Inilah untungnya bila hidup dalam masyarakat majmuk. Yang berbangsa Cina boleh menyambut Deepavali, India raikan Aidilfitri dan Melayu pula boleh turut sama memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina sama seperti kaum etnik lain yang ada di Malaysia. Walaupun berbeza bangsa dan agama, tidak menjadi kesalahan untuk kita saling menghormati dan belajar adat serta budaya masyarakat lain. Macam yang dilakukan bekas ratu cantik, Kavita Kaur Sidhu baru-baru ini.
Sempena kedatangan Syawal yang lalu, pelakon dan penerbit TV ini ada berkongsi foto sambutan Hari Raya di Seremban. Khabarnya, ia merupakan kampung halaman keluarga angkat beliau yang tinggal di sana.
Ads
“Back in KL after a lovely Raya di Kampung. So lucky that I get to experience this every year. Thank you to my Seremban fam. Always love you! Thank you all for appreciating my Raya posts. I see all of you too and I think EVERYONE looks beautiful.”
Ads
Meraikan kemeriahan Syawal bersama suami tercinta, Roberto Guiati … penampilan sopan Kavita yang anggun berbusana tradisi mendapat pujian ramai. Namun, yang paling mencuri tumpuan bila wanita bertubuh langsing ini berkongsi fotonya menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Siap pakai kerudung kepala.
Ads
“I love coming here every Raya with my adopted family. Paying respect to dearly departed. Always remembered. A serene beautiful makam on a hill in Seremban.”
Istimewanya, baju kurung yang digayakan Kavita adalah rekaannya sendiri dan merupakan koleksi label pakaian miliknya yang dijual di butik KVITA di Bangsar, Kuala Lumpur. Memang unik dan nampak sangat selesa dipakai.
Sumber: Instagram Kavita Sidhu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Deritanya tengok kanak-kanak yang diserang makhluk kecil sengkenit ini. Setiap kali cubaan untuk tanggalkan sengkenit, anak kecil akan meraung kesakitan malah terpaksa menahan rasa gatal yang teramat sangat. Jangan sesekali mengabaikan penangan sengkenit sebab ia mampu membiak sejumlah telur hingga mampu bermaharajalela pada anggota badan tertentu dalam tempoh yang lama.
Mujur, perkongsian Dr Abdul Rahim menerusi entri terbarunya di Facebook tentang sengkenit membuka ruang kepada para ibu bapa mengatasi masalah ini. Terangnya, sengkenit atau ada yang menggelarnya kutu babi, tempiras, pirah atau tick ini bersifat seperti drakula. Ia adalah ektoparasit atau parasit luaran yang hidup dengan menghisap darah manusia termasuk mamalia seperti burung, reptilia dan amfibia untuk pembiakan.
Caranya, ia akan sedut darah dengan menggunakan sengatnya yang tajam ke depan dan ada 8 kaki. Habitat sengkenit adalah di lalang dan daun-daun di belukar. Bila ‘rumah’ sasaran menghampiri, ia akan melekat lalu merayap mencari kulit. Menurut Dr Abdul Rahim, kebiasaannya sengkenit suka menghisap darah manusia di sekitar permukaan kulit yang lembut.
Antaranya di :
Bila ia hisap darah saiz perutnya akan membesar 30 kali ganda saiz asli. Sengkenit juga suka hinggap dekat kanak-kanak yang gemar bermain dalam semak-samun atau semasa perkhemahan di belukar dan hutan. Bukan itu saja, kanak-kanak yang suka menggomol dan peluk haiwan peliharaan mereka seperti kucing, anjing, ayam, burung dan sebagainya yang telah diserang sengkenit berisiko besar dijangkitinya.
RAWATAN
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti makanan, begitu jugalah pentingnya mencari keberkatan melalui pelitup muka yang diyakini suci dan bersih pembuatannya. Apatah lagi sejak pemakaiannya diwajibkan setiap hari, masyarakat harus lebih bijak memilih yang berpatutan tapi berkualiti untuk menangkis jangkitan virus COVID-19.
Sepagi di Kumpulan Media Karangkraf bersama Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub, Nona didedahkan tentang realiti pelitup-pelitup muka di pasaran negara.
“Kebanyakan pelitup separuh muka yang dijual murah, sama ada secara online atau di kedai-kedai runcit, berkemungkinan tidak menepati ciri medical grade yang sebenar.
Atau boleh jadi, ia tidak dibuat dalam suasana clean room. Cuba bayangkan pekerja di sana mungkin membuat pelitup muka kita tanpa sarung tangan, dengan tangan tidak dibasuh atau dihasilkan di belakang-belakang premis yang meragukan.
Akhirnya mask yang ‘diharapkan’ mencegah kuman dan bakteria, jadi sebaliknya pula. Sudahlah kualiti materialnya rendah, disusun pula pakai tangan (tanpa sarung tangan). Awal-awal lagi dah tercemar sebelum sampai ke pengguna,” katanya dalam nada kesal.
