Tak perlu lagi risau tentang kalori apabila anda menikmati sajian sihat dari Tuna Ayam Brand. Dihasilkan dengan ramuan organik dan bermutu tinggi, produk terbaru ini mengandungi khasiat sayuran dan minyak zaitun dara ekstra organik yang baik untuk keperluan tubuh.
Sebagai pengenalan kepada produk Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil, dua resipi mudah turut disediakan sebagai rujukan anda. Di samping kaya dengan Vitamin K, Omega-3 dan Omega-6, rangkaian produk tuna Ayam Brand turut mendapat pensijilan halal daripada JAKIM.
Dapatkan Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan Tuna Chunks in Organic Extra Virgin Olive Oil di kedai runcit dan pasar raya terpilih dengan harga RM6.60 bagi 150 gram setin.
TUNA KENTANG PEDAS
Ads
Bahan-bahan:
1 tin Chunks Tuna in Organic Olive Oil (dengan minyak)
4 biji kentang (dikupas & dipotong kiub)
1 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak
2 tangkai daun ketumbar (dicencang)
Cara membuat:
Campurkan kentang dengan serbuk paprika. Panaskan minyak 50 ml dalam kuali dan goreng kentang hingga keperangan. Masukkan bawang dan tuna kemudian tumis sekali lagi kentang tadi hingga masak. Perasakan dengan garam secukupnya. Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar.
Ads
TUNA KICAP MANIS
Ads
Bahan-bahan:
1 tin Chunks Tuna in Organic Olive Oil (dengan minyak)
100 ml kicap manis
½ sudu teh garam
1 bawang merah (dihiris)
6 tangkai cili padi (dihiris)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan. Kemudian, gaulkan bersama mi atau pasta kegemaran yang telah siap di masak. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Sedia untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda bukan peminat setia makanan laut, pasti sukar mengenal pasti jenis kerang-kerangan yang ada di Malaysia. Apabila menyentuh perihal kerang, ramai yang membayangkan hidupan laut tersebut memiliki cangkerang. Itu adalah salah satu sifat fizikal kerang namun ada banyak lagi yang harus diketahui sebelum membeli hidangan laut ini.
Terdapat tiga habitat yang didiami hidupan laut ini iaitu di kawasan berlumpur, berpasir dan ada yang hidup dengan melekap di celah batu atau pangkal pokok. Antara jenis kerang yang mendiami kawasan berlumpur termasuk lokan, kerang dan mentarang. Sementara di kawasan berpasir pula seperti remis, pepahat atau dikenali dengan nama kerang buluh, etok, lala, retak seribu dan kekapis. Begitu juga tiram, kupang dan siput sedut yang hidup dengan cara melekap di sebalik batu dan pokok.
KATEGORI KERANG
Kerang-kerangan mempunyai cangkerang tetapi ia bukan ikan. Kebanyakan daripada kerang ini tergolong dalam kumpulan moluska yang menyerupai siput. Cangkerang melindunginya daripada panas matahari, ombak dan musuh. Hidupan laut seperti ketam, udang karang dan udang juga ada kalanya digelar kerang-kerangan walaupun ia haiwan krustasia dan bukan moluska.
Kerang yang biasa dinikmati dan paling mudah didapati di Malaysia. Ada yang mengenali hidupan ini sebagai kerang darah atau kerang dara. Memiliki cangkerang berwarna putih kecoklatan, berbentuk seperti hati dan bersimetri serta tetulang di kulit luar. Lazimnya dimasak dengan cara direbus, kukus atau goreng dan mempunyai daging berwarna kemerahan di dalamnya.
Juga dikenali sebagai kerang buluh kerana cangkerang berwarna putih kecoklatan dan berbentuk panjang seperti buluh. Isinya berwarna putih dan dimasak dengan cara menumis.
Kupang atau kerang hijau memiliki cangkerang hijau kehitaman dan isi berwarna oren terang. Saiz dan bentuk kupang lebih besar berbanding kerang. Sering menjadi sajian yang dimasak secara tumisan, goreng atau bahan pelengkap sup.
Memiliki kulit cangkerang yang tidak sekata dan agak menggerutu. Dagingnya rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan kalsium. Tiram juga mempunyai kulit cangkerang kelabu kehitaman dan isi tiram turut diproses menjadi sos.
Kulit cangkerang yang nipis, besar berbanding kerang dan rupa seakan kipas serta berwarna terang. Isinya berwarna putih atau oren terang selain dikenali dengan nama scallops.
TIP MEMILIH & MEMASAK
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arnab melambangkan haiwan yang aktif dan cerdik, justeru masyarakat Cina percaya ia adalah satu simbol kepada kehidupan tahun baharu yang lebih bahagia serta makmur. Mengikut kepercayaan sempena Tahun Baharu Cina ini juga, masyarakat disaran agar mengamalkan diet seperti arnab iaitu mengambil lebih banyak sayuran untuk kesihatan.
Musim perayaan sudah bermula. Bagi yang mengambil kesempatan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina ini, pasti sudah dalam perjalanan ke destinasi yang dihajati. Ada juga yang pulang ke kampung atau melawat tempat-tempat peranginan untuk menenangkan fikiran.
Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Jasminder Kaur menyarankan agar Tahun Baharu Cina disambut dengan mengamalkan diet seperti arnab iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.
Beliau berkata, masyarakat semakin mudah untuk menerima diet berasaskan tumbuhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerana ia kaya dengan serat yang menyihatkan, vitamin dan mineral, bebas kolesterol serta kandungan kalori dan lemak tepu yang jauh lebih rendah.
“Ia juga kaya antioksidan yang boleh membantu melindungi diri daripada penyakit jantung serta jenis kanser tertentu dan diabetes.” Dr Jasminder Kaur
Dr Jasminder mengakui bahawa melakukan perubahan sepenuhnya pada diet adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kesungguhan serta disiplin.
Menurutnya lagi, bagi mereka yang baru memulakan langkah ke arah tersebut, mengurangkan pengambilan produk daging secara beransur-ansur mungkin menjadi pilihan yang lebih sesuai.
“Kita bernasib baik kerana terdapat pelbagai pilihan diet berasaskan tumbuhan untuk dicuba jika merasakan amalan mengurangkan pengambilan produk daging kurang menarik.”
DIET BERASASKAN TUMBUHAN
(1) Lacto-vegetarian
Diet ini tidak mengandungi daging, ikan, ayam dan telur serta makanan-makanan yang mengandungi bahan tersebut. Namun produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan mentega dibolehkan.
(2) Ovo-vegetarian
Diet berasaskan tumbuhan jenis ini tidak mengandungi daging, ayam, makanan laut dan produk tenusu tetapi telur dibolehkan.
(3) Lacto-ovo vegetarian
Tidak mengandungi daging, ikan dan ayam tetapi produk tenusu dan telur dibolehkan.
(4) Pescatarian
Diet ini membolehkan pengamalnya menikmati protein daripada ikan tetapi bukan daripada daging, ayam, produk tenusu dan telur.
(5) Vegan
Diet paling ketat dalam kategori berasaskan tumbuhan kerana ia langsung tidak mengandungi daging, ayam, ikan, telur dan produk tenusu atau semua makanan-makanan yang mengandungi bahan tersebut.
BERSEDERHANA
Tidak dinafikan, dorongan nafsu makan ketika pulang ke kampung mahupun bercuti susah dikawal. Apatah lagi jika dikelilingi orang tersayang, lebih susah untuk menolak menu-menu lazat yang dihidangkan sesekali berjumpa.
Maka bermulalah alasan cheat-day. Mula-mula sehari, jadi dua hari dan terus berhari-hari!
Walaupun mengamalkan diet berasaskan tumbuhan langkah yang bagus untuk individu dewasa jika mereka ingin meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri, Dr Jasminder juga mengingatkan bahawa hanya menjadi vegetarian sahaja tidak akan menyembuhkan penyakit atau menjadikan seseorang itu sihat dalam sekelip mata.
“Untuk melihat peningkatan yang diinginkan, adalah penting bagi seseorang itu merancang dengan baik, seeloknya berjumpa dengan pakar pemakanan yang memahami keadaan kesihatan semasa anda.
Pendekatan diet berasaskan tumbuhan yang sihat bermaksud anda menyertakan sekali bahan yang kaya nutrien dan pengganti protein memandangkan anda tidak mengambil produk daging.” Dr Jasminder Kaur
Dr Jasminder berkata, bagi mendapatkan gaya hidup sihat secara keseluruhan, seseorang juga perlu aktif dan memperoleh rehat yang cukup.
Artikel: Sunway Medical Centre
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merancang kehamilan bukan seperti rancangan lain di dalam kehidupan seperti merancang untuk pergi bercuti, mendapatkan ijazah ataupun mendapat pekerjaan yang diidamkan. Walaupun langkah-langkah boleh diambil untuk meningkatkan kesuburan anda, kadang-kala kehamilan tidak mengikut perancangan yang sepatutnya. Jalani rawatan mengikut nasihat doktor sekiranya perlu. Usah melengah-lengahkan waktu terutama bagi kaum wanita kerana kadar kesuburan boleh menurun semakin usia meningkat.
Statistik telah menunjukkan yang kadar kehamilan di kalangan pasangan di Malaysia telah merosot semenjak beberapa tahun ini. Fenomena ini sebenarnya turut berlaku di seluruh dunia kerana terdapat peningkatan masalah fertiliti. Hendaklah berjumpa dengan doktor sekiranya;
5 Makanan yang boleh menaikkan kadar kesuburan anda dan pasangan
Beri terutamanya beri biru dan raspberi. Kumpulan beri ini adalah sumber anti-oksida yang penting untuk kualiti sperma dan telur.
Pisang. Ini adalah sumber vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan haid tidak teratur dan perkembangan telur serta sperma yang tidak elok.
\
Walnut adalah kaya dengan omega 3 yang penting untuk pembentukan sperma yang berkualiti. Ianya juga boleh mengurangkan inflamasi di dalam badan.
Kacang hazel mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi yang diperlukan untuk telur dan sperma yang elok. Ianya membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan juga mengurangkan hormon insulin tinggi yang kerap dilihat di dalam wanita yang menghidapi PCOS.
Buah sitrus seperti oren dan kiwi mengandungi Vitamin C yang tinggi. Setiap hari kita memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg Vitamin C untuk kesihatan sperma dan juga memastikan hormon seimbang di dalam wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.