
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan (SGD 15,000) kepada Persatuan Pandu Puteri Singapura.

Tunku Azizah mengurniakan replika cek yang tertera jumlah berkenaan kepada Presiden Persatuan Pandu Puteri Singapura Dr Seetha Subbiah dalam lawatan ke ibu pejabat organisasi itu yang terletak di Bishan Street 14.

Dalam setiap lawatan negara Tunku Azizah akan mengurniakan sumbangan kepada pertubuhan atau badan kebajikan terpilih.
Selepas mengurniakan sumbangan itu, Tunku Azizah bertitah berharap supaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Persatuan Pandu Puteri Singapura dapat bekerjasama menganjurkan lebih banyak program pertukaran antara satu sama lain.

“Saya terlibat dalam Pandu Puteri lebih dari 50 tahun, saya pernah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden (Pandu Puteri). Jika Pandu Puteri bekerjasama ia akan membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat,” titah Tunku Azizah yang merupakan Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).
Turut mengiringi keberangkatan Tunku Azizah adalah anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.


Dalam sesi lawatan berkenaan, keberangkatan Raja Permaisuri Agong disambut oleh Dr Seetha dengan diiringi nyanyian “Selamat Datang” yang dipersembahkan oleh 10 orang Pandu Puteri terdiri daripada Henry Park Primary School dan Pasir Ris Crest Secondary School.

Tunku Azizah berkenan melawat ibu pejabat organisasi berkenaan selama lebih setengah jam di samping beramah mesra dengan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Singapura sebelum berangkat pulang.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong turut berkenan berangkat melawat National Library of Singapore dan National Museum of Singapore.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah tiba di Singapura pada Selasa lalu sempena lawatan negara ke republik itu.
Lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lalu.
Sumber: Bernama
Punca Kesihatan Terjejas, Wanita Yang ‘BEKERJA’ Seolah-Olah Untuk 24 JAM Sehari Berisiko

Sejak berlakunya pandemik COVID-19 segala rutin kehidupan kita berubah secara drastik sehingga memberi kesan jangkamasa panjang terhadap kesihatan mental dan psikologi. Kita yang membacanya pun terasa sedih dan terkesan, inikan pula mereka yang sedang diuji dengan tekanan. Senario ini sangat membimbangkan.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kes sebegini ialah masalah kewangan, diberhentikan kerja, tekanan kerja yang melampau, masalah keluarga, perceraian serta faktor persekitaran.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mendedahkan bahawa kira-kira 91.2 peratus daripada 100,000 panggilan diterima daripada talian bantuan sokongan psikososial memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.
Dari 1 Januari hingga 21 Mei, talian bantuan sokongan Psikososial KKM, Mercy Malaysia dan Talian Kasih dan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim menerima sejumlah 101,150 panggilan. Oleh itu, Majlis Penasihat Kesihatan Mental Negara menggesa agar KKM menambah jumlah kaunselor di kementerian.
Adakah isu-isu seperti ini ada hubung kait dengan gangguan mental sehingga hilangnya kewarasan diri?
Pakar Perunding Psikologi dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh merungkai persoalan ini. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan NH Edu-Health Centre Kuala Lumpur.

