaruhi kesihatan jantung seterusnya fungsi menjadi tidak normal.
Ads
(4) Amalkan makanan laut yang kaya dengan kandungan Omega 3 dan 6. Ini kerana makanan laut terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan jantung. Namun begitu, amalkan pengambilannya secara bijak dan tidak berlebihan.
(5) Bersenamlah dan pilih aktiviti olahraga yang ringan. Dengan berolahraga, ia dapat melatih jantung agar kuat seterusnya menjadikan pembuluh-pembuluh darah dalam tubuh menjadi lancar.
Ads
(6) Elakkan merokok, minuman beralkohol, penggunaan dadah serta ubat-ubatan yang berbahaya. Ia bukan keperluan untuk dalaman tubuh kerana pengambilannya adalah di atas nasihat serta pengawasan doktor serta untuk penggunaan bahagian luar tubuh.
(7) Melakukan pemeriksaan secara berkala. Ini kerana organ-organ dalam tubuh kita ibarat sebuah mesin. Maka, perlu dilakukan pemeriksaan secara berkala untuk memastikan fungsi-fungsinya berjalan pada tahap optimum.
(8) Menyayangi jantung dengan bijaksana dalam memilih apa yang harus dan perlu dielakkan dalam pemakanan akan membantu jantung tetap berfungsi dengan baik. Kesihatan jantung sangat penting. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari jika fungsinya mulai merosot. Maka, mulai saat ini sayangilah jantung anda sebelum terlambat. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, berita kematian pelakon legenda Bollywood Sridevi mengejutkan dunia. Manakan tidaknya, kematianya masih diselebungi misteri selepas beliau disahkan mati akibat lemas di dalam tab mandi biliknya hotelnya di Dubai sewaktu menghadiri perkahwinan anak saudaranya di sana.
Sridevi yang maut pada 24 Februari 2018 meninggalkan suaminya, Boney Kapoor dan dua anak perempuan yang sudah meningkat dewasa, iaitu Janhvi Kapoor dan adiknya Khushi Kapoor terus menjadi perhatian lensa media dek kejelitaan mereka yang dikatakan mewarisi paras jelita mendiang pelakon legenda tersebut.
Menjadi buruan paparazzi yang sentiasa mahu merakam gerak geri mereka, lebih-lebih lagi Janhvi yang wajahnya saling tak tumpah dengan ibu tercinta mereka yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan antara wanita paling cantik di dunia. Jadi tak hairanlah Janhvi mengikut jejak langkah ibunya menceburi bidang lakonan.
Mengikuti jejak langkah ibu dan bapanya, Janhvi yang kini berusia 26 tahun tampil menerusi debut pertama berjudul Dhadak bersama Ishaan Khattar pada Julai 2018. Namun kemunculan Jahnvi diragui dan dipersenda memandangkan dia adalah anak kepada pelakon legenda terkenal, seterusnya menyebabkan kehadiranya dalam bidang lakonan dikritik dan dipersoal, walaupun memperoleh Anugerah Zee Cine untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.
Namun tidak bersandarkan rupa paras menawan semata-mata, Janhvi sememangnya memiliki darah seni yang mengalir dan giat membuktikan dirinya layak berada dalam industri, apatah lagi Janhvi terlebih dahulu mendapatkan kemahiran lakonan di Institut Lee Strasberg Theatre & Film, Los Angeles. Dan selepas itu, Janhvi mula meraih perhatian penerbit dan pengarah filem Bollywood dan ditawarkan beberapa buah naskah habat; antaranya Gunjan Saxena, Dostana 2, dan Mili.
Menurut sumber, Janhvi Kapoor juga sememangnya seorang yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Melihat pada kondisi kulit wajahnya yang mulus dan bersih, dia sentiasa mahu wajahnya segar dan bernafas, serta mengekalkan kulit yang sihat iaitu dengan mengamalkan diet buah-buahan. Apa sahaja sisa (buah-buahan) yang dimakan ketika sarapan, akan ditukarkan menjadi masker wajah.
Selain kulit, Jahnvi juga sangat ‘particular’ dengan rambutnya. Bagi mengekalkan alunan rambut yang lebat dan bersinar, Jahnvi mengamalkan petua membuat minyak di rumah dengan bahan-bahan seperti bunga kering dan amla. Betullah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bukan!
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tengok rupa paras cantik dan kulit gebunya pasti ramai yang tidak menyangka gadis cantik ini seorang anggota pasukan keselamatan yang berani menggalas senjata. Siapa kata gadis cantik hanya pandai bermekap dan bersenang-lenang sahaja? Hikma Nursyafa berjaya membuktikan kecantikan yang dimiliki hari ini seiring dengan keberanian untuk bertempur lawan.
