Siapa yang tak mengenali salah seorang ahli kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink iaitu Lisa yang sememangnya punya pengikut yang ramai.
Bukan saja berbakat besar, amalah kejelitaan idol yang berasal dari Thailand itu juga pernah dinobatkan salah seorang wanita tercantik di dunia suatu ketika dahulu.
Walau pun memiliki susuk tubuh dan iras wajah yang mengagumkan, satu perkara yang sering kali menjadi perhatian para peminatnya ialah Lisa sememangnya diketahui seorang selebriti yang jarang sekali mendedahkan dahinya buat umum. Ini kerana Lisa sering kali mengayakan gaya rambut bang bagi menutup dahinya itu.
Ads
Pun begitu, baru-baru ini Lisa membuat penampilan mengejut apabila tampil mengikat rambut ke atas ‘bun’ seterusnua mendedahkan dahinya untuk tatapan awam bersempena pameran ‘Bulgari Serpenti 75th Anniversary, The Endless Story’ di Jongno-gu, di Seoul di mana Lisa juga merupakan duta global untuk jenama barang kemas mewah itu.
Sebelum ini Lisa sendiri pernah mendedahkan sebab utama dia tidak mahu mendedahkan dahinya. Ketika rakaman “Knowing Brothers” pada 2020, ahli BLACKPINK itu mengatakan bahawa dia tidak akan merakamkan iklan mahupun menunjukkan dahinya sekiranya diminta.
Ads
Pun begitu, Lisa berjenaka dan mengatakan bahawa dia akan mendedahkan dahinya sekiranya dibayar 10 bilion won (RM35.4 juta).
Malah menerusi temu bual bersama Knowing Brothers pada 2020, Lisa memberitahu dia hanya akan mendedahkan bahagian dahinya jika dibayar sebanyak KRW10 bilion atau RM35 juta. Rata-rata peminat mula berspekulasi yang berkemungkinan besar Lisa dibayar dengan amoun sebegitu banyak hanya dengan mendedahkan dahinya.
Ads
Walau pun tiada kenyataan media mahupun pengesahan tentang perkara ini, NONA percaya ia bukannya satu yang mustahil.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Happy birthday Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami! Tanggal 19 Februari lepas, jelitawan Che Puan Sarimah Ibrahim genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-44. Lebih menarik, tarikh tersebut juga merupakan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin YM Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Datuk Mudzaffar yang ke-50. Alhamdulillah!
Meniti usia 44 tahun, pesona dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian peminat.
Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish. Malah, beliau juga aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.
Menerusi perkongsian sempena sambutan ulang tahun kelahirannya dan suami baru-baru ini, Che Puan Sarimah tampil menawan dalam persalinan indah bercorak abstrak hitam, putih, kuning dan kelabu.
Begitu juga YM Tunku Nadzimuddin atau mesra dikenali sebagai Tunku Jamie yang segak mengenakan sut hitam putih.
“Syukur alhamdulillah for my health and for my family and close friends. And peminat yang masih menyokong saya. Alhamdullillah, we have been blessed with safety, health and much to be grateful for,” kongsi Che Puan Sarimah di Instagram miliknya.
Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara. Di samping itu, beliau juga komited memberi kesedaran mengenai kesihatan mental kepada masyarakat.
Awal Februari lalu, beliau turut berkongsi kejayaannya meraih Certified Professional Transformational Coach. Dengan pencapaian tersebut, Che Puan Sarimah berhasrat mahu terus memberikan motivasi dan semangat positif kepada lebih ramai orang agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Syabas dan tahniah Che Puan!
Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lambakan produk kosmetik tiruan semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila terdapat banyak kes yang telah dilaporkan akibat penggunaan kosmetik tiruan ini.
Pakar Perubatan Klinikal dan Aesthetics & Pakar Aesthetics @Callalyn Aesthetics by PrimaNora, Dr. Liyana Dhamirah Aminuddin, telah menghuraikan lebih lanjut tentang penggunaan mekap tiruan ini.
Menurut Dr. Liyana, wanita patut tahu bahawa setiap kosmetik yang dipakai mempunyai kandungan bahan kimia yang telah diproses. Setiap bahan kimia boleh membahayakan diri terutamanya jika pendedahan yang keterlaluan.
“Sehingga kini kandungan keselamatan sesuatu produk kosmetik adalah mustahil untuk dibuktikan kerana masih belum ada lagi organisasi yang benar-benar mengawal dan memeriksa kandungan kosmetik di pasaran berbanding dengan ubat-ubatan. Ini kerana setiap ubat-ubatan perlu mendapat lesen sebelum dipasarkan sebagai contoh di negara kita perlu dilesenkan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum boleh dipasarkan.
Alat solekan tiruan dan asli, ternyata mesti ada bezanya terutama pada harga. Jenama ternama sebagai contoh mempunyai reputasi yang penting untuk dijaga. Ini yang menyebabkan potensi untuk barangan mereka menjadi rosak dan risiko mendatangkan masalah kepada pengguna adalah lebih rendah.
