Tahniah Erin Malek dan suami atas kelahiran cahaya mata terbaharu mereka baru-baru ini. Pastinya kehadiran anak ketiga berkenaan menambah seri rumah tangga pasangan romantis tersebut. Difahamkan Erin selamat melahirkan bayi lelaki comel pada tanggal 11 November lepas.
Berkongsi momen istimewa menyambut kelahiran bayi tersebut, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek memuat naik gambar memaparkan wajah sisi anak ketiga.
Bagaimana pun dia dan suami belum bersedia mendedahkan wajah penuh buah hati terbaharu itu kepada umum.
Dalam pada itu, Erin turut menzahirkan rasa syukur dengan anugerah rezeki terindah ini.
“11/11/2024. Syukur alhamdulillah, our boy is here. Mohamed Fahad bin Mohamed Farriz, born on November 11th.”
Ads
Pada 15 Julai lepas, Erin Malek menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 dan ketika itu jelas kelihatan baby bump bintang filem Tentang Bulan berkenaan.
Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy yang merupakan pelumba kereta dan anak usahawan empayar MOFAZ pada 10 Oktober 2014. Memilih berkahwin pada usia muda, pasangan ini bagaimanapun berjaya membuktikan kematangan diri dalam melayari alam perkahwinan.
Maya Karin memang ada gaya dan tarikan tersendiri. Sesiapa saja yang pernah bertentang mata dengan figura ini pasti terpikat dek kecantikan semula jadi Maya. Sering tampil tanpa secalit solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri.
Bakal menginjak usia 46 tahun, pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman.
Bapanya, Gottfried Roelcke berasal dari Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Malaysia.
Tak hairanlah, bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam ini cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun sebelum berhijrah ke Malaysia. Dia berkelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001.
Terbaharu, Maya Karin tampil dalam filem Telaga Suriram. Lakonan mantap Maya sebelum ini mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya dikurniakan wajah cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan.
Maya Karin pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, Maya kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum!
Maya juga sebelum ini mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke sesuatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekotak barangan kemas wanita tak mungkin lengkap tanpa set batu permata berwarna. Anting-anting zamrud, cincin delima atau kalung nilam bertatahkan berlian semestinya pilihan klasik yang melambangkan kemewahan tersendiri.
Batu permata berwarna biasanya menonjolkan karakter luar biasa sememangnya sesuai buat generasi muda yang memburu kesempurnaan dan tampil lain dari yang lain. Biar pun ringkas atau minimalis, perhiasan batu permata adalah pelaburan terbaik sepanjang hayat wanita.
Perhiasan Batu Permata Yang Mesti Ada
(1) The Statement Earrings
Anting-anting merah delima atau hijau zamrud, sama ada berbentuk candelier atau teardrop merupakan satu kemestian. Selain acara formal, ia juga sesuai dipakai bersama T-shirt ringkas dan jean untuk kelainan.
(2) Kalung Permata
Setiap wanita mesti mempunyai seutas kalung delima atau nilam dalam simpanan. Kalung berantai halus sesuai dipakai dengan apa saja pakaian, manakala kalung berbatu besar pula sesuai dipakai bersama gaun yang mendedahkan bahagian dada.
(3) Meeracle
Selain perhiasan kemas, keindahan batu permata juga mampu menambah kecantikan wanita. Memperkenalkan Meeracle, produk penjagaan kulit berasaskan ekstrak batu permata yang boleh dipupuk ke pipi dan menjadikan kulit secantik bidadari.
Meeracle memperkenalkan formula pertama seumpamanya di Asia yang menawarkan manfaat berlian, rubi merah dan mutiara dalam rumusan bahan aktifnya. Nak tahu apa keistimewaan produk ini?
(a) Berlian
Ekstrak berlian berfungsi untuk meratakan tona kulit, memudarkan kesan parut dan kedutan, serta menjadikan kulit mulus berseri.
(b) Rubi merah
Memulihkan kesihatan, menyerikan kulit, mendetoksifikasi dan mencegah jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menjadikan kompleksi kulit berwarna kemerah-merahan.
