Selebriti tinggi lampai ini sering tampil penuh pesona dan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ke mana sahaja kaki melangkah kelibatnya pasti mencuri tumpuan dengan penampilan yang serba cantik dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Sebab itu Rozita Che Wan dianugerahkan NONA FASHIONISTA AWARD di Nona Superwoman Award 2018.
Foto: Instagram @habibjewelsofficialFoto: Instagram @rozitachewan1, kredit @blackpepperproduction
Walaupun usianya kini sudah mencecah 47 tahun namun Rozita Che Wan masih berjaya kekalkan tubuh badan yang langsing. Tentu ramai yang mengatakan sukar untuk menjadi pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan.
Menurut ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini, sebenarnya tidak sukar untuk menjadi dirinya kerana sudah terbiasa sejak dahulu lagi suka berdandan dan gemar penampilan cantik lain daripada yang lain. “Tentu ramai yang berfikir rasa terbeban dengan fesyen yang digayakan. Sebenarnya cabaran untuk menjadi seperti Rozita Che Wan bukan sukar mana.
Mungkin orang lain akan berfikir penatnya apabila sepanjang masa kena penampilan cantik, kena bergaya sepanjang masa. Saya sudah terbiasa sebegitu, jadi mungkin orang akan anggap sukar tetapi bagi saya keluar dengan penampilan yang cantik sudah menjadi rutin kehidupan. Kehidupan saya umpama tidak lengkap andai tidak keluar dengan penampilan sempurna. Kunci utama dalam berfesyen perlu menjaga badan.
Saya gayakan baju mengikut kesesuaian bentuk badan. Umur bukan menjadi suatu batasan untuk bergaya tetapi kena sesuai dengan majlis yang dihadiri. Cuma sebagai wanita, kita perlu tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan tubuh sendiri. Cuma kalau tak jaga badan tiba-tiba nak berfesyen sakan memang tak sesuai,” tutur Rozita memulakan bicaranya sambil tersenyum.
Mencungkil rahsia kejayaan wanita yang peramah ini, bicaranya, “Saya seorang yang menepati masa. Sebenarnya apabila kita menepati masa kita boleh merancang pelbagai perkara dalam hidup. Apabila kita merancang dan ikut apa yang direncanakan, pasti apa yang kita impian akan menjadi kenyataan.
Tidak kisah tentang apa sahaja saya sangat menepati masa seperti berjanji dengan orang, mematuhi jadual penggambaran atau apa sahaja yang melibatkan masa. Kekuatan saya adalah apabila saya sangat menjaga masa saya. Wanita sukses kena ada impian dan cita-cita.
Apabila kita tahu apa yang kita impikan dan berusaha untuk mencapai impian tersebut. Namun jika mempunyai impian tetapi tidak berusaha untuk mencapainya, tidak berguna juga,” terang isteri kepada pelakon Oh My English, Zain Saidin ini.
Berniaga ikut peredaran zaman, bukan untuk buat duit semata-mata. Carilah pengalaman dan faham susah senang dalam mencari rezeki. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Itu kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh usahawan ternama Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor. Beliau bukan sahaja bergelar ikon usahawan sukses di Malaysia bahkan aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Pun begitu, beliau yang mesra disapa sebagai Dato’ Shareen Almashoor tidak mengharapkan publisiti atas segala perkara yang dilakukan. Bagi beliau biarlah kejayaan itu sendiri yang ‘menghebahkan’ siapa dirinya. Itu lebih bermakna dalam usahanya membantu mereka khususnya wanita yang ingin berjaya dalam perniagaan.
Pandemik COVID-19 bukan sahaja telah mengganggu gugat kehidupan kita di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ramai yang terkesan dengan situasi ini antaranya diberhentikan kerja, perniagaan terpaksa ditutup dan sebagainya.
Bukan sahaja di kalangan mereka yang makan gaji malah yang menjalankan perniagaan pun sama sahaja keadaannya. Cuma bagaimana kita hendak meletakkan diri kita di mana. Sama ada di tempat orang yang sangat sedih, menyalahkan keadaan, atau kita menjadikan keadaan ini sebagai satu peluang terbaik dalam kehidupan.
Dato’ Shareen Almashoor menasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana terutama yang diberhentikan kerja akibat COVID-19 agar tidak terus meratapi kesukaran hidup yang dihadapi. Sebaliknya fikirkan peluang-peluang yang ada di hadapan.