Dr, Liyana Dhamirah Aminuddin, MB BCh BaO ( Ireland), MRCP (United Kingdom), Masters in Anti-Aging, Regenerative Medicine and Medical Aesthetics (Malaysia), Diploma in American Academy of Aesthetics Medicine (USA)
Alat solek tiruan memang ada besar kemungkinan menggunakan teknologi pembuatan yang tidak setanding dengan jenama asli dan ini meninggikan lagi risiko seseorang pengguna mendapat masalah sampingan selepas menggunakannya.
Sekiranya terdapat masalah yang berlaku tiada tindakan yang boleh diambil oleh pengguna terhadap penjual kerana sememangnya risiko itu diambil oleh pembeli itu.
“Manakala jika masalah berlaku dengan memakai alat solek asli pembeli boleh memulangkan semula produk dan boleh membuat pengaduan. Dengan adanya polisi sebegini jenama-jenama ini lebih prihatin dan berhati-hati dengan kualiti produk kosmetik yang dipasarkan,” tegas Dr. Liyana.
Tambahnya lagi, “Terdapat banyak kandungan kosmetik berbahaya dan memudaratkan kesihatan di antaranya adalah, apabila diserap daripada kulit akan mengubah struktur kestabilan sel-sel dalam badan. Apabila perubahan ini berlaku ia mengganggu pelbagai sistem dalam badan seperti sistem endokrin, hormon reproduktif dan saraf.
Perubahan struktur sel juga boleh menyebabkan sel-sel ini mutasi dan seterusnya menjadi sel-sel kanser. Perubahan struktur sel ini juga dinamakan bahan karsinogenik.
Bagi golongan yang ingin memiliki alat solek yang berjenama tetapi kurang berkemampuan, saya sarankan agar membeli alat solek berjenama yang kurang kosnya. Ini kerana anda masih boleh membuat aduan sekiranya kesan sampingan berlaku.
Lebih baik wang yang ada digunakan untuk perbaiki kulit kita dengan ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh doktor atau mendapat rawatan kulit dari doktor yang mahir.
Rawatan kulit boleh meningkatkan keyakinan diri dan keluar rumah tanpa sebarang kosmetik. Buat pengetahuan umum, sebenarnya ubat-ubatan adalah murah jika berbanding dengan produk kosmetik.
Bagi mereka yang benar-benar mempunyai masalah kulit seperti masalah jerawat yang teruk daripada cuba menutup masalah kulit dengan solekan lebih elok mendapat rujukan kepada Pakar Kulit di Hospital Kerajaan untuk rawatan sepatutnya dan ini sememangnya meringankan kos.
Bagi golongan yang bergantung kepada kosmetik disebabkan kerjaya atau sudah menjadi kebiasaan saya menasihatkan agar sentiasa menanggalkan solekan secepat mungkin dan jangan sesekali tidur dengan solekan dan kurangkan penggunaan solekan pada masa anda tidak memerlukannya.
Sememangnya penampilan segak itu adalah aset peribadi seseorang dan ia tidak boleh diremehkan oleh itu kepada golongan muda remaja saya amat mengesyorkan penjagaan kulit dari awal supaya tidak perlu terlalu bergantung kepada produk kosmetik di hari depan,” ujar Dr. Liyana.
Dr. Liyana juga bakal muncul dalam sebuah Program Bual Bicara, MyDrs, terbitan Astro yang membincangkan tentang topik yang berkisar tentang perubatan dan penyakit serta tip untuk gaya hidup sihat. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang memuji penampilan terkini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Sejak pulang mengerjakan ibadah haji dan kembali ke tanah air, Baginda tampil menawan dengan imej berhijab.
Keanggunan Tengku Permaisuri Selangor kian menyerlah apabila masyarakat menyedari penampilan baharu Baginda ketika berangkat Ke Majlis Perasmian Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up pada 8 Julai.
Itu merupakan kali pertama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke majlis selepas menunaikan haji.
Baru-baru ini, Baginda sekali lagi menjadi perhatian rakyat dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Dalam istiadat itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Tengku Permaisuri Hajah Norashikin kelihatan berseri-seri dalam persalinan kurung kuning dan bertudung litup polos rona sedondon. Aksesori rantai mutiara melengkapkan lagi
gaya elegan Baginda.
Pada istiadat yang berlangsung dengan tertib pada sebelah pagi, Ahli Dewan Negeri Sungai Tua, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor buat penggal kedua.
Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor kepada beliau.
Kehilangan insan tersayang cukup memilukan. Apatah lagi ibu bapa yang telah banyak berkorban jiwa dan raga membesarkan anak-anak. Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie berdepan detik duka apabila ibu tersayang ‘pergi’ untuk selama-lamanya.