“Kesihatan mental berkaitan dengan kesejahteraan jiwa, rasa bahagia dan gembira. Kesihatan mental yang baik memiliki keyakinan diri yang tinggi, kendiri yang bagus atau sederhana. Seseorang itu akan merasa selesa dengan dirinya ketika bersama orang lain.
Baik lelaki mahupun wanita masing-masing berisiko untuk mendapat gangguan mental jika tidak dikawal. Wanita yang bergelar ketua juga harus betul-betul kuat dari segi mental dan fizikal bagi berhadapan dengan cabaran. Jika tidak kuat seorang wanita itu akan mudah merasa tertekan.”
PUNCA GANGGUAN
- Gemar menyendiri dan memendam perasaan atau masalah.
- Genetik atau sejarah keluarga yang memudahkan seseorang itu merasa tertekan apabila berhadapan dengan permasalahan.
- Kecederaan akibat kemalangan atau perubatan contohnya sakit belakang dalam tempoh terlalu lama boleh menyebabkan tekanan yang serius.
- Persekitaran atau tekanan di tempat kerja seperti bebanan tugas, ekspektasi terlalu tinggi oleh ketua atau kerja melebihi had masa sepatutnya.
- Wanita (termasuk surirumah sepenuh masa) yang ‘bekerja’ seolah-olah untuk 24 jam sehari. Melayan karenah anak-anak, keluarga dan kerja rumah. Ada kala mereka lupa dengan hobi sendiri.
- Gangguan mental 15 kali ganda berisiko tinggi jika seseorang itu terlibat dengan najis dadah yang mendorongnya melakukan sesuatu di luar kewarasan.
TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN
- Suka menyendiri, cepat marah, sukar tidur, kerap sakit kepala dan hilang minat terhadap sesuatu seperti kerja dan hobi.
- Bersikap agresif, mudah berasa sedih dan menangis, menjerit secara tiba-tiba dan mudah melenting. Ia dikenali sebagai bipolar yang menyebabkan mereka bertindak agresif tanpa sedar yang boleh menjejaskan prestasi kerja termasuk hubungan dengan keluarga, pasangan, rakan dan pelajaran.
- Pesakit mental kronik selalu berhalusinasi, tingkah laku juga abnormal. Sering menganggap semua perkara sebagai serius dan sesuatu yang tidak logik sebagai logik.
- Pesakit merasa seperti ada orang ingin membunuhnya, delusi dan kecelaruan fikiran.
- Gangguan mental di kalangan kanak-kanak jarang berlaku namun tidak mustahil. Lazimnya berlaku di peringkat awal baligh hingga dewasa.
RAWATAN
- “Pemberian ubat, kaunseling dan terapi secara one to one. Terapi ini dalam bentuk kumpulan di mana setiap pesakit saling belajar daripada pengalaman masing-masing. Banyak pendekatan diambil dalam usaha menyembuhkan pesakit bergantung kepada jenis penyakit dan latar belakang pesakit. Ubatan yang diambil bukan dadah dan diberikan untuk jangka masa pendek.
- Tekanan dan trauma tidak termasuk dalam sebarang skim perlindungan insurans. Peranan syarikat amat penting dalam menyediakan inisiatif kepada pekerja contohnya kursus berkaitan kesihatan mental dan cara mengelakkan tekanan. Negara Barat banyak mengadakan program dan memberi sokongan kesihatan untuk para pekerja.
Peranan masyarakat khususnya kejiranan amat penting untuk saling membantu dan mendengar permasalahan. Begitu juga peranan ahli keluarga terdekat. Kenali emosi ahli keluarga anda seterusnya cari jalan penyelesaian. Pujuk secara baik dan nyatakan kepadanya kita akan mendapatkan bantuan profesional atau kaunselor.”
“Comelnya!!” Setelah Sekian Lama, Akhirnya NEELOFA Dedah Wajah BILAL Buat Pertama Kali

Buat pertama kali dan akhirnya, selebriti dan usahawan popular, Neelofa mendedahkan wajah cahaya mata sulung, Muhammad Bilal melalui perkongsian foto dan video di Instagram (IG), malam tadi. Melalui hantaran dibuat kita-kira pukul 10 malam tadi, Neelofa berkongsi detik awal kelahiran Bilal, hasil perkongsian hidup dengan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, lalu pantas menarik perhatian pengikut dan rakan-rakan artis. Mana tidak, setelah sekian lama berahsia, kini tibalah masanya Neelofa berkongsi gambar dan video Bilal.
Neelofa selamat melahirkan Muhammad Bilal di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 29 Januari lalu. Dia dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Di kepsyen, Neelofa turut menulis ayat-ayat istimewa yang ditujukan pada putera sulung kesayangannya itu. Tulis Neelofa “Cinta dan sayang pada anakku Bilal Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil
Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah
Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku.
Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah. Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…
Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya. Semoga fakih dia dalam agama…Semoga doanya adalah seperti disebut nabi. Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
Selepas Neelofa membuat hantaran tersebut, ketika artikel ini ditulis video Neelofa tersebut sudah menerima 400,000 tanda suka serta ruangan komen dihujani dengan pujian dan kegembiraan peminat dan rakan-rakan artis selepas akhirnya dapat melihat wajah Bilal.
Rimas Dengan Tekanan, Ini Sebabnya Wanita Perlu Ada Minyak Ajaib Young Living Di Rumah. Bau Jer Dah TENANG!

