Tous, jenama perhiasan dan aksesori Sepanyol, peneraju dalam sektor mewah yang mampu dimiliki, telah berkolaborasi bersama Habib Group untuk mengukuhkan kehadirannya di peringkat antarabangsa. Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Urusan Habib, Dato’ Sri Meer Habib bersama Expansion Director dari Tous iaitu Mr. Levan Tsulukidze di majlis pelancaran butik baharu Tous yang terletak di Pavilion, kuala Lumpur.

IKLAN
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Pengarah Pengurusan Habib Group, Dato’ Sri Meer Habib dan Expansion Director Tous, Mr. Levan Tsulukidze menurunkan tandangan sebagai simbolik kolaborasi.

Bercakap pada pelancaran itu, Levan Tsulukidze berkata, “Dengan sikap yang inovatif, warisan kita memberi inspirasi kepada masa depan iaitu mewujudkan gaya yang unik untuk wanita hari ini di seluruh dunia. Malaysia adalah salah satu pasaran utama yang menjadi fokus jenama ini pada tahun-tahun mendatang”.

Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Dato’ Sri Meer Habib memberikan sepatah dua kata kepada tetamu yang hadir.

Pengarah Urusan Kumpulan habib, Dato’ Sri Meer Habib dalam ucapannya berkata, beliau berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama terkenal di dunia ini untuk meraikan ulangtahun ke-100 tahun Habib pada tahun ini, ” Tous adalah perkongsian yang menarik antara Habib Group dan Tous. Kolaborasi ini bertujuan untuk melangkaui harapan pelanggan kami. Kami memberi inspirasi kepada pasukan kami untuk mewujudkan perkara yang berbeza dan selalu datang dengan idea segar yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Ini penting untuk terus mengikuti trend pasaran yang semakin berkembang.

Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Koleksi gelang tangan daripada Tous.

Mengikuti kenyataan budaya korporat aksesori Tous, ia merupakan jenama yang dikehendaki di seluruh dunia kerana menawarkan perhiasan dan aksesori halus yang meraikan saat hidup dan menjadi jenama menarik yang menambah nilai melalui kualiti dan semangat penggemar jenama ini. Ia tidak terhad kepada perhiasan sahaja, malah menawarkan pelbagai aksesori lain antaranya beg tangan, cermin mata hitam dan skarf.

IKLAN
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Koleksi rantai daripada Tous.

” Jenama ini mempunyai potensi besar di Malaysia dan saya percaya kerjasama ini akan membawa Habib dan Tous ke tahap yang lain iaitu menjadi jenama yang paling sesuai untuk semua orang di Malaysia” kata Dato ‘Sri Meer Habib.

IKLAN
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Antara koleksi jam tangan Tous.
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Koleksi gelang tangan dan cincin daripada Tous.

Turut hadir pada majlis pelancaran yang berlangsung semalam ialah selebriti Malaysia iaitu Rozita Che Wan, Elena Sui, Hannah Delisha, Nadia Brian dan Miss World Malaysia 2012/2013, Yvonne lee. Pencinta Tous di Malaysia boleh mendapatkan koleksi baharu aksesori eksentrik ini di butik yang terletak di Pavilion dan IOI, Putrajaya.

Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Dato’ Sri Meer Habib, Rozita Che Wan dan Aishah.
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Hannah Delisha
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Nadia Brian
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Yvonne lee
Tous Kini Bekerjasama Bersama Habib Group Untuk Memperkukuh Pasarannya Ke Peringkat Antarabangsa!
Elena Sui
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI