Bintang Latin yang terkenal dengan lagu Whatever Whenever, Shakira secara rasminya telah memecahkan 14 Rekod Dunia Guinness (GWR) menerusi lagu hasil karya bersama Bizarrap berjudul “Music Sessions Vol. 53” yang dikeluarkan pada Januari lalu. Lagu itu menjadikan mereka pemilik lagu Latin paling banyak distrim di Spotify dalam masa 24 jam (14,393,324), lagu Latin paling banyak ditonton di YouTube dalam masa 24 jam (63,000,000).
Rekod lain ialah lagu Latin terpantas mencapai 100 juta tontonan di YouTube (dalam 22 jam), lagu Latin paling kerap distrim di Spotify dalam satu minggu (80,646,962), dan beberapa lagi rekod lain.
Secara keseluruhan, setakat ini, Shakira sudah memiliki 17 rekod Guinness.
Shakira dan Bizarrap bekerjasama buat kali pertama di mana Shakira menyelar bekas teman lelakinya, bintang bola sepak Sepanyol, Gerard Piqué, dalam lagu bergenre electo-pop itu.
Lagu tersebut juga mendapat kedudukan baik dalam carta Billboard, dengan kedudukan terbaik di tempat ke-9 dalam Billboard Hot 100.
Ads
Sekitar Jun tahun lalu, Shakira dan kekasihnya iaitu pemain pertahanan Barcelona FC Gerard Pique, 35 mengumumkan bahawa mereka kini sudah berpisah selepas hidup bersama selama 12 tahun.. Shakira membuat kenyataan secara rasmi menerusi sebuah akhbar harian Sepanyol El Periodico.
Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki iaitu Milan, 10, dan Sasha, 8, dan mengekalkan kediaman di Sepanyol. Untuk rekod, kedua-duanya bertemu 12 tahun lalu apabila pemain bola sepak itu tampil dalam video muzik lagu Shakira “Waka Waka” yang menjadi lagu rasmi Piala Dunia 2010.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan persaraannya dari dunia fesyen Februrari lalu, peminat Dato’ Rizalman Ibrahim masih tetap aktif memeriahkan laman akaun Instagramnya. Mereka masih berpusu-pusu membeli apa sahaja produk yang dihasilkan Dato’ Rizalman.
Baru-baru ini, beliau mengeluarkan rekaan hijab diberi nama RIHIJAB pula. Promosi dan cara pemasaran yang ditonjolkan saja sudah membuatkan ramai yang tidak sabar menanti. Banyak komen-komen yang sibuk mencari personal shopper kerana kali ini jualan tidak dilakukan secara online.
Rezeki Dato’ Rizalman tidak pernah putus-putus. Pada awalnya dia takut untuk berhenti mereka busana kerana tidak tahu bagaimana periuk nasinya dan kakitangannya nanti.
“Dulu saya takut untuk berhenti menjadi pereka fesyen. Macam mana saya nak bayar pekerja, apa yang saya nak makan nanti? Persoalan dan ketakutan itu bagai selimut dalam diri tetapi sedikit demi sedikit Allah buka jalan untuk saya pilih. Allah kurniakan ilmu seni pada saya tanpa saya minta. Saya pandai menjahit, menilai kain, mereka busana.
Itu semua bukan satu dosa tetapi ia menjadi berdosa apabila saya tidak menjuruskan ilmu itu kepada sesuatu kebaikan,”katanya dalam sesi temubual yang dipaparkan dalam majalah Nona edisi Mac baru-baru ini.
Dalam sesi temubual itu, sempat juga DRI berkongsi amalan yang dilakukan agar hidupnya sentiasa murah rezeki.
“Semua atas kehendakNya. Saya lalui hidup ini dengan percaturan yang telah ditulis secantik-cantiknya. Orang kata, nak murah rezeki kena banyak amalan. Tetapi untuk saya, memang abnyak doa yang diamalkan. Tak tahu yang mana satu berkesan. Tetapi saya sentiasa displinkan diri untuk menunaikan solat sunat Subuh setiap hari dan jadikan solat sunat Dhuha sebagai amalan wajib.