Meskipun perlu mengenakan uniform yang tebal dan lengkap dengan topi serta but setiap hari namun gadis ini tetap menjaga penampilan diri. Setiap kali keluar bertugas menjaga keamanan dan keselamatan penduduk, Hikma yang berasal dari Yogjakarta akan memastikan keadaan dirinya kemas dan cantik… walaupun berhijab dan berdepan situasi panas serta tidak menentu saban hari.
Tidak hairanlah nama Hikma Nursyafa menjadi viral dan bualan netizen di media sosial kebelakangan ini. Dia bukan hanya dikurniakan raut wajah menawan bahkan semangatnya menjaga ketenteraman dan kerjaya mencabar yang jarang diceburi kaum wanita ini mencetuskan ‘pemandangan’ luar biasa masyarakat.
Hikma Nursyafa yang kini berusia 25 tahun merupakan anggota polis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Khabarnya sudah lebih setahun gadis ini berkhidmat bersama PBB yang berpangkalan di Bangui, Afrika Selatan sejak Jun 2018.
Biarpun kebanyakan rakan seperjuangan terdiri daripada kaum lelaki namun ia bukan halangan buat Hikma. Sebaliknya gadis berkulit cerah ini tenang mengangkat senjata dan menjalani ujian ketahanan sama seperti anggota lain.
Mengintai media sosial Hikma, kecantikan gadis ini tidak ubah seperti pelakon sinetron popular. Selain meminati bidang lasak dan mencabar, Hikma juga memiliki naluri kewanitaan yang gemar akan kecantikan dan fesyen. Lebih menarik, dia turut mengenakan solekan nipis ketika bertugas demi memastikan penampilan diri sentiasa terjaga.
https://www.instagram.com/p/B0rNz6EHHSj/
Iyalah, takkan wanita yang bekerja di pejabat saja nak nampak cantik. Yang menjaga sempadan negara pun hendak sentiasa nampak bersedia. Lagipun penampilan diri sangat penting tidak kiralah walau di mana berada sekali pun. Sesetengah wanita akan rasa lebih yakin bila sudah bermekap. Mungkin beginilah cara Hikma untuk raih keyakinan diri dan kekal bersedia menjaga keamanan penduduk tempatan.
Apa-apa pun Nona bangga dengan Hikma kerana berjaya mengangkat martabat dan kredibiliti kaum wanita ke tahap lebih tinggi. Semoga kejayaan gadis ini menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk menjadi anggota pasukan keselamatan yang kental, berani dan dalam masa sama memiliki sifat-sifat terpuji yang boleh diteladani. Syabas buat Hikma!
Kredit foto: Instagram Hikma Nursya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecantikan Aida Aris tidak pernah pudar walau dia meniti usia 50 tahun. Pernah menjadi dambaan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki, personalilti ini tidak hanya berbakat dalam dunia lakonan. Sebaliknya turut mahir dalam bidang kulinari.
Masih menerima tawaran berlakon dan bergiat aktif sebagai anak seni, jelitawan ini turut memanfaatkan kelebihan yang ada dengan menceburi bidang perniagaan.
Jika dulu, dia pernah menjual aksesori pelengkap gaya wanita menerusi jenama Paku, kini bekas peragawati berkenaan merupakan peniaga makanan atau dessert.
Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak tahun 1994, pemilik nama Siti Rohaida Mat Aris menginjak usia 50an. Sudah pun membintangi pelbagai drama dan filem, nama Aida Aris cukup terkenal sekitar tahun 90an.
Kemunculan terkininya ialah dalam drama Projek High Council. Pasti ramai yang merindui lakonan figura ini.
Selain itu antara filem lakonan popularnya termasuklah Suratan Kasih, Debu-Debu Kasih, Senjakala dan Black Maria.
Sehingga ke hari ini, Aida ligat mengusahakan perniagaan makanan dikenali sebagai Gerboozz Donut by Aida Aris. Dia juga aktif menyertai pelbagai festival makanan demi mempromosikan jualan di samping beramah mesra dengan peminat.
Jun ini, dia akan menyertai Havoc Food Festival di Kuantan, Pahang. Antara menu popular yang dijual ialah Donut Sambal Ikan Bilis Rangup.
Kemunculan Aida Aris dalam industri seni bermula sekitar lewat 90an dan bakat lakonannya masih mendapat tempat dalam arena ini. Salah satu drama popular yang melonjakkan nama figura ini ialah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!