Jika anakmu masih kecil, luruskanlah dia! Jika anakmu sudah meningkat remaja, temanilah dia! Dan jika anakmu sudah dewasa, arahkanlah dia!
IKLAN
Sebagai ibu bapa, mendidik dan melayani anak seharusnya sesuai dengan tingkat usia mereka. Anak yang masih kanak-kanak, pra-remaja dan yang sudah usia baligh harus berbeza pendekatannya.
Anak yang masih kecil memerlukan belaian dan kasih sayang sementara anak yang sudah dewasa memerlukan pendidikan.
Usia Kanak-Kanak
IKLAN
Ajarkan tentang adab.
Terangkan cara yang baik, tidak menimbulkan kebencian dan penolakan.
Anak di bawah usia tamyiz, usah mewajibkan hal-hal yang belum diwajibkan bagi anak.
Misalnya aurat anak perempuan, ada hukum tertentu pada anak di bawah usia tamyiz. Begitu pula anak antara usia 7-10 tahun.
Jangan bersikap terlalu keras kerana ia akan menyebabkan anak-anak terasa berat melakukannya dan terpaksa akur pada kehendak.
Usia Pra-Remaja
IKLAN
Ibu bapa memerlukan ilmu untuk mendidik mereka.
Dedahkan tentang perkara yang boleh dan tak dibolehkan.
Misalnya tentang pemakaian, pergaulan dan perlunya meminta izin.
Namun sebelum mereka mencapai usia baligh, mereka mempunyai keringanan dalam beberapa hukum.
Penegasan terhadap syariat hanya sesuai untuk anak-anak yang sudah baligh.
Usia Baligh
Anak-anak sudah dibolehkan untuk diarah agar mengamalkan perintah Allah SWT.
Arahan perlu disertai TINDAKAN, menghalang dan menutup setiap jalan yang boleh mengundang kerosakan.
Arah dan anjurkan anak-anak untuk melakukan perkara wajib dan menghindar daripada segala bentuk kemungkaran.
Sekiranya anak-anak lalai, jangan melulu memberi hukuman. Beri nasihat dahulu dan berhikmat ketika menilai.
Antara method terbaik untuk mendidik anak pada usia ini, anjurkan mereka memilih teman yang baik dalam pergaulan.
Mereka bukan saja perlukan orang tua, keluarga dan sanak saudara, tapi mereka juga perlukan rakan sebaya untuk belajar meningkatkan jati diri. Norzalina Mohd Alias
Rasa cepat mengantuk, hilang konsentrasi dan tidak bertenaga pada siang hari merupakan antara keluhan biasa termasuk golongan yang bekerja dari rumah.
Nona tertarik berkongsi tip daripada pakar mata, Dr Noor Aniah Azmi ini yang juga merupakan anak kepada Pakar Motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.
Lazimnya orang dewasa memerlukan sekitar 7-9 jam tidur berkualiti. Tapi, banyak faktor yang menyebabkan kita mengantuk menjelang pertengahan hari walaupun mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.
Personaliti Dr Aniah persis ibu tercinta
Dr Aniah bertugas sebagai Pakar Mata di IKONIK Eye Specialist Centre
Antaranya masalah gangguan tidur, sindrom prahaid, insomnia, fibromyalgia, anemia dan hypotiroidism.
Menerusi satu video TikTok Dr Aniah, beliau berkongsi 5 petua mujarab untuk mengatasi masalah ini.
Kurangkan makanan karbohidrat
Minum banyak air
Sapu atau bau minyak peppermint
Pasang lagu-lagu kesukaan
Buat senaman ringan
Wah, memang informatif dan banyak contents menarik macam ni daripada Dr Aniah…
Makan makanan berat seperti nasi dengan berlebihan boleh menyebabkan kita kekenyangan dan mendorong rasa mengantuk. Jadi, kawal pengambilan nasi sewaktu makan tengah hari.
Pendek kata, amalan gaya hidup sihat membantu kita kekal cergas dan penuh konsentrasi tak kira untuk bekerja atau beribadah pada waktu siang.
