Masalah keputihan bagi Sara sudah menjadi perkara biasa. Selain memakai tuala wanita ketika menstruasi, Sara terpaksa memakai pantyliner sebagai langkah menjaga kebersihan terutama untuk beribadat ketika di pejabat.

Kadang-kadang keputihan ini mengganggu aktiviti harian Sara apabila ia mengeluarkan bau dan warna yang gelap. Malu untuk berkongsi dengan teman rapat, Sara hanya mendiamkan diri sehingga tidak tahan apabila timbul rasa gatal.

IKLAN

Masalah keputihan atau dikenali sebagai vaginal discharge adalah normal bagi seorang wanita. Jumlah, bau dan warna keputihan itu sendiri bergantung kepada kitaran haid.

Lelehan lendir yang normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau hanyir, serta tidak menyebabkan gatal pada faraj.

Selalunya jumlah keputihan itu akan lebih daripada biasa jika seseorang wanita itu mengalami ovulasi, tempoh sebelum haid, menyusu badan atau ketika melakukan hubungan intim.

Apa yang menyebabkan masalah keputihan tidak normal?

  • Penggunaan antibiotik atau steroid.
  • Pil perancang.
  • Penggunaan douches, mandi bubble bath atau menggunakan pembersih dengan pewangi.
  • Jangkitan fungus (Chlamydia).
  • Jangiktan parasit (Trichomonas vaginalis).
  • Penyakit Kelamin (gonorea, sifilis, bacterial vaginosis).

Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna di bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. 

Lactobacillus merupakan sumber utama asid laktik yang mengekalkan pH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai.

Situasi ini boleh mengubah persekitaran yang berasid seterusnya membunuh flora normal yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organisma komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.

IKLAN

Penyakit Keputihan 

Keputihan tidak normal: Kekuningan atau kelabu

  • Organisma: Gonorea
  • Simptom: Pendarahan di antara kitaran haid, masalah sakit dan pedih masa kencing. Sakit pada bahagian peranakan atau ari-ari.

Keputihan tidak normal: Kekuningan, hijau dan berbuih dan berbau busuk

IKLAN
  • Organisma: Trichomoniasis
  • Simptom: Sakit atau pedih semasa kencing, gatal atau sakit pada bahagian faraj. Sakit bila bersama, pendarahan lepas bersama, pendarahan di antara kitaran haid.

Keputihan tidak normal: Putih, kental, pekat

  • Organisma: Jangkitan yis, Candida
  • Simptom: Gatal di bahagian kemaluan, bengkak atau sakit di bahagian kemaluan dan sakit bila bersama

Keputihan tidak normal: Putih/kelabu/kekuningan dengan bau hanyir

  • Organisma: Bacterial vaginosis
  • Simptom: Kegatalan di bahagian kemaluan, kemerahan dan bengkak di bahagian kemaluan

Cara Merawat Keputihan

Keputihan normal tidak memerlukan sebarang rawatan. Keputihan tidak normal seperti yang dinyatakan di atas, memerlukan pemeriksaan oleh doktor perubatan dengan melihat bahagian faraj dan mengambil sampel keputihan itu. Rawatan antibiotik yang spesifik kepada jangkitan itu akan diberi oleh doktor.

Cara Mencegah Penyakit Keputihan

Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:

  1. Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  2. Elak penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan pH atau menyebabkan kegatalan.
  3. Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  4. Guna pelapik seluar dalam (pantyliner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  5. Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  6. Elak pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  7. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  8. Amal gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  9. Elak kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  10. Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  11. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI