Kongsi aktres ini di media sosial miliknya, “Syukur alhamdulillah. Thank you Actors Awards, Film Free Way. Such an honor.
Ads
Thank you to the producers Enuja Production, my director Nevin Hiong, my favorite co-star Alif Satar, Chacha Maembong and the whole team. And to everyone worked super hard for this project. On my birthday month, I won an award.”
Ads
Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada Oktober lepas. Sepanjang lebih 16 tahun menceburi bidang lakonan, Tiz membintangi pelbagai filem dan drama popular.
Selain berbakat dalam seni lakonan, Tiq Zaqyah juga ada bakat terpendam melukis dan menyanyi. Kalau tengok media sosialnya, wanita berjiwa kreatif ini turut berkongsi karya-karya lukisan dan video nyanyiannya bersama peminat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belle Yahya bukan lagi nama asing dalam kalangan usahawan di Malaysia. Mula menceburi bidang perniagaan lebih sedekad yang lalu, jenama busana muslimah miliknya iaitu Bella Ammara masih kekal bertahan di pasaran. Bahkan ia pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu dan menakluki beberapa cawangan di seluruh negara.
Seiring pertambahan usia, kemewahan harta benda bukan lagi tumpuan utama Belle. Sebaliknya pemilik nama Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh ini lebih berminat mengejar akhirat dan mengumpul ‘saham’ untuk dijadikan bekalan ke sana kelak.
Buktinya, daripada free hair kemudian bertudung dan seterusnya bertudung labuh, kini Belle Yahya selesa dengan penampilan berpurdah. Tidak pernah menyangka dirinya akan berubah sedrastik ini namun Belle bersyukur diberi hidayah Allah selagi masih bernafas.
Dalam temu bual bersama stesen radio Zayan, isteri Carl Samsudin tersebut berkongsi fasa perubahan yang dialaminya ke arah untuk menjadi seorang muslimah sejati dan diredai Allah.
“Sebenarnya bagi Belle point dia adalah mencari. Masa Belle berniaga memang Belle pulun berniaga untuk jadi orang berjaya di dunia. Nak buat yang terbaik di dunia masa tu.
Pernah rasa bisnes ‘meletup’ tapi rasa macam ini je ke? Perasaan dia biasa je. Belle masih lagi mencari sampailah satu hari Belle dapat jemputan daripada kawan untuk pergi majlis ilmu. Rasa sangat seronok dan tenang. Duit berjuta-juta pun tak dapat that kind of feeling. Kelas ni percuma je tapi perasaan tu tak mampu dibayar.
Belle mula belajar agama dengan ustaz dan ustazah. Sampai satu tahap jatuh cinta dengan majlis ilmu. Dari situ Allah gerakkan hati untuk Belle berpurdah. Kita nak cari sesuatu perasaan yang tenang dan bahagia itu, susah nak dapat. Hanya dengan dekatkan diri dengan Allah saja, perasaan itu kita dapat.”
Akui Belle lagi, dia pernah berpandangan memakai purdah melambangkan tingginya ilmu agama seseorang dan hanya orang tertentu saja mampu memakainya.
“Dulu Belle ada pandangan yang berpurdah ini orang-orang alim. Saya pun tak sangka (berpurdah) dan sedar diri belum sempurna. Belle pun hamba Allah yang berdosa tapi nak ubah diri kita. Kalau kita buat betul-betul kerana Allah, kita takkan ambil kisah pandangan orang terhadap kita.
Belle tahu belum sempurna dari segi pakaian dan masih banyak dosa. Tapi Belle berdoa untuk jadi terbaik satu hari nanti yang Allah reda. Inilah jalan jihad Belle untuk berubah dari zaman remaja dulu tak bertudung. Istiqamah tak mudah tapi percaya Allah tunjukkan jalan untuk istiqamah.”
Kagum dengan semangat Belle Yahya untuk berubah menjadi insan lebih baik. Sebagai wanita yang pernah sukses pastinya dia sudah lalui pelbagai situasi dan puas dengan kemewahan dunia.
