Bagi Serina, keputusannya untuk berpisah dengan suami bukanlah satu pengakhiran hidup. Tapi ia mungkin menjadi titik permulaan untuk sesuatu yang lebih baik.
Berbeza dengan bapa, Serina dilihat lebih tenang perwatakannya. Biarpun semua tahu Serina gemar berceloteh sama seperti Datuk Chef Wan, namun dalam hal-hal berkaitan dengan peribadi, dia lebih selesa untuk mengunci mulut.
“Selepas episod perpisahan itu, saya tekad untuk menjadi kuat dan tak mahu tunjuk kesedihan di depan anak-anak. Papa selalu menjadi tempat saya mendapatkan nasihat kerana apa yang diungkapkan memberi kebaikan buat saya.
Papa bukanlah seorang yang suka campur tangan hal orang lain termasuklah anaknya sendiri. Walaupun orang tengok Papa seorang yang lantang dan suka berceloteh namun Papa tidak pernah ambil tahu tentang rumah tangga saya sebelum ini.
Dan saya pun tak pernah berkongsi hal-hal rumah tangga kepadanya lebih-lebih lagi sewaktu dilanda krisis hebat.
Ads
Papa kata, dia tak mahu masuk campur dan tak mahu hukum siapa salah, siapa betul. Ini masa depan saya dan paling penting kebahagiaan saya. Papa hendak lihat saya bahagia. Paling penting tanggungjawab terhadap anak-anak jangan diabaikan. Alhamdulillah saya kuat dan perlu segera move on.
Sebagai anak, saya sangat terharu, kagum dan bangga dengan Papa kerana dia berani tampil mempertahankan maruah anaknya. Saya tak kesal dengan apa yang berlaku kerana yakin Allah SWT akan memberikan yang lebih baik buat saya,” ungkap Serina yang bergilir-gilir menjaga anaknya bersama bekas suami.
Majalah Nona Ogos 2017
Ligat Berniaga
Anak-anak dan bapa menjadi kekuatan Serina untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Dia giat mengusahakan perniagaan berasaskan makanan yang dimasak di rumah dan dihantarnya sendiri kepada pelanggan.
Ads
Antara menu popular pilihan pelanggannya ialah Asam Pedas Ikan Pari, Lemak Cili Padi Ketam, Sup Tulang dan Dendeng Berlado. Serina juga mengusahakan Char Kuew Teow Basah di kios USJ Subang Jaya.
“Saya memang suka berniaga. Ketika usia 17 tahun saya pernah bekerja di pasar borong di Selayang. Saya suka tengok orang berniaga dan mahu mencubanya. Bayangkan pukul 3 pagi saya sudah ke pasar borong untuk menyiapkan barang jualan seperti kelapa dan keledek.
Saya pernah menghantar keledek sebanyak 30kg sampai sakit-sakit badan. Pernah juga masuk hospital kerana kerja terlalu kuat. Waktu tu saya cuma dapat bertahan selama 4 bulan saja dan dibayar gaji harian. Selain itu, saya juga pernah bekerja di hotel sebagai operator.
Ads
Kini saya sangat bersyukur kerana Papa antara pelanggan setia produk saya. Papalah orang pertama yang akan beli. Nasihat Papa, kalau nak buat biar sampai berjaya. Jangan mudah putus asa, usah berhenti dalam mencari rezeki. Keluar dari zon selesa dan belajar untuk bangkit daripada kesilapan,” kongsi Serina yang tidak akan pernah lelah untuk mengejar sinar kebahagiaan yang dicarinya selama ini.
Selain ligat mengusahakan perniagaan di bawah jenamanya sendiri iaitu Serina Simply Delicious, ibu kepada dua anak ini juga aktif dalam politik sebagai AJK Bahagian Bukit Bintang dan Ketua Puteri cawangan Jalan P.Ramlee. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringat pertemuan yang diatur bersama figura hebat ini di kediamannya untuk edisi khas Nona Superwoman 2018. Bukan sahaja melayan mesra ketika sesi fotografi dan temu bual malah menyediakan hidangan penuh meja. Tak cukup dengan itu, dibekalkan nasi lemak istimewanya berlaukkan sambal udang untuk dibawa pulang.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Memiliki personaliti yang lembut dan apabila berbicara terasa seperti sedang meluahkan perasaan dan mendengar nasihat daripada ibu sendiri. Itulah aura yang dimiliki oleh Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad ini. Bagi lah apa sahaja soalan pasti akan dijawabnya dengan penuh hemah. Tidak pernah lelah mendengar wanita ini berhujah dan setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya ada benarnya.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Mempunyai pengalaman luas dalam bidang kedoktoran banyak membantu wanita yang mesra disapa Prof Muhaya ini lancar bertutur. Mula ditauliahkan sebagai doktor pada 17 Ogos 1985, setelah mendapat Ijazah Doktor Perubatan (M.D) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah memperoleh Sarjana dalam bidang Oftalmologi UKM, Prof Muhaya menjadi Pensyarah dan Pakar Mata Oftalmologi di UKM.
Kemudian, memperoleh sarjana Perubatan dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 1992 dan memperoleh FRSC (Edinburgh) juga pada tahun 1992. Beliau seterusnya mendapat Fellowship Uvetis dari Institut Oftalmologi London pada tahun 1998 dan berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang Ocular Immunology daripad University of London. Bukan calang-calang wanita yang mampu berada ditempatnya.
Mencipta sejarah tersendiri dengan bergelar Pakar Mata pertama di Asia Tenggara yang melakukan kaedah LASIK tanpa pisau system (Femtosecond Visumax) ke atas pembedahan mata pesakit.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Jarang sekali kita mendengar wanita yang mempunyai darah kacukan Cina ini mengupas tentang isu semasa. Teringin juga mendengar komen Prof Muhaya tentang isu ini. “Memang saya tidak berapa gemar menyuarakan tentang perkembangan isu semasa dan membiarkan mereka yang lebih pakar untuk memperdebatkannya. Bagi saya isu semasa itu adalah gejala tetapi saya lebih suka merawat kuman,” jelas Datuk Prof Dr Muhaya yang bergelar ibu ketika usianya 26 tahun ini penuh makna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini pelakon Fatiya Latiff menjadi perhatian dek sering kali tampil dengan kontroversi, dan hari ini beliau mengejutkan warga maya apabila mengumumkan dirinya kini bergelar seorang pengamal undang-undang.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fatiya dilihat ada memuat naik gambarnya yang secara rasminya kini menjadi pengamal undang-undang di firma guaman Tawfeek Badjenid & Partners.
Foto yang dimuat naik memaparkan beliau bersama fail kes di bilik pejabat besertakan dengan kepsyen “officially a legal practitioner.”
Untuk rekod, Fathia menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014.
Bukan sekadar mempunyai rupa paras yang cantik, Fathia juga mempunyai keluarga yang mempunyai latar belakang pendidikan hebat malah pelakon dan model berusia 35 tahun ini memiliki adik-beradik yang memiliki latar belakang pendidikan hebat.
Adiknya, Nur Fasiha seorang doktor manakala Nur Farhana juga seorang pengamal undang-undang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara tahun lalu.
Sewaktu di temu ramah NONA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
Sebelum Berhijab Sentiasa Rasa ‘Tak Cukup’ Ada Je Yang Kurang!
“Shooting non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Istiqamah Berhijab Amat Mencabar – PSL
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi.
Jelasnya lagi, Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga amat memainkan peranan penting.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Siti Zuraina Majid, pelopor arkeologi negara dan penemu Perak Man, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2025. Ketahui perjalanan, pencapaian dan impak luar biasa beliau.