Otak kita mampu menyimpan memori bau dengan sangat baik. Contohnya bau bedak bayi selepas mandi, bau rumput basah selepas hujan mahupun apungan aroma bunga mawar dari sejambak bunga.
Setiap hari terikat dengan rutin yang sama, tanpa disedari membuatkan kita lupa untuk bertenang. Sometimes we forget to take a break. Rehatkan minda sambil menghirup bau-bauan alam yang mendamaikan.
Kuasa bau atau aromaterapi sebenarnya sangat kuat. Percaya tak, sebenarnya ia mampu menyembuhkan secara holistik dan memberi tenaga kepada emosi kita?
Dalam satu perkongsian media yang dianjurkan buat julung kalinya oleh produk minyak pati tersohor di dunia, Young Living, Nona telah diberi panduan tentang cara menggunakan minyak ajaib ini setiap hari.
Perkongsian hebat ini dibawakan oleh Scientific Advisory Board Member, Dr. Peter Minke dan Presiden Serantau Asia Pasifik, Tai Tolman dari Young Living. Jom amalkan sekarang.
Bagaimana minyak pati berfungsi?
Sebenarnya minyak pati adalah produk yang wujud secara semula jadi yang diekstrak daripada satu spesis tumbuhan. Bukan semua tumbuhan menghasilkan minyak pati; dan bagi tumbuhan yang mengandunginya, minyak pati ditemui dalam akar, kulit, batang, daun, bunga dan bahagian lain tumbuhan.
Minyak pati ini sebenarnya tidak rasa berminyak; ia dipanggil ‘minyak’ kerana mengandungi sebatian larut minyak dalam tumbuh-tumbuhan yang memberikan ciri-ciri aroma dan manfaat tersendiri minyak pati.
Minyak pati diserap menerusi kulit dan sedutan. Justeru, terdapat pelbagai kaedah aplikasi yang dicipta berasaskan kesan yang diingini. Ia boleh digunakan sebagai minyak tunggal atau adunan minyak yang saling melengkapi untuk menghasilkan kesan bersama.
(1) Aplikasi aroma
Minyak pati boleh disedut, dengan kesan positif yang nyata terhadap mood, emosi dan daya tumpuan. Resapan ialah salah satu cara paling mudah untuk menggunakan minyak pati beraroma.
Ini dilakukan menggunakan alat peresap ultrasonik, yang meresapkan udara dingin atau udara suhu bilik kerana haba boleh menjejaskan kualiti minyak pati. Secara alternatif, anda boleh menyapukan minyak pati pada tapak tangan dan menekup mulut dan hidung dengan tangan sambil menarik nafas.
(2) Aplikasi topikal
Minyak pati boleh disapukan setempat pada kulit menggunakan pelbagai teknik. Kulit boleh menyerap sebatian aktif dalam minyak pati untuk mencapai kesan setempat.
Disebabkan kekuatan dan kepekatan minyak pati, disyorkan agar sesetengah minyak pati dicairkan dahulu dalam bahan pembawa, lazimnya minyak sayuran tulen, sebelum disapukan pada bahagian badan yang diingini.
Aplikasi Minyak Pati Dalam Kehidupan Harian
(a) Untuk Mengharumkan Kediaman
Rumah ibarat syurga kebahagiaan seisi keluarga, di mana kenangan terindah diukir bersama keluarga dan sahabat-handai. Pulang ke ruang tamu yang membolehkan anda merehatkan dan menenangkan fikiran dengan resapan adunan minyak pati Harmony atau Joy untuk mencetus suasana nyaman yang sejahtera dan harmoni.
Untuk suasana istirahat yang selesa di dalam bilik tidur, Lavender dengan aroma yang menyamankan dan menyegarkan amat diperlukan di setiap rumah dan merupakan teman sejati untuk membantu anda tidur nyenyak sepanjang malam.
Sementara itu, Cedarwood menghasilkan haruman bumi hangat yang menimbulkan suasana santai dan mencetus ketenangan fikiran.
(b) Untuk Menyegarkan dan Menulenkan