Selalulah bersedekah dan membayar zakat. Kedua-dua ini memberi kesan yang sangat hebat. Pastikan sedekah itu konsisten, kalau tidak rezeki pun tak datang dengan konsisten. Mungkin saya tidak mampu bersedekah kudrat tetapi saya gunakan kelebihan yang saya ada untuk mencari idea-idea dan peluang rezeki yang lumayan. Bila ada duit, lebih mudah untuk kita bersedekah. Itu pemikiran saya.
Cuma, apa yang boleh saya kongsikan adalah sedekah yang orang tidak tahu. Rezeki Allah beri ini saya gunakan untuk membawa orang yang susah mengerjakan umrah. Pada saya, untuk apa kita sibuk menjejak kaki ke Mekah untuk mengerjakan umrah berkali-kali sedangkan ramai lagi umat Islam yang teringin untuk melihat Kaabah di hadapan mata. Teringin bersujud di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi namun tidak mampu.
“Satu kebahagiaan untuk saya apabila saya diberi rezeki untuk membayar pakej umrah buat seorang tukang sapu yang begitu pandai mengaji Al-Quran. Bayangkan bagaimana dia berdoa untuk kita dihadapan Kaabah dan itulah doa yang paling mulia sekali. Istiqamahlah saat bersedekah,”pesan Dato Rizalman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sering mendengar perumpaan mengatakan di sebalik kejayaan seorang suami, pasti ada seorang wanita (isteri) di belakangnya. Berapa ramai yang mempercayai kata-kata ini? Bagaimana pula dengan pemahaman ‘isteri magnet rezeki” seorang suami?
Sebenarnya, Islam amat mengangkat darjat seorang isteri, lebih-lebih lagi isteri solehah, bersabar dan menjaga rumah tangganya dengan harmoni.
Isteri mana tidak bangga apabila suami tersayang menerima pengiktirafan di atas usaha yang dilakukan demi keluarga tercinta.
Baru-baru ini, selebriti Anzalna Nasir berkongsi kegembiraannya di laman Instagram apabila suami tersayang, Hanif Zaki menerima beberapa anugerah pencapaian cemerlang dalam kerjaya. Untuk rekod, Hanif merupakan seorang Pengurus di Mitsubishi Motors Ampang yang terletak di Damai Portal, Jalan Ampang.
Wanita kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini memuat naik satu foto yang diambil dari laman Facebook tentang kakitangan yang kecewa kerana tidak dihargai, Anzalna menitipkan pesan pada diri sendiri dan suami agar tidak sesekali lupa orang yang berada di bawah.
I saw this on FB. Kesian…
I always remind myself and @hanif_zaki kalau kita diatas jangan sesekali lupa orang dibawah yang memerlukan kita. I know, being a leader is not easy, but Im so proud of my husband tak pernah sekali lupa semua staff dia. Sentiasa fikirkan yang terbaik untuk mereka. Ramai dia dah bantu sampai income 5 angka! Setiap kali dia bercerita tentang pencapaian staff dia semua, I pula meremang bulu roma dengar! Tumpang gembira. Dia adalah boss yang paling memahami when it comes to anak! kalau anak staff dia tak sihat tak fikir panjang terus suruh selesaikan masalah anak/keluarga dahulu sebab dia faham sangat anak dah 2 kan! Dah puji melambung ni jangan lupa transfer ke acc saya! ka chingg!!! hahahahahahhaha @mitsubishi.eam.ampang
Dalam menitipkan pesanan, ibu kepada dua cahayamata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan ini sempat menitipkan ‘pesanan manis’ buat suami tersayang selepas pujian melambung dari dirinya untuk Hanif. Sweet je Anzalna ni bergurau dengan suami tersayang!
Dah puji melambung ni jangan lupa transfer ke acc saya! ka chingg!!! hahahahahahhaha @mitsubishi.eam.ampang
Tambah Anzalna lagi, Hanif sememangnya seorang suami terbaik yang bekerja keras untuk memberikan nafkah kepada keluarganya. Apatah lagi apabila memiliki zuriat, keprihatinan serta kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hanif terhadap keluarga sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta. Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang zuriat yang comel iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan usaha yang dilakukan ayah dan anak kenamaan ini dalam membantu golongan yang terjejas akibat Covid-19. Tanpa melibatkan ramai pihak dan hanya berbekalkan kudrat serta kewangan mereka berdua sahaja, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan ayahnya yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berjaya merealisasikan niat murni berkenaan. Sekaligus meringankan beban golongan tidak berkemampuan untuk menjalani hari-hari mendatang.
Tambahan pula, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April depan… bantuan Datuk Nurul dan Datuk Seri Zahid hingga ke pintu
rumah ini setidak-tidaknya memberi kelegaan kepada mereka.
Ketika menghubungi Datuk Nurul untuk bertanyakan inisiatif tersebut, dia yang lebih selesa disapa Kak Long membuka bicara. Meskipun pada awalnya Datuk Nurul agak keberatan untuk berkongsi usaha yang dibuat bersama ayah tersayang kerana bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk namun demi mengajak lebih ramai masyarakat berbuat kebaikan, dia akhirnya akur.
Kongsinya, “Idea untuk mengadakan kempen #abahkaklongperihatin ini tercetus selepas saya mengikuti abah menyerahkan sumbangan makanan kepada warga polis pada hari Sabtu lepas iaitu 21 Mac bersama-sama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Jadi keesokan harinya iaitu pada hari Ahad, 22 Mac saya mula mencari mereka yang tidak berkemampuan dengan membuat hebahan di Instagram.
Kempen ini hanya di IG saya, di mana saya buat satu simple poster meminta followers saya DM (direct message) seandainya ada di antara mereka yang benar-benar terdesak. Saya buka hanya di sekitar Lembah Kelang kerana saya menyasarkan golongan miskin bandar.
Untuk penerima yang layak, saya sendiri akan menghantar sumbangan tersebut. Bentuk sumbangan utama adalah seperti susu formula untuk bayi dan kanak-kanak berserta lampin pakai buang. Juga ada sedikit duit poket untuk mereka membeli beras, minyak dan barang-barang keperluan lain.”
https://www.instagram.com/p/B9_JOTIhODc/
Menyedari usaha untuk membantu mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19 akan mengundang pelbagai tanggapan negatif kerana tindakan berani mengambil risiko keluar rumah dan bertemu penerima pada ketika virus Covid-19 menular, Datuk Nurul bagaimana pun sudah menyediakan persiapan awal terlebih dahulu. Sebagai langkah pencegahan, wanita berusia 42 tahun ini tetap akan membawa dan memakai mask dan sanitizer ke mana sahaja.
Menerusi perkongsian Datuk Nurul lagi, “Dalam situasi sekarang, takda apa yang kita boleh buat selain duduk rumah, solat, mengaji dan terus berdoa agar virus jahat yang sedang menyerang dunia lenyap dan hilang selama-lamanya. Tambahan 14 hari menjadikan kita punya 20 hari lagi berdiam di rumah. Ramai yang hilang punca pendapatan. Allahuakbar.
Tak tahu saya nak cakap apa sebab semua termasuk saya pun terjejas. Saya hanya mampu menyalurkan bantuan mengikut semampunya saya. Bersabar dan reda. Itu yang kita ada sekarang. Allah menyatakan janjiNya setiap musibah akan diganti dengan kebaikan. Saya mungkin tak faham situasi yang kalian hadapi. Situasi kita, masalah kita berbeza.
Yang pasti semua sedang alami ujian yang sama. Kita positif sedikit je lagi. Jangan lupa zikir Astaghfirullahalazim, Alhamdulillah, Allahuakbar. Tu semua makanan untuk roh kita. Kita lapar kita makan, tapi roh kita hanyalah zikir sebagai makanan agar kita kekal tenang dan bersyukur selalu.”
Tidak lupa untuk saling mengingati sesama insan, Datuk Nurul turut mendoakan kesejahteraan seluruh masyarakat dan berharap agar usaha yang dilakukannya ini tidak akan terhenti begitu saja. “Saya akan cuba buat walau tak ada Covid-19. Covid-19 ni hanya asbab untuk buat kita menjadi lebih baik, lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada keluarga, diri sendiri tapi orang lain juga. Ingat, bukan semua bernasib baik dan kalau kita ada lebih sedikit, tolong orang-orang memerlukan.”
https://www.instagram.com/p/B-Hjw63nap1/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!