“Saya sendiri merasakan pandemik COVID-19 adalah waktu yang paling best dalam perniagaan saya kerana orang lain tidak tahu hendak buat apa. Jadi, apabila kita dapat melihat peluang daripada situasi tersebut itulah titik tolak permulaan kepada kejayaan yang terlalu hebat untuk kita.
Anda ada pilihan. Kalau hendak berniaga tidak semestinya perlu mengeluarkan produk. Apa yang anda boleh buat untuk berniaga antaranya menyediakan servis kepada perniagaan-perniagaan yang sedang berkembang maju.
Contohnya perniagaan topeng muka (mask) dan sarung tangan. Kita boleh tawarkan servis untuk perniagaan ini contohnya menyediakan kotak, paper bag, penghantaran dan sebagainya. Jangan hanya terikat dengan satu perkara sahaja. Kita mesti fikir out of the box.
KALAU TIDAK MINAT BERNIAGA, BAGAIMANA PULA?
Kepada anda yang tidak minat berniaga pula jangan bimbang. Anda boleh cari industri-industri yang sedang berkembang pesat dengan menawarkan kelebihan atau pengalaman yang anda ada. Kemahiran yang anda boleh sumbangkan untuk industri tersebut.
Hakikatnya tidak ada satu keadaan pun yang boleh membuatkan kita patah semangat kecuali kita sendiri yang memilih untuk menghadapi keadaan itu. Bagi memastikan kita selalu ke hadapan, katakan ‘Yakin boleh’ kepada diri sendiri dan lihat masalah sebagai peluang terbaik.”
Kredit Foto: Instagram @datoshareenalmashoor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh melihat tubuh-tubuh kecil ini bersengkang mata menyempurnakan kelengkapan buat para petugas barisan hadapan. Tercetusnya Projek Pelangi ini merupakan idea serta inisiatif sendiri oleh anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) sambil dibantu oleh tenaga pengajar RPWP. Murninya usaha anak-anak syurga ini.
Sesugguhnya, pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada para doktor, jururawat, pembantu perubatan dan lain-lain sepanjang penularan wabak COVID-19 cukup menyentuh jiwa rakyat Malaysia.
Semua pesakit dibantu tanpa mengira penat dan lelah. Mereka berjuang siang dan malam demi memastikan para pesakit sembuh seperti mana misi utama mereka iaitu berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit. Sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Seiring dengan bertambahnya kes positif COVID-19 setiap hari, semakin berat beban tugasan mereka. Namun berpaksikan kepada tanggungjawab serta amanah yang diberikan mereka terus berjuang demi menghapuskan virus ini.
Dalam pada itu kekangan terbesar selain berhadapan dengan peningkatan kes setiap hari ialah kekurangan bekalan material untuk menjahit PPE (Personal Protective Equipment). Malah ada yang kehabisan stok! Pun begitu, kini ramai yang telah menunjukkan keprihatinan dengan menghulurkan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Ini satu perkembangan yang positif!
INISIATIF
Mereka juga telah dilatih untuk membantu insan lain dan dalam masa yang sama tidak merasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Pendedahan ini juga bagi membuktikan bahawa ramai lagi yang lebih susah dan memerlukan bantuan. Secara tak langsung mereka menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri.
Permulaan Projek Pelangi adalah ketika negara dilanda musibah banjir besar di Kelantan sekitar tahun 2015 sampailah sekarang. Terdapat kira-kira 20 orang Co-Founder yang turut sama membantu Warga Prihatin ini.
Projek Pelangi juga ihsan daripada pengasasnya, Dr Hj Masjuki Hj Mohd Musuri bersama anak-anak yatim untuk membantu petugas barisan hadapan (frontliners). Untuk projek ini mereka telah membeli sebanyak 52,000 meter material PPE untuk dijahit. Anak-anak yatim dan asnaf tekun menjana tenaga menghasilkan face shield untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Tersentuh hati melihat kesungguhan dan ketekunan anak-anak ini membantu frontliners dengan niat untuk membantu Malaysia memerangi wabak COVID-19 bersama-sama. Walaupun tidak berada di barisan hadapan, sekurang-kurangnya mereka memberi bantuan dari segi sokongan material yang diperlukan.
‘Menyedari akan hakikat ini, kami di RPWP bersama anak-anak melalui Projek Pelangi telah memulakan projek “Bantuan PPE COVID-19”, kerjasama bermula dengan Klinik As Salam Bangi, kami sedang menyiapkan “Face Visor” untuk kegunaan para frontliners. Insya Allah, kami juga sedang usahakan bantuan PPE untuk peralatan keselamatan yang lain juga.
Seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, ayuh sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka dengan menyumbang semampunya. Biarlah kami bersengkang mata untuk mereka kerana mereka sanggup mati untuk kita.
