Semalam, pastinya menjadi detik memeritkan buat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya.
Pelbagai reaksi timbul rentetan kes tersebut dan sudah tentu ahli keluarga Datuk Seri Najib antara yang paling terkesan dengan keputusan mahkamah berkenaan. Sebaik keputusan diumumkan, bekas pemimpin itu dibawa terus ke Penjara Kajang dari Istana Kehakiman di Putrajaya.
Dan hari ini, satu coretan Datuk Seri Najib dikongsikan di media sosial miliknya. Difahamkan ia ialah mesej yang ditinggalkan di atas meja miliknya khas buat keluarga tersayang.
Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ribuan komen dan hampir 100 ribu tanda suka.
“Keluargaku, anak cucuku. My family. My love. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Ke hari ini, 46 tahun lamanya. 46 years is a long time.
Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.
Ads
Merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis.
Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.
Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar. Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.
Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.
My years have gone by dedicated to people, public service, politics. A sacrifice I chose and I made. A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.
Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy. My family. My love.
Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT. Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.
Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.
Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.”
Semoga keluarga Datuk Seri Najib mendapat kekuatan dan tabah menghadapi ujian hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Keputeraan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Semoga YAM Tengku berdua dikurniakan afiyah, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tanggal 11 September genap 23 tahun usia anakanda kembar kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini.
Kedua-duanya iaitu YAM Tengku Ahmad Ismail dan YAM Tengku Puteri Afzan merupakan anak yang taat kepada ibu bapa. Selain dikurniakan raut wajah cantik dan kacak serta berpendidikan tinggi.
Menelusuri latar belakang pendidikan anakanda kembar Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan ialah graduan dari University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Mengimbau majlis graduasi anak raja ini pada Julai tahun lalu, YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.
Manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Afzan cukup bertuah kerana seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradik turut meraikan momen indah berkenaan.
Tahniah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy atas kelahiran cahaya mata baharu mereka baru-baru ini. Difahamkan pelakon jelita berkenaan selamat melahirkan anak kedua yang juga bayi lelaki pada 16 Mei lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memilih nama Bahtera Elhaq untuk putera kesayangannya. Nama Elhaq merupakan singkatan daripada nama Elisya dan suami tercinta, Haqimy.
Bahtera Elhaq, Anak Lelaki Uzair Haqimy & Elisya Sandha
Ibu berusia 26 tahun ini turut memuat naik foto terkini di samping bayi lelakinya di wad bersalin.
Jelas Elisya, “Indeed Allah is the best planner. Syukur alhamdulillah MashaAllah TabarakAllah. Assalamualaikum son, Bahtera Elhaq bin Uzair Haqimy.”
Sementara itu, Fasha Sandha turut teruja menerima kehadiran seorang lagi anak saudara dan mengucapkan tahniah buat adik kesayangan.
Kata Fasha, “Baby 16 May, Hari Guru. Sama dengan birthday Nani, Mama Sandha baby nak keluar. Congrats sayang! See you soon.”
Tidak ketinggalan menzahirkan rasa teruja dan gembira atas perkhabaran ini tentunya ibu mentua Elisya Sandha iaitu Sheila Rusly yang membahasakan dirinya sebagai Nanna.
Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Mohd Faizal berkahwin dengan Uzair pada Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.
Kalau tak mampu nak jaga anak orang, jangan jadi pengasuh! Itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulut ramai kaum ibu bila isu penderaan kanak-kanak di taska makin serius sekarang. Sudahlah berani berselindung di sebalik profesion mulia pendidik, terang-terangan tunjuk contoh tak baik depan anak kecil lagi.
Video berdurasi dua minit yang viral di Internet sejak tiga hari lalu nyata masih meninggalkan kesan kepada sebahagian besar ibu bapa. Apatah lagi bagi si ibu yang mengandungkan anak kecil mangsa dera tersebut yang pastinya trauma menghadapi situasi sukar hari ini.
Berkongsi apa yang dirasainya sejak insiden berkenaan tular, Nur Hasriha Mohamad meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia yang selama ini enggan ambil pusing dengan aduan anak sulungnya kerana menganggap guru-guru di taska berperibadi baik.. sama sekali tak menyangka sanggup memperlakukan anak kecil berusia tiga tahun ini seperti boneka.
“Assalamualaikum.. berkenaan dengan kes dera anak saya tu, terus terang saya katakan saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.. saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar). Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan cara macam ni.. terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.
Sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je. Rupanya ini lah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina. Tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak.. dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap.
Setiap kali bukak FB penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun… Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni, memang tak buatlah. Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni. Tadi sebelum dia tidur saya ada cakap dengan dia, ‘Dina nak sekolah baru tak?’ Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru. Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ.
Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ni berulang lagi. Kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”
Sumber: Facebook Nur Hasriha Mohamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.