Tergambar sinar bahagia di raut wajah Che Puan Sarimah Ibrahim saat bercerita tentang puteri sulungnya, YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Setelah 4 tahun menanti, kehadiran Tunku Sofia benar-benar menyeri kehidupan selebriti Melayu-Irish ini bersama suami yang merupakan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Koleksi Peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pengacara TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 ini tidak dapat menyembunyikan perasaan bahagia saat bergelar sebagai ibu di usia 43 tahun. “Menjadi ibu pada usia ini alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Ia merupakan suatu pengalaman yang sangat dan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Instagram @sarimahibrahim

Susah nak terangkan sebab dia unconditional love seperti jatuh cinta. It like just love your child so much. Saya pasti semua ibu bapa di luar sana faham apa yang saya cuba sampaikan. Suka sangat tengok Tunku Sofia membesar dan setiap detik keluar perkataan-perkataan baru dari dia.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Instagram @sarimahibrahim

Dia lasak mungkin macam mommy dia agaknya. Tunku Sofia suka bersenam setiap hari dan dia suka menyanyi, menari serta selalu minta mommy dia menyanyi. It’s such wonderful experience, alhamdulillah,” ungkap CP Sarimah yang bernikah dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Instagram @sarimahibrahim

Ketika diajukan pertanyaan tentang PKP ini boleh mengeratkan hubungan suami isteri lebih-lebih lagi yang dah lama kahwin, jawabnya, “Terpulang kepada setiap pasangan. Kalau pasangan tu pandai berkomunikasi dan boleh ekspresi diri dengan cara yang konstruktif bukan menjerit, marah-marah, merajuk, insyaallah okay.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Koleksi Majalah Nona
“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Koleksi Peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Tapi memang kena menyesuaikan diri kerana bila kita bersama atau ‘berkurung’ dengan seseorang itu dalam tempoh yang agak lama, kita boleh nampak semua sikap yang mungkin dia sorok sebelum ini. Sebelum ini pasangan banyak menghabiskan masa di kerja, kita tak perasan dia tengah moody dan sebagainya.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Koleksi Peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

Jadi ketika PKP ni mungkin semuanya nampak namun kita ambil positif sebagai hikmah untuk mengenali pasangan secara lebih mendalam. Walau bagaimanapun, komunikasi antara pasangan sangat penting.

“TUNKU SOFIA Suka Menyanyi & Lasak Macam Saya” Rasa Bahagia CP SARIMAH Bergelar Ibu
Foto: Instagram @sarimahibrahim

Kalau kita tak ucapkan perasaan, pasti salah faham itu lagi cepat. Bila kita stres dan tertekan sometimes it can come out with the wrong way. Bagi saya dan suami, kami bersyukur dengan PKP sekurang-kurangnya ada masa untuk bersama dengan Sofia walaupun masing-masing terpaksa bekerja dari rumah. Everything has a good thing reason behind it,” bicara Che Puan Sarimah.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI