Sejuk mata memandang melihat penampilan terkini isteri kepada pelawak dan penyanyi terkenal, Mark Adam. Norazah Redzuan atau Ezan mula bertudung sebaik mereka pulang menunaikan ibadah umrah kira-kira dua tahun lalu.
“Alhamdulillah sampai ke saat ini saya masih kekal bertudung. Sewaktu mengambil keputusan untuk bertudung ianya atas kerelaan hati saya sendiri. Tak dipengaruhi, disuruh atau dipaksa oleh sesiapa mahupun suami. Pintu hati saya terbuka untuk bertudung selepas balik umrah.
Penerimaan Mark sendiri sangat baik malah bangga dengan saya, begitu juga dengan keluarga. Paling teruja dan gembira ialah sahabat kami, Siti Sarah dan Shuib. Setiap 3-4 jam mereka akan buat video call semata-mata nak tengok saya masih bertudung atau tidak. Macam nak buat spot check pula. Memang kelakar sangat!
TERIMA HIDAYAH
“Kisahnya bermula apabila sebaik tiba di Malaysia kami singgah ke rumah Shuib untuk mengambil kereta yang kami tumpang parking di situ. Sepanjang perjalanan ke rumah, saya tiba-tiba menangis teresak-esak. Perasaan sedih saya ketika itu seolah-olah seperti ditinggalkan atau ada kematian. Tapi saya tak tahu bagaimana nak luahkan apa yang saya rasa ketika itu.
Ads
Sampai Mark pun jadi risau dan tanya kenapa. Sampailah keesokan harinya saya langsung tak boleh tidur. Saya termenung, tak mahu keluar rumah termasuk ke pejabat. Saya nak duduk rumah saja. Saya tengok TV, tonton video tentang Mekah dan umrah. Setiap kali tengok, saya akan menangis. Dua hari saya begitu.
Masuk hari ketiga saya beritahu Mark yang saya dah tak boleh lagi macam ini. Saya bertanya kepada ustaz dan mereka ketawa saja. Ustaz kata bukan semua orang akan rasa apa yang saya rasa. Saya masih tak faham dan terus bertanya. Kata ustaz..itulah hidayah yang saya dapat. Lantas dalam hati terdetik, layakkah aku? Bermula saat itu saya nekad. Kalau hendak keluar rumah saya mesti bertudung.”
KEKUATAN
“Sejak bertudung saya rasa lagi selesa. Saya juga sangat berterima kasih kepada Siti Sarah dan Shuib yang banyak mendidik saya dan Mark. Bukan sekadar bersahabat, kami dah macam keluarga. Susah senang saya dan Mark mereka juga tahu. Saya bersyukur sangat dikelilingi dengan orang-orang yang baik seperti mereka.
Ads
Selain diri sendiri, kekuatan untuk terus bertudung semestinya suami yang sentiasa positif dan memberi semangat buat saya. Mark kata, cantik you berhijab…walaupun for the first time tu saya rasa kekok sangat. Rasanya dalam 10 kali juga saya asyik betulkan tudung. Ada juga rakan-rakan yang terkejut dengan perubahan. Saya gembira sebab kebanyakan mereka memberi kata-kata positif.”
“Agar terus istiqomah saya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebelum ini saya jarang nak ke majlis-majlis berunsurkan agama. Sering sibuk uruskan kerjaya Mark dan sebagainya. Lepas balik umrah kami menghadiri satu majlis maulid di rumah kawan Shuib. Alhamdulillah saya rasa tenang, Mark sendiri pun suka mengkaji tentang Islam.
Ads
Sekarang ini saya dan Mark sedang mencari ustaz dan ustazah untuk mengajar kami mengaji. Niat tu dah lama sebenarnya tapi memandangkan masa Mark tak menentu hal ini tertangguh. Tapi hasrat untuk belajar mengaji tu tak pernah padam. Mark sendiri nekad nak belajar.
Yang banyak membantu dan mendidik Mark tentang Islam ialah Shuib. Mark juga banyak bertanya kepadanya. Saya bersyukur kerana Mark gemar bertanya kepada yang lebih arif tentang Islam. Saya sendiri pun masih belajar. Shuiblah yang banyak mengajar kami tentang Islam.”