Dengan tip Dr Aniah ni, kita boleh kekal bertenaga dan fokus sepanjang hari. Buktinya beliau sendiri adalah seorang Pakar Mata di Ikonik Eye Specialist Centre (dulu dikenali sebagai Prof Muhaya Eye & LASIK Centre) serta ibu kepada empat anak.
“Saya suka sampai awal ke tempat kerja. Paling kurang satu jam sebelum saya jumpa patient. Tujuannya supaya saya dapat work on myself. Fokus pada self-development, baca material yang memberi motivasi baru dan tulis semula dalam iPad saya.
Dengan cara ini, saya dapat buat perancangan dengan lebih baik dan review semula diri saya dari semasa ke semasa.
Saya juga suka tulis atau voice out gratitude journal… Apa yang saya bersyukur hari ni. Jadi dengan amalan-amalan pagi sebelum mula bekerja ni, saya akan rasa lebih positif dan bertenaga waktu bekerja.” Dr Aniah Azmi
Keluarga kecil Dr Aniah Azmi dan Tuan Addaem
Semoga tip yang dikongsikan oleh wanita bersuara lembut dan isteri kepada usahawan Tuan Addaem Chandran ini memberi manfaat kepada ramai orang. Terus segar dan produktif dengan gaya hidup sihat!
Sekitar hujung bulan Mac lalu Che Puan Juliana Evans telah membuat kejutan dengan mengumumkan berita kehamilannya yang sudah menjangkau usia 6 bulan. Che Puan Juliana mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh seluruh peminatnya menerusi laman media sosial miliknya.
Che Puan Juliana Evans atau Juliana Sophie Johari Evans telah berkahwin pada 30 April 2017 bersama kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.
Menyentuh tentang isu merahsiakan kandungan pertamanya itu, Che Puan Juliana Evans telah dinasihati untuk tidak memberitahu perkara itu kepada orang ramai pada awal kehamilan.
Menurut Che Puan Juliana Evans, banyak perkara yang boleh berlaku pada awal kehamilan, jadi dia memilih untuk berdiam sebelum kandungannya terkini telah mencecah enam bulan.
“Saya merahsiakan kehamilan saya sebelum ini kerana dinasihati untuk tidak memberitahu orang ramai terutamanya pada tiga bulan pertama.
Seperti yang kita tahu, banyak perkara yang boleh terjadi pada awal kehamilan, jadi sebab itulah saya mendedahkannya sekarang dimana kandungan saya telahpun mencecah enam bulan.
Saya pun sudah yakin dan bersedia untuk berkongsi berita baik ini kepada semua peminat,” kata Che Puan Juliana Evans.
Nampaknya sudah tidak lama lagi pasangan sama cantik sama padan ini bakal menimang cahaya mata. Terbaharu Che Puan Juliana Evans telah berkongsi gambar-gambar yang diambil sekitar majlis Baby Shower mereka.
Memang nampak jelas sinar bahagia yang terpancar di wajahnya sambil menunggu kehadiran orang baru dalam hidup pasangan ini. Che Puan Juliana kelihatan begitu anggun menggayakan pakaian dari pereka terkenal Alia Bastamam. Diraikan bersama insan terdekat pasangan ini, majlis kelihatan meriah dan susunan dekor yang begitu indah.
Hidup ini kalau sentiasa meletakkan Allah SWT di tempat paling teratas, inshaAllah segala-galanya akan dipermudahkan. Dalam kesibukan kita mengejar reda Allah dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat, jangan pernah lupa untuk sentiasa memenangi hati keluarga sendiri. Bak kata Ustaz Ebit Lew ketika menyampaikan ceramah baru-baru ini, pemberian pasangan dan anak kepada kita selama ini adalah takdir milik Allah yang diberi ‘pinjam’ supaya kita sebagai hamba dapat saling mengingatkan tentang Dia dan sunah Nabi SAW.
“Pasangan kita bukan milik kita tapi milik Allah SWT. Jangan pernah lupa tu. Bila-bila masa Allah beri dan bila-bila masa Allah boleh ambil. Bila kita betulkan tujuan kita berkeluarga, kita akan bahagia. Keluarga kita, kita jangan berkasar. Ada yang balik rumah je nak marah… tempat lain semua kita baik-baik, kita dakwah orang dengan kasih sayang.