(c) Mutiara
Melembap, anti-penuaan, mencerahkan serta menjadikan kulit lebih anjal dan halus.
Rahsia Produk Meeracle
Berbeza daripada produk tempatan lain, Meeracle sebenarnya disumberkan daripada France. Ia diasaskan oleh Meera Nordin dan beliau sanggup melabur untuk proses R&D selama bertahun-tahun lamanya agar produknya selamat serta berkualiti tinggi.
Meeracle didatangkan dalam set Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser yang berkesan digunakan bersama. Ia sesuai untuk semua peringkat usia, jenis kulit dan juga jantina. Betul, lelaki pun boleh pakai!
Meeracle Facial Serum
Produk baharu yang ditambahbaik, ringan dan senang meresap, Meeracle Facial Serum dalam botol 30ml, dijual pada harga RM79 sebotol juga mempunyai 23 bahan aktif semula jadi yang menunjukkan perubahan ketara dalam jangka masa yang singkat.
Meeracle Facial Cleanser
Produk Meeracle Facial Cleanser dalam botol 50ml, dijual pada harga RM49 sebotol pula mempunyai malakit, satu lagi batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan mempunyai bahan anti-bakteria untuk memulihkan masalah jerawat.
Pencuci ini juga mempunyai aloe vera iaitu bahan terbukti kesegarannya serta teh hijau dengan anti-penuaan, menjadikan kulit lebih tulen dan segar selepas mencuci.
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Percaya bahawa wanita adalah pengguna utama dan golongan yang selalu bekerja keras untuk mencari pendapatan sampingan, Meeracle tekad memyumbang kepada masyarakat melalui program CSR. Antaranya peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka.
Kata Pengarah Urusan Edelsteen Sdn. Bhd., Raja Mohd Nasrullah Haziq, program EMPOWERING YOU disasarkan untuk membantu 50 hingga 60 orang wanita yang mempunyai masalah kewangan agar mereka dapat merasai kehidupan lebih selesa.
Program CSR ini diusahakan dengan kerjasama Master Stokis Meeracle dengan menawarkan program latihan, sesi mentor serta kit memulakan perniagaan.
Kembali ke Langkawi, kunjungan Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May yang dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri kembali menjadi bualan hangat. Kali ini, wanita tersebut membawa suami dan anak lelakinya melawati lokasi bersejarah Makam Mahsuri.
Dalam beberapa video, Wan Aishah kembali menjadi tular di laman sosial selepas ke Langkawi, bahkan sempat bertemu YTM Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim di sana.
Turut menyambut baik kedatangan Wan Aishah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Langkawi Development Authority (LADA) iaitu Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib serta warga Langkawi yang mengalu-alukan waris Mahsuri tersebut.
LEBIH DEWASA
Seperkara yang menarik, isteri ahli perniagaan yang kini berusia 37 tahun itu tampil lebih cantik berhijab. Berkulit putih mulus, berhidung mancung dengan raut wajah lembut mengasyikkan, ibu anak satu itu merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Bangkok dalam jurusan komunikasi.
Wan Aishah dipercayai sebagai keturunan yang menamatkan sumpahan yang dijatuhkan oleh moyangnya. Hal ini kerana, Wan Aishah merupakan keturunan ketujuh Mahsuri dan seperti yang dilafazkan oleh moyangnya sendiri, sumpahan itu akan tamat setelah tujuh keturunan lalu – kelahiran Wan Aishah pada tahun 1985.
Selain cantik, orangnya juga pandai bergaya. Persis model, ada yang kata wajah Wan Aishah ni ada iras-iras selebriti Filipina, Marian Rivera dan Rita Rudaini. Apa pendapat anda…
Tumpang seronok tengok koleksi foto percutian Wan Aishah dengan suami dan anak kesayangannya. Semua cantik-cantik!
Dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya, Wan Aishah pernah dijemput untuk datang ke Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.
Beliau ditemani oleh ibu bapanya iaitu Wan Nawawi dan Sumaini Yayee, beserta datuknya Wan Hashim dan ahli keluarganya yang lain, dan disambut seperti VIP apabila tiba ke Langkawi. Wan Aishah juga ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di sini pada waktu itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.