Projek ini BUKAN untuk mengisi masa lapang di kala PKP ini semata. Tapi sebagai ruang bagi kami untuk mendidik diri sendiri dan anak-anak erti sebenar “ikhlas” dan “kholas” yang bermaksud “habis” dan “selesai”. Oleh itu, setiap yang dibuat haruslah SEHABIS BAIK hingga SELESAI!
Biarpun kos penghasilannya lebih tinggi daripada DIY biasa, kami menekankan kualiti PPE yang dihasilkan Projek Pelangi. Ini bagi menepati piawaian yang diperlukan oleh frontliners COVID-19.’
OBJEKTIF
Projek ini menyediakan platform kepada masyarakat untuk menyalurkan bantuan modal kepada anggota KKM. Selain itu, menyediakan dan mengedar bantuan PPE kepada anggota KKM di seluruh negara.
Seterusnya ialah menjadikan proses penyediaan dan tadbir urus sebagai satu sarana pendidikan kepada anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin marilah kita sama-sama membantu dengan memberi sumbangan terhadap Projek Pelangi ini untuk menyalurkan bantuan PPE buat petugas-petugas keselamatan bagi menentang wabak virus COVID-19.
Anda juga dialu-alukan untuk turut serta di dalam projek ini atau seumpamanya sekaligus dapat membantu RPWP menjayakan projek mulia ini. Sememangnya mereka masih memerlukan sumbangan dari segi kewangan bagi menjana pembelian material dan peralatan untuk menghasilkan PPE. Semoga kerjasama serta niat kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Layari https://projekpelangi.com/kempen/bantuan-ppe-covid-19/ bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menyalurkan sumbangan anda kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin. Terkini, sasaran sumbangan yang diperlukan ialah sebanyak RM1,000,000.00 Sama-samalah kita membantu seterusnya mengekang wabak COVID-19 ini daripada terus menular.
Stay at home, patuhilah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita jaga kita!
Kredit: Rumah Pengasih Warga Prihatin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Min Luna sememangnya tidak asing lagi dalam industri fesyen tanah air.
Berusia 39 tahun, kakak kepada aktres Nadiya Nisaa ini antara fashion stylist yang berjaya membina nama di usia muda.
Bukan calang-calang nama yang pernah menerima ‘sentuhan’ hebat Min Luna dalam penataan gaya antaranya Nurul Izzah Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani, Neelofa, Scha Alyahya dan Ella.
Terdahulu, Min Luna pernah berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal iaitu FashionValet untuk Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018).
Sebelum ini, Min Luna dikenali dengan imej ranggi sepadan dengan statusnya sebagai fashion stylist popular.
Baru-baru ini ketika ditemui di sebuah pertunjukan fesyen koleksi raya jenama popular, Min Luna tampil manis dengan bertudung. Kurung moden berfabrik emboidery lace rona putih menyerlahkan gaya elegan Min Luna. Ringkas namun tetap vogue!
“Sebenarnya saya dah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada Februari lepas. Semasa pulang ke tanah air, saya rasa terlampau sayang untuk buka (tudung).
“Di sana kan kita pakai jadi bila balik tu rasa macam pelik (tak pakai tudung). Dan saya pakai.
“Saya pakai disebabkan pengalaman-pengalaman menakjubkan dekat sana. Inilah perkara paling sukar untuk saya lakukan untuk diri sendiri demi Allah SWT. Diharapkan saya kekal istiqamah.”
Tak dinafikan, dalam proses untuk berubah ke arah kebaikan pasti ada dugaannya. Min Luna tak terkecuali. Namun dia bersyukur kerana keluarganya menerima perubahan itu dengan baik.
“Apa yang membuatkan saya sangat terkejut ialah ada segelintir orang-orang dalam industri yang beranggapan saya tidak akan selamanya pakai tudung.
“Ada juga seolah-olah yang mengharapkan penampilan saya ini bukan selamanya.
“Tapi tak mengapa, saya faham dan memang sudah menjangkakan reaksi-reaksi seperti itu.
“Diharapkan saya dapat memberikan inspirasi yang baik-baik buat semua. Apa pun, saya tetap Min Luna.”
Semoga Min Luna terus kuat dan kekal istiqamah.
Sumber: Instagram Min Luna
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bercerita mengenai majlis persandingan anak pengasas Bawal Exclusive, segalanya indah dan memukau! Dari segi dekorasi, dewan majlis, pelamin dan busana pengantin hinggalah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu semuanya dirancang penuh ketelitian.