ANGELABABY

Tercengang mengetahui perkahwinan gilang-gemilang selebriti China, Angelababy dan Huang Xiaoming ini bernilai tidak kurang daripada USD31 juta! Ia sekali gus menjadikan majlis resepsi pasangan selebriti popular negara tembok besar tersebut sebagai yang termahal pernah diadakan di sana dan menghampiri kos perkahwinan diraja Prince William dan Kate Middleton iaitu USD34 juta. Mendapat gelaran ‘Chinese Kim Kardashian’ dari Vogue, Angelababy atau nama sebenarnya Yang Ying dilahirkan pada 28 Februari 1989 di Shanghai, China.

Ibu Angelababy berasal dari Shanghai sementara bapanya merupakan rakyat Hong Kong yang berketurunan Jerman dan China. Disebabkan perkahwinan campur itu, Angelababy mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Shanghai, Jepun dan Kantonis. Sepanjang pembabitannya dalam industri perfileman, aktres ini sudah menembusi
pasaran filem Hollywood antaranya menerusi filem Hitman: Agent 47 (2015) dan Independence Day: Resurgence (2016).

IKLAN

Pada tahun 2014, Angelababy dinobatkan sebagai Weibo Queen dan Weibo Goddess serta mempunyai lebih 100 juta followers dalam aplikasi media sosial popular China Weibo.
Laporan Forbes mendedahkan majlis bersejarah Angelababy dan Huang dianggarkan mencecah tidak kurang daripada USD31 juta. Meskipun perkahwinan tersebut diadakan hampir lima tahun lalu iaitu pada tahun 2015 namun kemewahan persandingan mereka masih tersenarai sebagai perkahwinan termewah di China hingga ke hari ini.

Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta!

Bergelar isteri pada usia 26 tahun, gaun perkahwinan yang dipakai Angelababy nyata berjaya mencuri tumpuan. Mana tidaknya, gaun dari label mewah Perancis, Dior tersebut diperbuat daripada 115 kaki ivory satin organza dan 165 kaki tulle yang mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan. Bukan itu saja bahkan kek perkahwinan mereka setinggi 10 kaki dan berinspirasikan carousel juga mengambil masa selama sebulan untuk diselesaikan. Eksklusif sangat!

Menerusi Instagram milik Angelababy, jelitawan ini pernah berkongsi gambar cincin perkahwinan kepada peminat di laman media sosial. Apa yang mengejutkan ialah sebentuk
cincin bertatah berlian ‘Josephine Aigrette Imperiale’ rekaan jenama perhiasan mewah Paris, Chaumet berkenaan bernilai lebih USD1.5 juta.

Pada majlis persandingan yang diadakan 8 Oktober 2015… Angelababy dan suami menjemput seramai 2,000 tetamu ke majlis bersejarah mereka yang turut menyaksikan acara pra-perkahwinan diadakan di Paris dengan pengantin perempuan mengenakan persalinan mewah dan anggun dari Elie Saab. Paling best, tetamu yang hadir menerima bermacam-macam cenderahati dan salah satunya berupa telefon pintar Meitu!

Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta!

Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik, comel, bergaya dan kaya… nama Angelababy juga dikenali di China dan Hong Kong. Memulakan karier sebagai pelakon dan model,
personaliti ini menarik perhatian dunia apabila dia berkahwin dengan pelakon terkenal China, Huang Xiaoming yang 11 tahun berusia darinya. Angelababy dan Huang dikatakan menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun dan hanya mendedahkan kepada umum tentang perhubungan mereka pada tahun 2014.

Sejak kecil Angelababy sudah didedahkan dengan dunia fesyen memandangkan bapanya memiliki empayar fesyen di Shanghai. Bagaikan sudah sebati dengan kerjaya bapa
tersayang, wanita berjiwa besar ini begitu tertarik dengan fesyen dan menceburkan diri dalam bidang peragaan. Bersandarkan wajah sempurna, susuk tubuh tinggi lampai dan cita rasa fesyennya Angelababy telah menandatangani kontrak bersama Style International Management ketika usianya baru mencecah 14 tahun iaitu setahun selepas dia berhijrah ke Hong Kong.

IKLAN

Mewarisi bakat berniaga dari bapanya, selebriti ini juga mengusahakan perniagaan berasaskan kecantikan, kafe dan butik pakaian. Antara empayar yang diusahakan Angelababy termasuk butik merias kuku dan kafe yang dikendalikan bersama seorang aktor Hong Kong. Malah, dia juga terlibat dalam pelaburan berskala besar serta aktif sebagai aktivis.

Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta! Tuah Wajah Cantik ANGELABABY, Catat Wedding Termahal Di China & Miliki Kekayaan USD50 Juta!

Berdasarkan populariti yang diraih, Angelababy telah dilantik wajah kempen Christian Dior di China selain merupakan antara artis paling kaya di Hong Kong yang memiliki kekayaan USD50 juta. Begitu juga suaminya yang mengutip USD80 juta.

IKLAN

Sebagai menghargai jasa peminat dan masyarakat di sana, pasangan ini berbesar hati memberi sumbangan berjumlah USD2.5 juta sebagai dana untuk membantu graduan
universiti memulakan perniagaan atau mencari pekerjaan. Pada tahun 2016, Forbes mengiktiraf Angelababy sebagai salah seorang daripada Top 30 selebriti muzik, atlet dan bintang filem bawah umur 30 tahun yang mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.

Ketika China dilanda wabak Coronavirus, pasangan suami isteri yang juga selebriti ternama China iaitu Angelababy dan Huang Xiaoming tanpa berlengah menghulurkan sumbangan semampu mereka bagi mengekang virus tersebut terus dijangkiti ramai. Khabarnya, bantuan yang diberikan mereka bukan sedikit. Sebaliknya melibatkan sejumlah wang yang besar iaitu 200,000 yuan atau bersamaan RM117,700!

Wang derma berkenaan adalah sebagai bantuan membeli surgical mask untuk diagihkan kepada petugas perubatan di Wuhan yang ketika ini diserang Covid-19. Walaupun tidak menguar-uarkan bantuan mereka kepada umum namun usaha murni Angelababy dan Huang diketahui ramai apabila China Siyuan Project Poverty Alleviation Foundation yang menerima wang derma tersebut mendedahkan sumbangan pasangan selebriti ini menerusi platform Weibo.

 

Sumber: Forbes & Showbizz Daily

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI