Zhang Ziyu menjadi sensasi di media sosial ekoran ketinggian luar biasa yang dimilikinya. Baru berusia 17 tahun, pemain bola keranjang pasukan kebangsaan China ini mempunyai ketinggian mencecah sehingga 220 sentimeter. Bersandarkan kelebihan itu, Zhang disenaraikan antara pemain paling bernilai bagi FIBA Under-18 Women’s Asia Cup 2024.
Atlet remaja ini juga berjaya membawa pasukan negaranya ke peringkat final selepas menewaskan Korea Selatan. Sepanjang kejohanan menentang lawan, jelas kelihatan ketinggian luar biasa Zhang dan menyaksikan kebanyakan pemain bola keranjang hanya berada di paras dada atlet tinggi lampai berkenaan.
Bagaimana pun, China terpaksa akur bergelar Naib Juara apabila tumpas di tangan pasukan Australia pada 30 Jun lalu dengan kutipan 79 mata berbalas 96 di Shenzhen, China.
Memetik kenyataan Zhang di laman web rasmi FIBA, “Saya tak mahu terlalu memikirkan soal masa depan kerana perlu menimba pengalaman. Paling utama, saya perlu jadi lebih baik.
Ibu bapa saya juga pemain bola keranjang dan saya terlibat dalam sukan ini sejak di bangku sekolah rendah lagi.”
Difahamkan bapa Zhang mempunyai ketinggian 213 sentimeter. Sementara ibunya, Yu Ying yang juga bekas pemain pasukan kebangsaan China pula berketinggian 198 sentimeter. Atlet kelahiran Shandong ini juga pernah menyertai sukan lompat jauh dan lompat tinggi.
Sebelum ini, pasukan bola keranjang China turut mencipta fenomena apabila salah seorang pemain lelaki mereka iaitu Yao Ming mencipta rekod ketinggian sehingga 229 sentimeter dan menjadi Pemain Bola Keranjang Terbaik China Sepanjang Masa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Nur Dhabitah Sabri cukup sinonim dalam arena sukan akuatik dan bergelar ratu terjun negara. Sepanjang pembabitannya sebagai atlet, dia berjaya meraih 25 pingat dalam pelbagai kejohanan sukan asia dan dunia.
Atas pencapaian membanggakan dan konsisten mengharumkan nama negara di persada sukan dunia, Dhabitah berjaya mewakili negara dalam temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik sebanyak dua kali di Rio pada tahun 2016 dan Tokyo 2020.
Tahun ini isteri kepada Jiggy berkenaan sekali lagi tersenarai dan layak ke temasya Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada 26 Julai nanti.
Berita gembira tersebut dikongsikan baru-baru ini selepas Dhabitah menjadi pilihan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) untuk bersaing di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 selepas MAS diberikan satu slot tambahan bagi acara 3 meter papan anjal individu wanita oleh pihak Akuatik Dunia.
Antara atlet renang yang layak ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 ialah Tan Rouxin dan Khiew Hoe Yean.
Minggu lalu, Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan lawatan dan tinjauan persiapan Nur Dhabitah Sabri di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Pada lawatan tersebut, Datuk Hamidin meluangkan masa meninjau sesi latihan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai persiapan atlet berusia 24 tahun berkenaan.
Dhabitah sah bergelar isteri kepada pelawak, Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri pada 28 April 2023.
Ketika menyertai persiapan Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun pada Jun tahun lalu, Dhabitah terpaksa berjauhan daripada suami tercinta selama sebulan meskipun waktu itu mereka masih dalam tempoh berbulan madu dan kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga.
Malah Dhabitah dan Jiggy juga akur menangguhkan majlis resepsi mereka demi komitmen atlet berkenaan kepada negara. Bagaimana pun, majlis persandingan pasangan romantis ini berjalan lancar yang diadakan pada November tahun lalu.
Semoga kejayaan sekali lagi berpihak kepada Dhabitah sekaligus membawa pulang pingat buat kontinjen negara di temasya sukan Olimpik Paris 2024!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki datang dalam pelbagai cara dan ini 11 rahsia jemput rezeki yang boleh kita amalkan. Namun, sebagai mana yang diketahui rezeki sama seperti jodoh dan ajal yang telah ditetapkan sejak azali.
Walaupun begitu, sebagai manusia biasa kita tidak boleh duduk sahaja dan menanti rezeki datang bergolek. Kita perlu berusaha dan mencapai apa yang diinginkan. Sebenarnya rezeki bukan hanya duit semata-mata, punya kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat juga adalah rezeki.
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
Dengan keyakinan semua rezeki ditetapkan Allah SWT, ia boleh menyelamatkan kita daripada kebimbangan. Sebenarnya terdapat rahsia yang tersembunyi dalam perbuatan kita untuk menarik rezeki. Rupa-rupanya mudah saja amalan untuk menjemput rezeki ini. Ini adalah 11 rahsia jemput rezeki;
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa ini mendapat sentuhan peribadi Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sekali gus mencatat detik indah bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong.