Terdahulu, Belle pernah mengusahakan pusat kecantikan Naarabelle Facespa, memiliki rangkaian Sugar Belle Cosmetics dan BA Beau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah beberapa tahun menyepi dari arena seni, kemunculan Linda Nanuwil dalam program hiburan popular Gegarvaganza 2020 memberi kejutan buat peminat. Sekaligus mengubati kerinduan mereka terhadap selebriti ini.
Populariti Linda dalam industri bukan hanya terletak pada wajah cantiknya semata-mata, bahkan penyanyi kelahiran Sabah ini juga punya bakat besar dan pakej lengkap serta mempunyai susuk tubuh ramping persis supermodel!
Ketika menjadi peserta Gegarvaganza, kejelitaan yang ada pada pemilik nama Norlinda Nanuwil ini dikatakan mirip selebriti dan aktres cantik, Nur Fazura Sharifuddin.
Malah setiap kali penampilan Linda muncul di kaca TV, peminat mengaku terdapat beberapa persamaan di antara wajah mereka berdua.
Pada Disember 2020, Linda dipilih sebagai Artis Tercantik 2020 berdasarkan undian pembaca Gempak yang mengenepikan pesaing terdekatnya, Siti Saleha dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Berterima kasih dengan peminat yang bertungkus-lumus mengundi dirinya, Linda bagaimana pun mengakui kecantikan itu sesuatu yang subjektif.
“Walaupun bagi Linda kecantikan seseorang bukan hanya pada rupa paras, tapi juga lahir dalam diri kita iaitu ketulusan, kebaikan, adab dan keikhlasan.
Dalamannya cantik, maka terpancarlah ‘nur’ pada wajahnya.”
21 Mac ini Linda menyambut ulang tahun kelahiran ke-39. Nama Linda mula meniti di bibir peminat muzik apabila bakat nyanyiannya disedari menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua.
Buktinya, Linda merangkul gelaran Naib Juara dan lagu-lagu dendangannya menjadi kegemaran peminat ketika itu
Linda sebelum ini melancarkan single berjudul ‘Ikhlaskan Hatimu’ dan terlibat dalam penggambaran telemovie Misteri Jam Vintage.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk mata memandang anak dara Norman Hakim dan Abby Abadi ni. Dengan penampilan sopan dan rupa paras yang cantik, tak hairanlah Marissa Dania selalu menjadi perhatian terutamanya di kalangan netizen. Ingat lagi waktu mula-mula Norman dan Abby kongsi gambar anak perempuan mereka ni di Instagram, terus jadi viral sampaikan ada yang meluahkan hasrat mahu melamar Marissa. Aishh, masih bersekolah lagi tu dan baru berusia 13 tahun!
Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim (15 tahun) dan Maria Danisha (10 tahun).
Perkahwinan kedua Norman dan Memey Suhaiza pula, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Darwisz Hakim dan Muhammad Dikhriz Hakim. Lebih istimewa, mereka sekeluarga bakal menerima kehadiran orang baru memandangkan Memey kini sarat hamil anak ketiga.
Berbeza daripada Aidilfitri tahun lalu, Marissa dan Maria terpaksa menyambut lebaran kali ini tanpa abang sulung mereka yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang hafazan di Turki. Dan meskipun Norman dan Abby bukan lagi suami isteri namun mereka tetap berhubungan baik dan bergilir membawa anak mereka beraya bersama. Itu memang patut dicontohi!
Hari Raya pertama, Marissa dan Maria meraikan Syawal di samping bapa sebelum pulang ke kampung halaman bersama ibu mereka di Kelantan.
Disebabkan kisahnya pernah menjadi viral dan ramai yang mengagumi kecantikan yang dimiliki anak gadis Norman dan Abby ini, Marissa turut ditahan peminat yang ingin bergambar bersamanya ketika beraya di sana. Situasi itu dikongsikan sendiri Abby di laman Instagram.
“Marissa Dania macam artis dah.. ramai datang nak ambil gambar. Semoga dikenali kerana perkara yang baik-baik ye anak. Aminnn.”
Amboi, kecil-kecil lagi dah kena tempias dunia glamor.
Sememangnya kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.
Kini, Marissa merupakan penuntut sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan. Moga terus istiqamah menjalani hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!
Sumber: Instagram Abby Abadi & Norman Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.