Nama Nooryana Najwa Mohammad Najib mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, mereka pasti
mengenali wanita ini. Lebih dikenali sebagai Yana Najib, ibu kepada seorang cahaya mata ini merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib
Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Meniti usia 32 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.

IKLAN

Biarpun sibuk menguruskan keluarga kecilnya namun Yana tidak ketinggalan mengemaskini media sosial dan dilihat gemar berkongsi aktiviti bersama anak dan keluarga tersayang. Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga.

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!
Di samping keluarga tersayang
Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!
Yana bersama adiknya, Ashman dan anak tersayang

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!

Misalnya, pada 3 April lalu dia bersama ibu tersayang serta beberapa pembantu rumah berpeluang menghulurkan bantuan berupa makanan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat menangani wabak Covid-19 ketika ini. Kagum dengan keprihatinan Yana sekeluarga!

Kongsinya, “This morning my mom and our house staff prepared food for the frontliners and the poor. Sikit-sikit pun, we do what we can to help those who are vulnerable and risking their lives during this difficult time.” Jiwa Yana mudah rapuh dan tersentuh apabila melihat kesusahan hidup yang dialami masyarakat terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak.

Awal tahun lalu juga dia bersama abangnya, Riza tampil menceriakan kanak-kanak dari Rumah Amal Ashraf Al Barakh dengan membawa mereka ke sebuah restoran makanan segera sebelum meluangkan masa menonton filem Star Wars bersama-sama. Meskipun ketika itu kedua-dua ibu bapanya berdepan dengan kes mahkamah namun Yana tetap menjalankan tanggungjawab membantu insan memerlukan. Sumbangannya mungkin nampak kecil tetapi ingatan Yana terhadap penghuni Rumah Amal Ashraf Al Barakh ini pastinya akan diingati kanak-kanak berkenaan sepanjang hidup mereka.

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!
Bersama abangnya, Riza

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!

Yang pasti, ia bukanlah kali pertama Yana menghargai kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah amal tersebut kerana pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 29 November tahun lalu pun dia turut melakukan perkara sama. Menjamu mereka makan di restoran dan kemudian menikmati momen bersama-sama di pawagam sambil menonton filem animasi popular, Ejen Ali.

IKLAN

Dengan statusnya sebagai anak kepada bekas pemimpin negara, Yana enggan menjadikan ia halangan untuk beramah mesra dan mendekati kehidupan anak-anak ini.

Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah. Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perkhidmatan Asing dari Georgetown University pada 2011.

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!

IKLAN

Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan tahun lalu pada tanggal 31 Mei pula dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!

Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adam Razak. Cucu sulung Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tersebut kini berusia tiga tahun.

Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang! Lulusan Harvard, Kenali Anak Perempuan DATUK SERI NAJIB Yang Bijak & Berjiwa Penyayang!

 

 

Kredit foto: Instagram Yana Najib

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI