
Berseri-seri wajah pelakon Eyka Farhana di hari pernikahannya baru-baru ini. Selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid pada 2 Mei lalu, kecantikan selebriti ini menjadi bualan hangat warga maya yang terpesona dengan auranya di hari bahagia Eyka dan Akhyar.
Ternyata sentuhan magis daripada jurusolek popular, Khir Khalid menyerlahkan keanggunan dramatis ini. Apatah lagi Eyka Farhana dikurniakan raut wajah menawan dan cantik semula jadi.
Eyka Farhana Sah Jadi Isteri Akhyar Rashid
Meraikan hari bersejarah Eyka sebagai isteri, Khir yang bertindak menata rias wajah isteri Akhyar ini memilih solekan segar bagi pengantin perempuan berkenaan. Pengalaman dan teknik solekan yang dimiliki makeup artist tersebut juga berjaya menaikkan seri pengantin Eyka. Bahkan rata-rata rakan artis turut memuji solekan Khir.
Mengimbas kembali momen akad nikah, Eyka dan Akhyar disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis pernikahan indah yang berlangsung di Boathouse by The Lake Ampang.
Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada jam 10.12 pagi. Pada majlis itu, Eyka menerima mas kahwin RM3,200 simbolik tarikh lahirnya pada 3 Februari.
Pengantin perempuan turut menggayakan perhiasan mewah jenama Chopard.
Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Wan Sarmizi anggun dalam persalinan kurung moden rona putih gading rekaan pereka fesyen ternama, Teh Firdaus.
Sementara pemain bola sepak Terengganu FC (TFC) berkenaan tampil segak berbaju Melayu rona sedondon.
Eyka Farhana & Akhyar Rashid Bercinta 5 Tahun
Beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Alicia Amin dan Azira Shafinaz turut hadir dan menjadi bridesmaid Eyka!
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2024 selepas dikhabarkan menjalin hubungan cinta selama lima tahun.
Sepanjang pembabitan Eyka sebagai anak seni, dia pernah membintangi drama Juvana, Budak Tebing, Dukun Diva dan Melur Untuk Firdaus.
Meskipun ramai kehadiran pendatang baru dalam industri namun nama Eyka Farhana tetap menjadi buruan syarikat produksi hingga kini.
View this post on Instagram
Eyka Farhana menginjak usia 30 tahun pada 3 Februari lalu. Sementara Akhyar Rashid pula berusia 26 tahun pada 1 Mei lepas.
Semoga rumah tangga yang dibina pasangan ini kekal bahagia sampai syurga.