Tapi kadang-kadang dengan keluarga kita jadi kasar. Sikit-sikit nak marah. Sebab apa marah? Sebab kita ingat kita seseorang yang patut dihormati dan didengari. Orang nak hormat ke, tak hormat ke, kita akan berdakwah, berkasih sayang dan tetap berjuang seperti Rasulullah SAW. Hidup kita macam roda. Ada masa kita dipuji ada masa pula kita dikeji. Tujuan hidup kita adalah untuk reda Allah SWT,” tegasnya.
Terkenang sikap dan perubahan yang dialami seorang hamba Allah ketika ditemuinya di sebuah pusat mencuci kereta suatu ketika dulu, Ustaz Ebit Lew terbuka mendedahkan ‘hidayah’ yang diterima insan tersebut.
“Masa nak basuh kereta saya tengok seorang abang bawa kereta Audi baru, tengah duduk-duduk ada makcik jual kerepek datang. Dia bagi RM50 dan kata “Takperlah mak cik. Saya nak 3 jer.” Sebenarnya 3 cuma RM10. Mak cik tu kata “Terima Kasih, nak. Terima kasih. Alhamdulillah rezeki mak cik.”
Lepas tu saya duduk di sebelah abang tadi. Saja nak berbual. Dia tegur saya dan kata ini Ustaz Ebit Lew ke? Ya Allah rezeki jumpa di sini. Dia peluk saya. Dalam hati saya. Saya doa “Ya Allah dalam berjuta rahmat yang Kau beri kepadaNya, berilah sedikit kepada saya.”
Saya cakap padanya, “Tahniah pada abang. Allah sayang abang. Satu, sebab sedekah pada mak cik tadi dan keduanya kereta Audi baru ini..masyaAllah..”
Dia terus mencelah dan kata saya sebelum ni susah sangat. Semua yang saya buat semua tak jadi. Saya kerja siang malam dekat 5 tahun. Tapi rasa macam takde apa-apa tapi cuma dapat penat. Hutang pun banyak keliling pinggang. Dengan keluarga jadi jauh. Orang kata dunia tak dapat, keluarga hilang dan akhirat lagilah.
https://www.instagram.com/p/Br6ty9Blj8G/
Sehinggalah Allah selamatkan saya. Saya belajar dari Ustaz juga. Saya dah mula jaga solat Subuh di masjid. Saya jaga solat. Saya rajin dengar ceramah agama. Saya dengar ceramah Ustaz. Saya ternanti motivasi Ustaz. Saya beli semua set buku Ustaz. Teruskan berdakwah yer Ustaz.
Paling besar kesan Allah bagi bila saya mula belajar baca hadis dalam rumah tangga saya bersama isteri dan anak-anak. Isteri saya mula solat. Mula pakai tudung. Saya semakin sayang dia, Ustaz. Rasa macam pengantin baru. Bila saya balik masjid rasa tak sabar nak jumpa isteri… kadang-kadang melompat masuk rumah. Tak sempat nak buat yang lain terus rasa nak peluk isteri… rasa rindu isteri.
Saya dah tak buang masa dengan hiburan dan kawan-kawan. Tak ke mana-mana tu semua. Tak sangka rezeki kami mula melimpah ruah. Allah bukakan jalan. Tiada lagi rasa nak marah-marah. Tenteram rasa dalam rumah.”
Allahu, meskipun Ustaz Ebit dah berjumpa dengan bermacam-macam orang tapi pengalaman lelaki ini turut menyentuh hatinya. Pesan Ustaz Ebit lagi, “Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Jadikan Allah sebagai maksud. Allah tujuan hidup, Allah sebagai cinta kita. Allah kekasih. Hargai bimbing keluarga.”
Lepas ni, balik dari kerja dan masuk rumah… pastikan diri kita penuh dengan aura positif untuk bertemu keluarga. Sebarkan kebaikan kepada anak-anak dan moga-moga amal kebaikan yang kita lakukan ini mendapat keredaan Allah seterusnya membuatkan hidup kita lebih tenang dan bermakna.