PERUBAHAN
“Dari segi penampilan, saya masih seperti dulu. Cuma dari segi berpakaian pula, semua baju lama saya dah berikan kepada anak-anak buah dan kakak ipar di Filipina. Bukanlah perubahan yang terlalu drastik sebab saya berubah secara perlahan-lahan dan konsisten. Apa yang penting menutup aurat yang wajib. Saya masih berkawan dengan sesiapa saja. Dari segi perbuatan dan percakapan turut dijaga. Doakan yang terbaik buat saya.”
Kredit Foto: Instagram Ezan Marzan Echivarre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi Najwa Latif nekad berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara waktu untuk fokus kepada pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dan nekad ambil masa berehat buat masa sekarang.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja,” jelas Najwa yang baru-baru ini mendirikan rumahtangga pada 11 November tahn lepas.
Najwa yang berkongsi di IG storynya mengesahkan dirinya pernah dua kali menjadi penyarah, lima tahun di Unitar dan lima tahun di Unisel. Ditanya tentang perkembangan Phd nya, Najwa mengakui ‘masih jauh lagi’.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya menerusi sumber Harian Metro.
Malah, penyanyi Kosong turut berhajat untuk terus mencari peluang dalam kerjaya pensyarah selain aktif dengan kerjaya muziknya.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Terdahulu, Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) dan bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Ketika ini, dia masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wajah manis Nurshazwani Shamsuddin, atau Cik Manggis sentiasa menyenangkan mata yang memandang.
Sesuai dengan gelaran ‘Ratu Transition’, penyanyi dan pelakon yang mengumpul lebih 800K pengikut ini kerap berkongsi pelbagai video kreatif melalui aplikasi Instagram serta TikTok miliknya.
Namun di sebalik wajah riang dan bibirnya yang tak lekang-lekang dengan senyuman, anggota kumpulan De Fam itu sebenarnya jarang mengungkap isi hatinya kepada peminat. Tambah-tambah pula isu zuriat hasil perkongsian hidupnya dengan suami tercinta.
Tak Semua Perkara Kita ‘Plan’ Menjadi – Cik Manggis
Perkahwinan yang dibina dengan Syazmin Firdaus Aminuddin pada Oktober 2014, sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata. Satu dekad melayari bahtera cinta bersama, Cik Manggis yang kini berusia 35 tahun mengambil pendekatan redha dengan takdir mereka berdua.
“Tak semua perkara yang kita plan, menjadi. Tapi tak bermakna tak jadi hari ni, tak jadi selamanya. Dan yang ‘menjadi’ hari ni juga tak bermakna ia menjadi selamanya.
“Rezeki Allah punya. Allah boleh beri dan tarik bila-bila masa. Tiada sebab untuk kita mendabik dada, kerana kita hanyalah seorang hamba yang tidak punya apa-apa.” ujar Cik Manggis
Tak Perlu ‘Tuding Jari’, Apatah Lagi Menyalahkan Sesiapa
Memetik luahan Cik Manggis kepada Gempak, jelasnya dia tidak ingin menyalahkan sesiapa termasuk pasangan dalam soal tersebut. Suka sangat dengan sikap positif Cik Manggis dan kematangan wanita ini kala diajukan soalan ‘sensitif’.
“Tiada zuriat salah siapa? Bukan salah siapa-siapa. Jangan tuding jari pada pasangan sebaliknya tawakal dan usaha sama-sama.
“Jika masih belum dikurniakan rezeki anak, tetap syukur. Allah nak bagi kita dating lama-lama lagi la tu. Tu pun rezeki tu! Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat,” ujar ahli kumpulan De Fam itu.
Nona mendoakan agar suatu hari nanti, Cik Manggis dikurniakan rezeki bergelar ibu dan semoga kehadiran malaikat kecil berkenaan membawa kebahagian dan menyerikan lagi mahligai cinta sedekad yang di bina oleh Cik Manggis dan suami.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Mudahnya seorang wanita nak kumpulkan pahala. Sebab itu Ustazah Asma’ Harun menegaskan, gudang pahala adalah di rumah sendiri.
Istimewa sungguh para wanita. Senang nak masuk syurga tapi ada syarat-syaratnya:
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.