LANCAR PELITUP MUKA KARANGKRAF
Tambah Dato’ Hussamuddin lagi, pembuatan pelitup muka yang baik merupakan permulaan usaha beliau dalam mencegah penularan COVID-19. “Saya terpanggil untuk menghasilkan produk pelitup muka Karangkraf melalui jenama Karangkraf Medicare bagi mengisi pasaran pelitup muka yang suci dan benar-benar bersih di negara ini.”
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred MEDICAL.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus.
Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
PENGILANGAN SUCI & BERSIH
Bagi membuktikan kebersihan produk yang baru dilancarkan ini, Nona telah dibawa melawat ke kilang pembuatan pelitup muka Karangkraf Medicare di Shah Alam. Dari pintu masuk lagi, proses kebersihan dikawal ketat dan setiap petugas perlu disanitasi dari hujung rambut ke hujung kaki.
Mereka kemudiannya perlu memakai sut PPE yang dikhaskan sebelum ke stesen tugas masing-masing. Inilah yang menjamin kebersihan produk yang dihasilkan.
Material 3 ply yang digunakan juga adalah yang terbaik dan diyakini di pasaran iaitu PP Non Woven (dari China) dan Melt-Blown (dari Jepun). Ia mempunyai keupayaan menapis bakteria sehingga melebihi 98% dan zarah-zarah virus sehingga 95%.
Pelitup muka Karangkraf Medicare kini sedang bekerjasama dengan SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
Set KARANGKRAF PLUS:
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di www.karangkrafmall.com (klik sini) atau boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelmarin, bertempat di kediamannya yang terletak di Sri Kembangan, chef legenda negara Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail telah mengadakan sambutan hari haji istimewa buat bonda tersayang, iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang ke 90 tahun.
NONA secara eksklusifnya dijemput meraikan acara ini di mana kelihatan ramai saudara mara terdekat serta rakan-rakan dan jiran keluarga hadir meraikan sambutan majlis hari jadi khas untuk Cik Ani. Turut hadir 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, VIP dan rakan-rakan. Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Cik Puan Besar Hajjah Kalsom binti Abdullah.
Sambutan hari jadi ini juga cukup meriah yang dipenuhi dengan sesi nyanyian, tarian dari penari jemputan dan semestinya juadah dan makanan yang disediakan khas restoran Chef Wan, De’ Wan.
Menceritakan secara eksklusif kepada NONA, sambutan hari jadi buat Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatan Cik Ani yang semakin merosot. “Di usia 90 tahun, tak ramai yang hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang anak beranak.
Emak pula menderita penyakit dementia, Alzheimer dan kanser payu dara. Selain itu terdapat dua lymph nodes di lehernya yang semakin membesar dan merebak. Dan doktor pula menyatakan tidak banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan keadaan emak. Jadi doktor sarankan untuk kami anjurkan sesuatu untuknya bagi meraikan momen-momen akhir hayat emak dengan keseronokan dan kegembiraan, kerana ini mungkin sambutan hari jadi terakhir untuk emak”, jelas Chef Wan kenapa NONA.
Sewaktu majlis, Chef Wan juga dilihat sebak mengenangkan pengorbanan Cik Ani yang banyak berkorban jiwa dan raga membesarkan Chef Wan dan adik-beradik tanpa mengira penat dan lelah. Chef Wan juga turut berkongsi bagaimana dia dan adik beradik melalui saat-saat menjaga kebajikan dan kesihatan bondanya.
“Its not easy, memandangkan I love my mom so much! Tapi saya percaya ramai lagi berhadapan dengan keadaan lebih susah berbanding apa yang Wan lalui. Saya ada kemampuan tapi bayangkan mereka yang tiada bantuan. Jadi bila ada peluang untuk anda semua yang masih ada ibu, masih ada bapa ambil peluang yang diberikan Allah ini untuk menjaga mereka, walaupun bukan senang”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan Chef Wan yang dilihat sentiasa membahagiakan ibunya dalam apa jua cara malah ramai juga turut mendoakan kesejahteraan Cik Ani.
Jom saksikan temubual eksklusif kami bersama Chef Wan serta kemeriahan majlis sambutan hari jadi bonda Chef Wan tersayang, Cik Ani. NONA doakan semoga hayat Cik Ani dipanjangkan, rezeki dimurahkan dan dipermudahkan segala urusan.
Majalah Nona pun ada di Telegram tau.Dah follow Telegram Majalah Nona? 👇
Follow kami sekarang di link berikut: https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Filem Khadam tampil dengan kisah seram penuh emosi mengenai seorang ibu yang terpaksa berdepan warisan saka keluarga. Ketahui jalan cerita, barisan pelakon dan keunikan naskhah ini.