Raja Permaisuri Agong memainkan peranan penting dan terlibat secara langsung bagi pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara dalam satu acara gilang-gemilang mengikut warisan Kesultanan Melayu.
Mencatat sejarah tersendiri, Istiadat Pertabalan Sultan Abdullah akan menyaksikan Malaysia memperoleh pasangan payung mahkota negara yang kedua-dua Seri Paduka adalah anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Sultan Abdullah, putera sulung Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah manakala Tunku Azizah, puteri ketiga Almarhum Sultan Iskandar, masing-masing adalah Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
Mahu mengimbau detik bersejarah 40 tahun lepas, Raja Permaisuri Agong menyatakan hasrat untuk menggunakan singgahsana dan persalinan yang digunakan kedua-dua ayahanda mentua dan ayahanda baginda untuk bersemayam pada hari bersejarah itu.
“Saya sembah kepada Tuanku (SuItan Abdullah), I want to sit on the throne that my mother sat on and your mother sat on, and I want you to sit on the throne that your father sat on and my father sat on.
So, singgahsana itu ada sekarang sudah diperbetul, dicantikkan, refurbished. So for Tuanku (Sultan Abdullah) and me it is a very special day that we are actually going to use the throne that our parents used when they were Yang di-Pertuan Agong,” titah baginda.
Malah, detik bersejarah itu akan turut dikongsi bersama puteri bongsu Seri Paduka, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang akan memakai pakaian yang pernah dipakai Raja Permaisuri Agong semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
“Semasa ayahanda saya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, pakaian yang saya pakai itu saya masih simpan, dan anak bongsu, Jihan, is going to wear the baju that I wear to my father’s pertabalan. Jihan sendiri minta, Jihan nak pakai. Maybe on that day I will cry...,” titah Tunku Azizah dalam wawancara khas bersama Bernama di Istana Negara.
Raja Permaisuri Agong turut berhasrat melihat Yang di-Pertuan Agong memakai persalinan seperti muskat, tanjak, bengkung dan samping yang pernah dipakai Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1979.
Mengimbau kenangan mengenai muskat, pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berkongsi hubungan erat yang terjalin di antara Almarhum ayahandanya dengan Almarhum ayahanda mentua hingga berkongsi baju muskat yang sama ketika Istiadat Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Almarhum Sultan Iskandar pada awalnya tidak mahu memakai muskat sebaliknya ingin memakai pakaian seragam tentera seperti yang sering dipakai pada majlis rasmi di negeri Johor.
Tun Mahathir Mohamad, yang ketika itu Perdana Menteri keempat, telah menghadap seminggu sebelum Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan merayu agar Almarhum ayahanda baginda memakai muskat.
“Ayahanda titah mana sempat nak siap dalam masa seminggu. Kemudian ayahanda titahkan saya untuk sembah Tuanku Pahang. Azizah tolong sembah Tuanku Pahang, Bah (panggilan Almarhum ayahanda) nak pinjam jaket dia boleh tak?.
“Jadi muskat yang ayahanda pakai dan tengkolok itu adalah muskat Sultan Pahang. Ia dipakai oleh dua Agong. Saya simpan 40 tahun muskat itu dari tahun 1979 untuk ambil berkat kedua-dua ayahanda. Ingatkan Tuanku (Sultan Abdullah) bolehlah pakai untuk pertabalan nanti, tapi tak muat,” titah baginda.
Meskipun hasrat memakai muskat Almarhum Paduka Ayahanda tidak kesampaian, muskat baharu yang akan dipakai Sultan Abdullah tetap mempunyai estetika tersendiri sementelahan rekaan busana rasmi itu adalah sama dengan muskat yang dipakai Almarhum Paduka Ayahanda.
Berkongsi tentang persiapan menjelang Istiadat Pertabalan, Raja Permaisuri Agong yang teruja ternyata terlibat secara langsung memberikan suntikan idea dan memperincikan setiap elemen penting acara pertabalan dari awal hingga akhir termasuk merekabentuk Warkah Persilaan, rekaan kad jemputan, persalinan Seri Paduka berdua, pakaian petugas istana, sajian santapan diraja dan hidangan untuk tetamu serta cenderahati.
Warkah Persilaan, yang diutus kepada Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri dan tetamu diraja dari luar negara, kali ini direka sendiri oleh Tunku Azizah, yang unik memaparkan jata negeri-negeri dicetak atas warkah sebagai lambang kesatuan Raja-Raja Melayu.
Sangat mementingkan kesempurnaan, Tunku Azizah, yang mewarisi bakat menjahit dan melukis daripada bondanya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah, mencipta sendiri corak kain samping yang digunakan Sultan Abdullah. Busana yang ditenun di Istana Brunei itu kemudiannya dijahit sendiri oleh Tunku Azizah.
“Meticulous that’s me. Saya nak cantik semuanya. Tambahan Tuanku tidak sempat ditabalkan di negeri sendiri. Jadi saya mahukan kesempurnaan pada acara pertabalan ini nanti,” titah baginda, yang amat berharap istiadat penting itu berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan terindah buat baginda dan Sultan Abdullah.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.