Minyak pati lemon terdiri daripada 68% d-limonene, sejenis antioksidan kuat, dan mempunyai bau sitrus yang ketara, bersih dan tulen – untuk menulenkan dan menyegarkan udara di dalam bilik air.
Purification memberikan kesan sebanding dengan haruman yang diadun, menghasilkan bauan semerbak dan menyegarkan sambil meneutralkan bau busuk.
Adunan unik Thieves daripada Young Living pula ialah kombinasi aroma khas bunga cengkih, rosemary, lemon dan bahan botani lain. Rangkaian produk ini menyediakan alternatif yang selamat dan semula jadi bagi membersihkan rumah dan membasmi bakteria.
(c) Untuk Belajar dan Bekerja
Sumber kehebatan seseorang boleh dibahagikan kepada 1% inspirasi dan 99% kerja keras – dan inspirasi mungkin datang daripada udara yang kita hirup!
Bagi pelajar di sekolah atau seorang CEO yang sibuk bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat lain, sudah tentu ada masanya mereka perlu dorongan tambahan untuk menyempurnakan tugasan.
Gunakan resapan atau sapuan topikal Peppermint – aroma kuat, ketara dan berpudina yang boleh meningkatkan daya tumpuan selain menyamankan udara sekeliling.
Sebagai dorongan tambahan, Brain Power merupakan adunan antara Royal Hawaiian Sandalwood, Blue Cypress dan Frankincense untuk membantu mempertajamkan pemikiran dan meningkatkan tumpuan menerusi kelebihan aroma.
(d) Untuk Kecantikan Yang Berseri
Formula penjagaan kulit mungkin berkembang maju seiring masa dan teknologi, tetapi rahsia kecantikan turun-temurun masih kekal sehingga kini: iaitu kekal bertenang dan gunakan pelembap!
Kayu Royal Hawaiian Sandalwood amat dicari-cari dalam bidang penjagaan kulit kerana ciri lembapan dan manfaat keseluruhan bagi kulit yang sihat dan berseri.
Frankincense, yang dikenali sebagai raja minyak pati dengan pelbagai kegunaan dan manfaat adalah sangat berharga sebagai penyegar mujarab untuk melindungi dan menyegarkan semula kulit, selain mengurangkan penuaan secara semula jadi. Geranium memberikan aroma yang menenangkan dan menaikkan semangat, dan menambah sentuhan kemewahan kepada rutin kecantikan.
(e) Bagi Yang Aktif Bersukan
Teman sejati badan selepas bersenam ialah Peppermint yang serba dingin, yang turut menghasilkan aroma pudina kuat untuk merangsang deria.
Aroma Siez, sejenis adunan penting antara minyak asas Lavender and Pudina, membuai perasaan yang memberikan ketenangan jiwa dan raga terutamanya apabila digunakan dalam Teknik Titisan Hujan (Raindrop Technique) eksklusif Young Living.
Sementara itu, bagi ahli sukan lelaki dan wanita yang mahukan kesan pemanasan melegakan yang jauh ke dalam otot, PanAway membawakan kehangatan yang menyenangkan dan membantu melegakan kulit dengan ramuan penting seperti Gaulteria and Cengkih.
Menyentuh perihal Young Living yang kini mula bertapak kukuh di Malaysia, Tai Tolman berkata, “Jenama ini dihasilkan oleh D. Gary Young dan Mary Young untuk memulakan operasi perladangan dan penyulingan herba pertama mereka pada 1993.
Berbekalkan wawasan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi minyak pati, mereka menubuhkan Young Living pada 1994 dan bertekad untuk berkongsi hasil penemuan mereka tentang kemujaraban minyak pati dengan dunia.
Sejajar dengan usaha ini, Young Living telah membangunkan proses Seed to Seal® serba maju, yang melindungi keutuhan dan kemujaraban minyak pati dalam setiap peringkat proses pengeluaran,” ujarnya. Norzalina Mohd Alias