Rambang mata tengok deretan koleksi terbaru Longchamp, La Voyageuse! Terus teringin pergi ‘terbang’ melancong ke luar negara. Mana tidaknya, rekaan La Voyageuse kali ini lebih trendy dan elegan. Sesuai bagi mereka yang bercita rasa santai dan mewah atau pendek kata, mahu tampil dengan sentuhan travel with style!

IKLAN

Patutlah golongan VIP dan sosialit wanita yang datang ke Private Event Nona x Longchamp baru-baru ini terpikat dengan buah tangan terbaharu jenama terkenal dari Perancis ini.

Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda! Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

 

Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

IKLAN

Menampilkan warna-warna yang vibrant dan segar, kolaborasi Nona dan Longchamp yang berlangsung di butik The Gardens Mall Kuala Lumpur tidak terhad dengan pelbagai beg tangan terkini. Malah, koleksi La Voyageuse turut dimeriahkan dengan rekaan skaf dan jaket musim sejuk yang cukup menarik.

Istimewanya, bagi menjaga nilai eksklusif kepada pelanggan… Longchamp hanya menawarkan kuantiti terhad koleksi ini kepada peminat setia mereka di Malaysia. Dan terdapat salah satu beg tangan eksklusif yang dibawa masuk ke negara ini dan ia hanya boleh di dapati di butik The Gardens Mall Kuala Lumpur. Maknanya, hanya anda seorang sahaja pemilik beg tangan tersebut di Malaysia. Hebat!

IKLAN

Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda! Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda! Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

Travel With Style, LONGCHAMP La Voyageuse Jadi Pilihan VIP & Sosialit Wanita Muda!

Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak, “Majlis tertutup ini memberi kelebihan kepada tetamu jemputan untuk melihat sendiri koleksi terkini La Voyageuse dan mendapat perkongsian ilmu mengenai gaya dan fesyen yang menepati cita rasa sendiri. Teknik suai padan yang diberikan hari ini juga membolehkan tetamu tahu apa yang sesuai digayakan mengikut majlis yang bakal dihadiri.”

Antara tetamu yang hadir menyaksikan sendiri koleksi La Voyageuse ialah Datin Jamaaiyah, Datin Sara Safura, Datin Nonie Hassan dan ramai lagi. Bukan sekadar menjamu mata melihat koleksi menarik, tetamu turut berpeluang menimba tip fesyen dan teknik suai padan gaya bersama Kiffy Razak. Tidak cukup dengan itu, tetamu juga didedahkan dengan tip pemilihan warna yang betul mengikut personaliti masing-masing.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI